CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor Sheila gagal batal tuduhan sebabkan kegusaran awam

16-5-2024 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5419| Komen: 0

Description: KUALA LUMPUR: Permohonan representasi yang dikemukakan pegawai polis tular, Inspektor Sheila, bagi membatalkan tuduhan menyebabkan kegusaran orang awam dengan membunyikan hon kereta dalam tempoh lama, ...

KUALA LUMPUR: Permohonan representasi yang dikemukakan pegawai polis tular, Inspektor Sheila, bagi membatalkan tuduhan menyebabkan kegusaran orang awam dengan membunyikan hon kereta dalam tempoh lama, ditolak oleh pihak pendakwaan.

Pada prosiding sebutan kes itu hari ini bagi mengetahui status representasi, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memaklumkan kepada Mahkamah Majistret bahawa pihaknya menolak representasi Inspektor Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, yang dikemukakan pada 20 Februari lalu.

Berikutan itu, peguam Anis Salihah Abdul Malek yang mewakili Inspektor Sheila memohon supaya tarikh perbicaraan baharu ditetapkan kerana peguam utama, M Manoharan yang mengendalikan kes berkenaan perlu menghadiri kes lain di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada tarikh sama.

Katanya, mahkamah sebelum ini menetapkan pada 10 dan 11 Jun ini bagi tarikh perbicaraan.


Sehubungan itu, Majistret Illi Marisqa Khalizan kemudian menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan iaitu pada 1 dan 2 Julai ini.

Pada prosiding 21 Mac lalu, Manoharan mengesahkan kepada pemberita bahawa pihaknya menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), atas alasan pertuduhan dihadapi anak guamnya itu adalah remeh.

Pada 8 November tahun lalu, Inspektor Sheila selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam, kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim, 28.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Aras B1 sebuah pusat beli-belah dalam daerah Brickfields di sini pada jam 5.26 petang 16 Jun lalu, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum bawah Seksyen 290 KK.

Jika sabit kesalahan, Inspektor Sheila yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik, boleh dihukum denda sehingga RM400.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 1.036324 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top