CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan bakal lancar 'perang' ke atas gula

16-5-2024 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1491| Komen: 12

Description: Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan 'perang' ke atas gula dalam masa terdekat, sebagai usaha mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan 'perang' ke atas gula dalam masa terdekat, sebagai usaha mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu akan dilaksana menerusi pendekatan penggredan minuman yang mengikut kandungan gula.

Katanya, ia mengambil contoh negara jiran, Singapura yang mengkelaskan kandungan gula dalam minuman mengikut Kategori A, B, C dan D.

"Seterusnya kempen advokasi mengurangkan pengambilan gula secara besar-besaran akan dilaksanakan melalui inisiatif yang sudah berlangsung, antaranya pendekatan fiskal iaitu pengenaan cukai eksais kepada minuman bergula dan minuman pra-campuran yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KKM hari ini.


Terdahulu, hasil penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang hari ini mendedahkan, kira-kira setengah juta atau 2.5 peratus individu dewasa menghidap empat penyakit NCD termasuk obesiti dan kencing manis.

Untuk itu, Dzulkefly berkata, pendekatan segera perlu dilakukan bagi mengurangkan pengambilan gula berlebihan walaupun terdapat laporan yang menunjukkan terdapat penurunan penyakit NCD seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 2019.

Dr Dzulkefly bagaimanapun berkata, data NHMS 2023 menunjukkan satu daripada dua rakyat Malaysia obesiti dan berlebihan berat badan, dengan individu mempunyai berat badan berlebihan berisiko menghidap Diabetes Jenis Dua dan lebih berisiko tinggi menghidap kanser dan penyakit yang dikaitkan dengan pengumpulan sel lemak di hati.

"Justeru, perang terhadap gula selari dengan usaha mengurangkan diabetes dan penyakit NCD lain," katanya yang tidak memberikan tempoh spesifik untuk pelaksanaan penggredan minuman.

Untuk rekod, Singapura menetapkan label pemakanan wajib dikenali 'Nutri-Grade' yang mengkelaskan minuman kepada empat gred berbeza warna dengan A (hijau tua), B (hijau muda), C (jingga) dan D (merah), aberdasarkan kandungan gula dan lemak tepu.

Gred A menunjukkan minuman itu mengandungi gula dan lemak tepu paling rendah, manakala gred D (merah) sebaliknya.

Pada masa ini, duti eksais 40 sen dikenakan bagi setiap liter minuman manis yang mengandungi lebih daripada lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi setiap 100 milimeter (ml), bermula 1 Julai 2019.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 17-5-2024 09:37 AM
Gitu lah ceritanya
Quote meah_kelabu 17-5-2024 10:10 AM
bunga2 gula nk naik harga la ni kan?
kononnn perang bagai
tunggu je laaa
Quote ctaz 17-5-2024 10:15 AM
PERANG LA SGT......
CKP LA NAK NAIKAN REGA GULA....



LANCIAU
Quote tripleid 17-5-2024 10:40 AM

Katanya, ia mengambil contoh negara jiran, Singapura yang mengkelaskan kandungan gula dalam minuman mengikut Kategori A, B, C dan D.



menteri kkm dulu2 mkn gaji buta.. patutnya dah lama lebel makanan gini
Quote otai_g 17-5-2024 10:43 AM
Kencing Manis darah tinggi sbb genetik la. Ni gula jgk yg jd kambing hitam. Knp x salahkan org dulu2 yg bw penyakit ni?
Quote prettygood 17-5-2024 11:23 AM
ye tolonglah segerakan tindakan ni, ramai sgt dah kena diabetes dll. iols pun tkut jugak ni, mana2 semua manis, dahlah iols pun suka manis
Quote prettygood 17-5-2024 11:32 AM
otai_g replied at 17-5-2024 10:43 AM
Kencing Manis darah tinggi sbb genetik la. Ni gula jgk yg jd kambing hitam. Knp x salahkan org dulu2 ...

Kencing manis majoriti nya disebabkan pengambilan gula yg berlebihan, bukan genetik je. Tapi org yg ada genetik kencing manis lagi high risk untuk kena . Selain daripada tu, kencing manis boleh jadi dari lahir. Kencing manis ada beberapa type jugak ya. Silakan banyak2 buat pembacaan, klau tak percaya jugak boleh cuba ambil gula pasir tu, secawan, pastu makan selama 3 bulan tanpa henti, insyaallah tak lama lepastu dah boleh cucuk insulin

Kalau darah tinggi pulak, ok maybe most of the time kita dgr disebabkan genetik. Ada jugak, parents dua2 gentik darah tinggi, tapi anak normal je. Pokok pangkalnya kedua2 penyakit ni disebabkan gaya hidup kita. Dah kalau hari2 tibai gula, mental tak jaga, tidur tk cukup, bersenam pun tidak. Jangan cakap kencing manis darah tinggi je. Segala penyakit boleh dapat lepasni
Quote shamsadis 17-5-2024 11:35 AM
kurang orang minum gula, kurang pembelian gula, kuranglah permintaan gula, kuranglah keuntungan syarikat pengedar gula

untuk mendapatkan keuntungan dari jualan gula, kena kempen minum air manis...ehh apa ni aku cakap ni
Quote vanilacup 17-5-2024 11:38 AM
Gula kelapa dan gula kabung sbg alternatif terbaik dan harga pun terbaik
Quote black_handbag 17-5-2024 11:43 AM
erm.. gula rumah iols 1 plastik 1kg tu mau berbulan baru habis. gula guna utk masak2 je itu pon sikit2 je. lantak la sekat gula pun
Quote Samerosie 17-5-2024 12:04 PM
Ini bukan salah gula..ini salah mulut, bak kata Kumar, this is oral problem.



Quote stingerkaypoh 17-5-2024 11:28 PM
I started intermittent fasting about two months ago.  I started with 12:12, I basically didn’t eat at night after dinner.  I’ve stretched it out to 14:10 or 16:8 because I’m not hungry in the mornings.  I’ve also greatly improved my diet, I was terribly addicted to sugar and had a diet of mostly sugar and refined carbohydrates.  Now I eat real, whole food ( fruits, vegetables, nuts and seeds, meats ,seafoods and full fat dairy) and have lost body fat.  This is a lifestyle I can live with.



[youtube]-hSERcBUsGY[/youtube]

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042733 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top