CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok Tumbang : Alhamdulillah saya dan rombongan selamat – Ab. Rauf

13-5-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10271| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan memantau pokok-pokok yang berada sekitar ibu negara.


KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan memantau pokok-pokok yang berada sekitar ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata demikian selepas kenderaan dinaikinya nyaris ditimpa pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Ujarnya, ketika kejadian, keretanya yang berada di kawasan itu tidak dapat bergerak kerana kesesakan lalu lintas akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Ketika itu keadaan kereta polis pengiring saya, baru sahaja melintas kawasan tersebut (pokok tumbang) tetapi malangnya pokok itu menghempap belakang kenderaan itu.

“Alhamdulillah saya dan rombongan saya berada dalam keadaan selamat. Semoga pihak berwajib dapat memantau pokok-pokok yang berada sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan keadaan Ab. Rauf dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas kenderaan dinaikinya hampir dihempap pokok tumbang.


Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ketua Menteri sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.

Untuk rekod, ini merupakan kejadian kedua pokok tumbang dalam bulan yang sama di Kuala Lumpur selepas tragedi yang berlaku di pada 7 Mei lalu di Jalan Sultan Ismail.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, seorang lelaki meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pokok lama tersebut berusia 50 tahun berada di bawah pemantauan pihak swasta. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-5-2024 07:52 AM
Yb tu yg baju hitam tu ke? Mm bukan le nak ckp ajal maut tgn Tuhan tapi kalau dah obese gitu, penyakit lain pulak boleh buat meninggal.  Maaf ckp gitu.
Quote delsmomm 14-5-2024 08:14 AM
the mother nature is sending its signal..
its speaking its language.. stop hurting the earth..

gituhh cara dia communicate..so faham2 lah wahai maknusia..
Quote sayurmayur88 14-5-2024 12:48 PM
pegilah tebang pokok2 tua kt KL tu oiii..
negara kita ni sebenarnya takde lah bencana alam besar2 an mcm indo dan phil yg selalu kena gempa dan typhoon, negara kita ni kena "bencana" sebab hal2 remeh yg boleh dielak...
Quote bottombikini 14-5-2024 03:15 PM
belum time...
Quote cmf_PariS 14-5-2024 03:34 PM
yb ni boleh tahan.. bini no 2 lawa
Quote tripleid 14-5-2024 03:37 PM
Malapetaka.Mgkin ni lah cara alam nk balas dendam atas kerakusan mnusia yg hari2 melakukan kerosakan atas muka bumi..
Quote sharlenetexas 14-5-2024 03:37 PM
Nasib baik sentiasa ada. Kalau tak, tak pasal2 prk.


Quote sharlenetexas 14-5-2024 03:38 PM
cmf_PariS replied at 14-5-2024 03:34 PM
yb ni boleh tahan.. bini no 2 lawa

Bini no 2 tutup lampu ke?


Quote cmf_PariS 14-5-2024 03:39 PM

ntah.. sayang kot.. dua2 wujud di ig elok je hehe
Quote mrsbob87 14-5-2024 04:18 PM
mane, mengandung pun thru IVF...
tapi suke tengok 2nd wife dia... very humble beauty with brain keadahnya
Quote SWORKS27 14-5-2024 04:35 PM

maap..saya terus terpikir sapa diatas, sapa dibawah..nakal pemikiran saya

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.601651 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top