CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kembali Bersama Engku Emran? Ini Jawapan Erra Fazira – “Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya..”

16-5-2024 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14109| Komen: 71

Description: Primadona negara, Erra Fazira tampil memberikan respon setelah ramai yang mendoakan agar penyanyi itu kembali bersama semula dengan bekas suami, Engku Emran.



Primadona negara, Erra Fazira tampil memberikan respon setelah ramai yang mendoakan agar penyanyi itu kembali bersama semula dengan bekas suami, Engku Emran.

Kata Erra, dia tidak terfikirkan hal itu namun percaya dengan ketetapan Allah S.W.T.


"Masing-masing ada cerita masing-masing, kita nak cakap perkara ini tetapi jika Allah aturkan untuk perkara lain, susah. Saya juga tak memandang ke arah itu."

"Apa pun ia, saya percaya Allah aturkan sekiranya itulah takdirnya, siapa saya nak menolak tetapi saya tidak pun melihat ke arah itu."

Ujarnya lagi, dia kini bahagia dan menganggap doa itu sebagai lumrah sebagai artis selain berserah dengan ketentuan Ilahi.

Dia juga memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya.


"Di masa sekarang, apa yang dikejar adalah ketenangan, wang ringgit boleh dicari, kalau duit banyak tetapi tiada ketenangan dan kedamaian pun tak berguna juga.

"Doakanlah yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat, saya hargai semuanya."

Ulas Erra, dia tidak berasa trauma untuk bercinta semula namun tetap berhati-hati dalam memulakan perhubungan.

Sekadar info, Erra pernah bernikah dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Perkahwinan Erra dan Engku Emran akhirnya terlerai setelah 7 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 15-5-2024 11:09 PM
kata erra ni dah jadi bini org
ada gambar kahwin kat dinding rumah la

ke gosipan spekuan saja?
Quote Nham22 15-5-2024 11:12 PM
Apooooooo die dah selamat jd bini bernombor.... Siap ade sekali gmbr raya dgn madu.... Eh kejadah tanye soklan tuuu....
Quote Perils 15-5-2024 11:14 PM
gekkou replied at 15-5-2024 11:09 PM
kata erra ni dah jadi bini org
ada gambar kahwin kat dinding rumah la


Saje je tu nk alih perhatian
Quote limesherbet 15-5-2024 11:19 PM
Nham22 replied at 15-5-2024 11:12 PM
Apooooooo die dah selamat jd bini bernombor.... Siap ade sekali gmbr raya dgn madu.... Eh kejadah ta ...

Ye ke...kahwin dgn siapa? Mmg i taktau
Quote doubleA 15-5-2024 11:30 PM
Kalau masih bujang pun takyah get back la dgn kumbre tu dia sesuai membujang. Pandai2 la dia mengayat pompuan lain utk dijandakan nanti
Quote weezerfan 15-5-2024 11:40 PM
Naurrrrr
Quote pocongkiutss 15-5-2024 11:46 PM
Cakap je..air liur kan free
Quote silampumeja 16-5-2024 12:34 AM
Serabutnya la merang ni... Dengan post panjang berjela, rambut sakai gitu.. org buat caption panjamg berjela ni pyah sket nk percaya.. hahahasorry
Quote cawanmilosuam 16-5-2024 01:18 AM
dlm byk2 makcik aka nnek, ini la makcik paling cantik pd aku
Quote Rogue98 16-5-2024 01:23 AM
Balik jer lah...tak perlu nak bercinta sakan...lebih kepada companionship n parenting. Diaorang kahwin dulu pun tak pernah dengar diaorang bergaduh..takde cerita EE dgn pompuan lain atau dgn lelaki lain. Tau2 dah cerai.
Quote Minami2013 16-5-2024 07:10 AM
Cantik betul erra. Mcm mana la dia maintain kulit cantik gitu..
Quote pinkzara 16-5-2024 07:24 AM
Rogue98 replied at 16-5-2024 01:23 AM
Balik jer lah...tak perlu nak bercinta sakan...lebih kepada companionship n parenting. Diaorang kahw ...

Rasanya mcm EE kata kena buatan org. Dia tak rasa nak kat kak ratu.
Tapi trend dia sama semua utk ketiga2 org tu.
Quote Shayang 16-5-2024 07:51 AM
silampumeja replied at 16-5-2024 12:34 AM
Serabutnya la merang ni... Dengan post panjang berjela, rambut sakai gitu.. org buat caption panjamg ...

Sama laa
Lelaki selalunya simple je so mmg tak minat nak baca karangan2 panjang beria tiap kali nk wish besday anak ke apa mcm la anak tu duk berjauhan ngn ko kalau mmg jauh pun takleh bg karangan tu secara personal ke? Perlu ke nak post kat socmed nk suh semua org baca? Gitulah bila hadap validation drpd org.
Quote Burong_Hantuk 16-5-2024 08:04 AM
acik erra muka cucuk kejung nih memang dari dulu kaki spin
Quote Nuyak 16-5-2024 09:35 AM
siapa laki kakak ratu? teringin nak tahu..
Quote Yaya04 16-5-2024 10:29 AM
Shayang replied at 16-5-2024 07:51 AM
Sama laa
Lelaki selalunya simple je so mmg tak minat nak baca karangan2 panjang beria tiap kali nk ...

Haah kan padahal dok serumah dgn anak tp karangan pnjng berjela siap nak throwback. Hadap validation satu, satu lagi mngkin sbb simptom org tua2
Quote ketambangkang 16-5-2024 10:49 AM
selama ni nampak wajah aleesya mcm omaknya..bila bergambar gini nampak iras apaknya pulak
Quote vanillaninja 16-5-2024 11:02 AM
Nham22 replied at 15-5-2024 03:12 PM
Apooooooo die dah selamat jd bini bernombor.... Siap ade sekali gmbr raya dgn madu.... Eh kejadah ta ...

Mohon share pic tersebut. And mention sekali la sheols bini bernombor siapa
Quote vanillaninja 16-5-2024 11:04 AM
By the way bila anak theyols bertudung? Alhamdulillah ye. Takde keinginan nak pakai wig macam mak sheols zaman muda mudi.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071754 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top