CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4443|Reply: 13

[Tempatan] SPRM tahan 2 pegawai badan berkanun seleweng dana RM1.2 bilion

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode
SPRM tahan 2 pegawai badan berkanun seleweng dana RM1.2 bilion
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Mei 15, 2024 @ 4:50pm
bhnews@bh.com.my



Dua suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman - Foto Ihsan SPRM


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM1.2 bilion.

Difahamkan, penyelewengan dana itu membabitkan peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 50-an itu disyaki menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman daripada kerajaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, wang terbabit dipindahkan kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.


"Penyelewengan peruntukan ini amat serius memandangkan ia membabitkan dana daripada Kerajaan Malaysia," katanya.

Kedua-dua suspek kini direman empat hari sehingga Sabtu ini dengan perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboii3x sampai billion2 korang sakau ye...bagus sprm zmn MADANI buat keja
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:38 PM | Show all posts
baru puas hati. sakau bilion terus. ni ribu-ribu sakau kena tangkap. tak berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:41 PM | Show all posts
Woah 1.2 billion.... gilaa.. aku harap jumlah tu tak betullah sebab ianya jumlah yang sangat besar.

Boleh sakau sehingga sampai jumlah yang sangat besar tu juga menunjukkan kelemahan sistem dan organisasi. Nasib baiklah kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah gtau. SPRM under pmx memang betol2 buat kerja. ABG aku antara yang handle kes. Merata negeri dia pergi siasat. Haritu Perlis kes MB dengan anak dia. Hari ni dekat Kelantan xtau sapa dia nak siasat. Yang bestnya dapat balik duit dan harta2 si pencakau ni lepastu pmx bagi dekat staff ckit sebagai bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahaaa kes air Kelantan AKSB pegawai dia 4 orang naik mahkamah dh hrni. Padanlah air Kelantan selalu masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 03:59 PM | Show all posts
badan berkanun mana projek billion2 ni
projek dgn diva aa ke

bagus sprm
1 persatu tumpas
moga dipermudahkan urusan kalian

yg mn yg baru nk coba2 tu think again laa
mcm yg ni dh 50an
xberapa lama dh pencen
klu jatuh salah hangus gitu jer berpuluh tahun pny keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhhhhhhh 1.2 juta pun dah banyok kalo songlap, ini kan pula 1.2 bilion..

Jahat dan tamak sungguh kamu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 16-5-2024 02:48 PM
Ahaaa kes air Kelantan AKSB pegawai dia 4 orang naik mahkamah dh hrni. Padanlah air Kelantan selalu  ...

Baguslaaa. Dari iols kecik lagi ada masalah air. Kerap dapat air tea o beng
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 04:49 PM | Show all posts
orang tamak selalu rugi ehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 05:26 PM | Show all posts
ni type M ni..mesti selama ni dieorg ingat boleh lepas kat dunia..nah sekali kantoi gan anwar..kalo tak boleh la selamat 1.2B sampai masuk kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika didapati bersalah nanti pun di denda sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:00 PM | Show all posts
naina replied at 16-5-2024 02:45 PM
Kan dah gtau. SPRM under pmx memang betol2 buat kerja. ABG aku antara yang handle kes. Merata negeri ...

Well done

Tambah lagi Agong sekrg ni very anti rasuah..dia dah janji nak bawa balik hasil buruan saiz besar kan..maka ini la antara mangsa2 terawal



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:02 PM | Show all posts
I ada satu request je..bila confirm bersalah, boleh tak serve mangkuk2 ni lauk daging babi..nak tengok reaksi mereka je

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062783 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list