CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 guru terima gelang emas sempena Hari Guru

16-5-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23292| Komen: 150

Description: PETALING JAYA – Tindakan sepasang ibu bapa menyediakan barang perhiasan berupa gelang tangan jenama popular kepada guru anaknya bersempena dengan sambutan hari guru pada esok, tarik perhatian orang r ...

PETALING JAYA – Tindakan sepasang ibu bapa menyediakan barang perhiasan berupa gelang tangan jenama popular kepada guru anaknya bersempena dengan sambutan hari guru pada esok, tarik perhatian orang ramai.

Melalui perkongsian video di laman TikTok @nurashikindin, hadiah hari guru yang berisi gelang perhiasan jenama popular itu dibeli khas untuk 10 orang guru pengajar anaknya yang masih berusia 7 tahun itu

“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru lelaki dan perempuan), 10 orang gurunya,” kata Nurashikin.

Difahamkan, sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga pada setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa malah sering dilihat tidak berkira walaupun memberi dalam kuantiti yang banyak.

Rata-rata pengguna TikTok turut memuji kesungguhan mereka dalam menghargai guru sehingga sanggup berbelanja barangan mahal sempena sambutan itu.


“Syabas ibu bapa didik anak-anak supaya murah hati dalam memberi. Ikut kemampuan masing-masing, walaupun dengan ucapan ‘terima kasih’ sahaja, sudah cukup untuk sejukkan hati para guru,” kata @Jamilah Hassan.

“Semua orang kalau mampu, pasti nak buat benda sama sebab seronok dapat berkongsi rezeki. Mudah-mudahan satu hari nanti saya pun boleh berbagi lebih dari sekarang, Insya-Allah,” komen @Yunnie Yaacob.

“Hadiah ni ikut kemampuan..yang penting nilai menghargai guru tu dapat diterapkan dalam diri anak-anak. Sekarang giliran anak pula, hari ni saya buatkan kek batik letak riben untuk muallim dan muallimah,” ujar @Anak Mak Chantek. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-5-2024 11:12 PM
Nak bodek cikgu ke tu? Matilah kalau cikgu tak kasik TP 6 dah dapat gelang mas gini. Har.
Quote dua_chzy 15-5-2024 11:13 PM
Oh, sekolah agama private eh? Selayaknya.
Quote shernazz 15-5-2024 11:22 PM
Iols Baru je settle buat hadiah cikgu anak2 iols..
Simple2 je..takde bouquet Bagai ..
Beli pen campur2 kaler.. highlighter..
Then balut je..huhu...
Masa beli kat Mr diy.tu..ramai lah mak mak Baru balik koje beli dgn anak2..hahah
Meriah MCM.hari Raya iols.rasa
Quote Decaffeinated 15-5-2024 11:40 PM
Budaya baru ka ni? Harap SPRM ambil maklum sebelum menjadi barah.
Quote Isninselasarabu 16-5-2024 12:16 AM
Bagi keychain.. cikgu blh sntiasa nmpk bile gune keychain tu
Quote Skuau 16-5-2024 01:02 AM
itu kalo cikgu free hair..apa lagi kasi tudung hadiah la....
Quote annehuda 16-5-2024 04:12 AM
Makbapak show off mcm ni akan menyebabkan parents lain jadi lagi rendah diri. Aku sbnrnye tak suka budaya kasi hadiah utk hari guru ni. Dh mcm medan makbapak dan cikgu meriak-riak plak. Satgi dari kasi seikhlas hati jadi kewajiban plak nk kene kasi hadiah kt cikgu. Kesian la wei kt makbapak yg tak mampu tu.
Quote zuuu 16-5-2024 05:41 AM
Skuau replied at 16-5-2024 01:02 AM
itu kalo cikgu free hair..apa lagi kasi tudung hadiah la....

Sentap pulak cikgu tu nanti
Quote zuuu 16-5-2024 05:45 AM
Mengundang betul mak pak budak ni pon,kut ye pon ko mmg level t20 ingat2 la sikit,bila ko share benda gini leh mndatangkan bahaya pada keluarga ko,xpasal pulak ada org aim anak ko nanti,xpon scammer hacker perompak aim,x pon sadara mara sndri aim nk pinjam duit ke apa
Quote imanjannah 16-5-2024 05:52 AM
belum sempat nak beli lagi, hari ni rasanya nak memborong, sek anak iols esok sambutannya
Quote Minami2013 16-5-2024 06:40 AM
Kalau buat content menunjuk mcm ni biase nye founder product. Marketing strategy.
Quote ina_na 16-5-2024 06:44 AM
Beberapa thn sblm ni kat fb iolss Ade mak kutu ni,sll up pasal kemewahan dia...beli kucing rege berpuluh ribu, renovate rumah segala bagai,kalo hari guru bg adiah charm atau brg kemas..last2 thn lps kalo x silap viral anak kutu bising mak kutu ni x bayar duit kutu ke anak2 kutu..pending ratusan ribu...

Anak2 iolss thn ni x nk bg adiah kat cikgu...katanye menikmati je keadaan hari guru nanti...ikut suka la..kalo bg pun adiah kat Mr Diy tu je la jd sasaran..hehehe
Quote zehra2 16-5-2024 07:09 AM
hati² kot nanti termakan budi
Quote venom1 16-5-2024 07:23 AM
Patut la kedai ECO RM2 meriah dan penuh dengan orang. Habis diborong kat sana.
Quote cm_vungtau 16-5-2024 07:24 AM
Kat Singapore camni tak boleh. I nak kasi biskut MNS pun cikgu takut nak ambik. Saje la nak kasi sebab dah parents jauh, memang cikgu la yang menjaga, tukang sign report card semua. Tapi cikgu tu taknak ambik. Dia cakap dekat Singapore ada anti corruption policy, nanti dia boleh kena buang kerja
Quote makita 16-5-2024 07:49 AM
dua_chzy replied at 15-5-2024 11:12 PM
Nak bodek cikgu ke tu? Matilah kalau cikgu tak kasik TP 6 dah dapat gelang mas gini. Har.

Ye, mesti expectation ibu bapa tu tinggi sket kan. hahaha
Anak meols, meols ajar dia buat kad kecik n lukis kepala zirafah patu wish selamat hari guru. Settle.
Quote A-Are 16-5-2024 07:58 AM
annehuda replied at 16-5-2024 04:12 AM
Makbapak show off mcm ni akan menyebabkan parents lain jadi lagi rendah diri. Aku sbnrnye tak suka b ...

yer i olls setuju yg bab ni..lg2 dekat tadika...nampak sgt sbb cikgu akan post lepas tu dekat whatsapps story depan tunjuk saper yg bagi..n obviously selalu bebudak gini yg dpt attention lebih...huhu
Quote NazRysha 16-5-2024 08:02 AM
beria buat video nak bagi orang tahu dia bg gelang emas
terpaling
hujung2 anak bodo jer dlm kelas
serba salah pulak cikgu

Quote midori888 16-5-2024 08:11 AM
annehuda replied at 16-5-2024 04:12 AM
Makbapak show off mcm ni akan menyebabkan parents lain jadi lagi rendah diri. Aku sbnrnye tak suka b ...

betul jugak...patut kalu kasi tu, diam2 sudah lah...nie smp upload social media...

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.108920 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top