CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Afghanistan: Angka korban melebihi 300

13-5-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17428| Komen: 2

Description: KABUL – Lebih 300 orang terkorban dalam banjir kilat yang melanda beberapa wilayah Afghanistan, demikian menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WPF) semalam. ...


KABUL – Lebih 300 orang terkorban dalam banjir kilat yang melanda beberapa wilayah  Afghanistan, demikian menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WPF) semalam.

Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.

Namun, ramai penduduk masih hilang selepas hujan lebat berlaku pada Jumaat lalu, sehingga menyebabkan air sungai dan lumpur melimpah serta memasuki kampung. Ia turut membanjiri  tanah pertanian di beberapa buah wilayah negara itu.

Mangsa-mangsa yang terselamat pula terpaksa memilih untuk melalui jalan berlumpur yang dipenuhi dengan serpihan banjir dan bangunan-bangunan rosak, demikian menurut seorang wartawan AFP.

Pihak berkuasa dan kumpulan bukan kerajaan mengerahkan para petugas penyelamat dan bantuan ke lokasi kejadian, selain memberi amaran bahawa beberapa kawasan terputus hubungan akibat banjir.


Wilayah Baghlan Utara adalah antara yang paling teruk terjejas dengan lebih 300 orang terbunuh, manakala beribu-ribu rumah musnah atau rosak, kata WFP.

“Seramai 311 maut, 2,011 rumah musnah dan 2,800 lagi rosak di wilayah Baghlan,” kata pegawai komunikasi untuk agensi PBB di Afghanistan, Rana Deraz.

Terdapat perbezaan antara jumlah kematian yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan agensi kemanusiaan.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB pula berkata, terdapat 218 kematian di Baghlan.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qani memberitahu AFP bahawa 131 orang telah terkorban di Baghlan tetapi jumlah kematian berdasarkan pengiraan kerajaan mungkin meningkat. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 14-5-2024 02:52 PM
akhir zaman..tanah arab yg kering kontang pun asyik banjir..sebab hujan banjir je selalu makan tumbuhan hijau mula subur...bila arab dah menghijau maka........
Quote tripleid 14-5-2024 03:09 PM
Edited by tripleid at 14-5-2024 03:48 PM

Siann..negara patuh syariah habis dah..tetap jgk x putus2 ditimpa bala

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.795295 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top