CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami selalu transfer duit kepada isteri pun dah tak selamat

16-5-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21194| Komen: 103

Description: PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau memberi ‘tumpang’ akaun kepada individu lain walaupun dengan isteri sendiri.


PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau memberi ‘tumpang’ akaun kepada individu lain walaupun dengan isteri sendiri.

Ini kerana, tindakan itu akan menyebabkan akaun dibekukan atau mungkin juga akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Menjelaskan perkara itu, perundingan kewangan dan pemasaran, Al Irfan Jani berkata, kebiasaan tindakan akan diambil sekiranya ia melibatkan jumlah amaun yang besar.


Jelasnya, sudah ramai kenalannya dibekukan akaun kerana suka menolong kawan lain memindahkan wang menggunakan bank sendiri.


“Walau tolong transferkan melalui akaun isteri atau suami, hati-hati. Amalan ini lebih dikenali sebagai ‘tumpang akaun’, ataupun paling biasa kita dengar ‘tolong transfer’ ini adalah sangat tidak digalakkan oleh Bank Negara.

“Niat dan alasan awak mungkin baik, ayah mintak tolong belikan, nak tolong adik transfer sebab tak sama bank dengan seller (penjual), kawan tiada online banking. Ini alasan semua tak boleh pakai,”tulisnya di laman Facebook.

Lebih malang katanya, jika akaun sudah dibekukan ia akan mengambil masa lama untuk mendapatkannya semula.

“Kalau akaun dah freeze (beku), setahun pun belum tentu dapat balik. Masa tu, kita dah tiada akaun bank, siapa yang akan tolong? Orang yang kita nak bantu sangat tu boleh ke pinjamkan akaun dia?

“Jangan menyusahkan orang lain, walau pada pasangan sendiri. Minta izin tuan badan sebelum kirim amaun besar,”katanya.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 16-5-2024 04:10 AM
Edited by annehuda at 16-5-2024 07:17 AM

Bodohla bank ni. Ye paham jangan jadi keldai akaun, tapi takkanla sesama keluarga pun tak boleh nk tumpang akaun. Ke bank ni terdesak sgt nk customer ? Bank ni tak fikir ke tak suma org nk pakai on9 account since akaun skrang mane ade pakai passbook
Quote mejaputih 16-5-2024 06:08 AM
annehuda replied at 16-5-2024 04:10 AM
Bodohla bank ni. Ye paham jangan jadi keldai akaun, tapi takkanla sesama keluarga pun tak boleh nk t ...

Pelik kan nasihat ni...
Quote venom1 16-5-2024 07:20 AM
Bila pihak berkuasa trace satu suspect akaun yang menjalankan aktiviti money laundering (AMLATFA) semua akaun bank yang melibatkan transaksi keluar dari akaun tu akan disekat.  Pengalaman dari rakan-rakan yang dah kena. Paling cepat unfreeze akaun 3 bulan paling lama ialah selama-lamanya hehe
Quote Samerosie 16-5-2024 07:49 AM
Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong belikan adik kasut ke 500 ke 1500 sekali dua tu takanlah nak beku.  Yg transfer berjuta2 yg bini menabung dr kecil tu tak beku pula ye akaun masa tu kantoi baru la nak beku.
Quote girlfridayz 16-5-2024 09:20 AM
Samerosie: Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong belikan adik kasut ke 500 ke 1500 sekali dua tu taka ...


btol2... hagak2 la nak suspect for money laundering pon.
Quote midori888 16-5-2024 09:28 AM
Samerosie replied at 16-5-2024 07:49 AM
Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong be ...

adik meols punya salary transfer dari bank overseas, bank dah pnh call dia tanya, dia pun dah pergi bank share his salary slip bagai...pastu few months later tanya lagi...apalagi naik hangin lah adik meols, brapa kali nak tanya, takkan every few months nak update, submit docs lagi...transfer dari bank overseas yg sama jer...
Quote midori888 16-5-2024 09:29 AM
Edited by midori888 at 16-5-2024 09:31 AM
Samerosie replied at 16-5-2024 07:49 AM
Apa limit amaun? Kalau tiap2 hari 30k 50k transfer tu patut la suspicious tapi setakat nak tolong be ...

jap...dia kata amount besar...bgtau lah range brapa....
Quote kotakbaju 16-5-2024 09:36 AM
venom1 replied at 16-5-2024 07:20 AM
Bila pihak berkuasa trace satu suspect akaun yang menjalankan aktiviti money laundering (AMLATFA) se ...

Macam mana buleh suspect kerap transfer ke dalam iumlah yang besar? Kalau tiap2 bulan transfer ke akaun spouse pun buleh kena suspect jugak ke?
Quote otai_g 16-5-2024 09:40 AM
Abes tu kalo penyewa rumah bayar sewa rumah dgn transfer duit setiap Bulan x kan nak termasuk sekali money laundering ni
Quote misc 16-5-2024 01:13 PM
Aku agak maksud dia kita share akaun details kat dekat org. Dan org yg kita share details tu tumpang login akaun kita utk urusan online.
Kalau kita sendiri login kira keldai jugak ke? Confuse lah.
Quote zarulnazmi 16-5-2024 01:32 PM
Ketua SPRM boleh je bagi akaun dia pada adik dia beli saham.
Quote syamzana 16-5-2024 01:35 PM
midori888 replied at 16-5-2024 09:28 AM
adik meols punya salary transfer dari bank overseas, bank dah pnh call dia tanya, dia pun dah perg ...

peliknya byk kali tnya takkan tak tgk doc kerja pelbagai tu?
hsbd iols awal2 kerja dulu ada gak camni awal2 kejadian pastu comp dah clarify semua ok je. lgpun ada branch di msia time tu.
then jadi lagi bila dia start freelance. yg ni mcm2 hal sbb company lain2 agent pun lain2 negara. tapi bila dah forward segala doc check itu ini stakat ni baru 2x kot bank call. tp ms kali ke2 tu mmg bank hold payment. sampai la agent forward segala details baru la release.

tgk sistem mcm strict sgt la...tp manjang je kejadian tiba2 duit dlm acc hilang la, dah block jadi lagi. mmmm. btw bank sotong
Quote hyie 16-5-2024 01:44 PM
misc replied at 16-5-2024 01:13 PM
Aku agak maksud dia kita share akaun details kat dekat org. Dan org yg kita share details tu tumpang ...

tak, yang meols faham cenggini.

ada sorang membe kita ni mintak tolong "Eh nyah, bleh tak meols nak pinjam akaun bank chuols untuk transfer duit daripada kawan meols? Akaun meols takleh guna la nyah."

pastu kita pun bagi je heshe no akaun bank kita.

Tup tup orang yang transfer tu adalah pihak yang terlibat dengan money laundering atau yang sewaktu denganya. So, secara tak langsung kita dah kena chop terlibat sama, dan akaun bank kita akan dibekukan. Sapa suruh kita memandai bagi pinjam akaun bank kita kat orang, kan? waima membe sendiri gichu.

kawan iols penah je suruh transferkan ke akaun membe dia, tengok2 nama akaun bank tu Money888 gitu la...dah sah2 kalau ada 88 tu sejenis judi online. Kawan iols tu pulak memang main judi online, alah belajar pun takat dajah tiga je nyah, pastu bekas banduan. Apa je yang dia paham kalau kita tegur dia jangan main benda tu.

so, sebelum nak tolong orang transfer in/out, kena make sure sapa pemilik akaun bank tu. Gichuuu..
Quote midori888 16-5-2024 02:39 PM
syamzana replied at 16-5-2024 01:35 PM
peliknya byk kali tnya takkan tak tgk doc kerja pelbagai tu?
hsbd iols awal2 kerja dulu ada gak ca ...

company dia kerja takde branch kat Msia...adik meols kata, alasan diorg yg handle dulu tu cuti..eh eleh...nie bank rimau...

kan...system mcm strict tapi kenapa still byk kes hilang duit dlm account....
Quote Claudia_Lestat 16-5-2024 02:46 PM
ada baca kat FB semalam, surirumah nak bukak acc bank tp bank x bagi sebab takde keperluan. so surirumah yg dpt duit dr husband utk nafkah belanja kena letak dalam peti besilah gamaknya yer.
Quote fazzrules 16-5-2024 03:09 PM
Ni kalau jumlah besar ye la kot..transaksi mencurigakan..setakat seriban dua tak trigger kot
Quote monreyes 16-5-2024 04:22 PM
kalau sumber dari parents..and duit tu dah lama tersadai kat situ..laundering apa bendanya...lain la masuk arini trus trf sana sini also on the same day
Quote monreyes 16-5-2024 04:23 PM
Claudia_Lestat replied at 16-5-2024 02:46 PM
ada baca kat FB semalam, surirumah nak bukak acc bank tp bank x bagi sebab takde keperluan. so surir ...

celah bra or in between kopeks kalau besar
Quote Claudia_Lestat 16-5-2024 04:54 PM
monreyes replied at 16-5-2024 04:23 PM
celah bra or in between kopeks kalau besar

kalau kecik camno nak selit takkan kat spenda plak

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054740 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top