View: 5164|Reply: 10
|
[Dunia]
Anwar diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
[Copy link]
|
|
Anwar bersama Mirziyoyev memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Istana Presiden Kuksaroy sempena lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan bermula hari ini hingga 19 Mei. - Foto Bernama
TASHKENT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy di sini pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Ketibaan Anwar disambut oleh Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev pada 4 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia) sebelum kedua-dua pemimpin saling memperkenal barisan menteri masing-masing.
Perdana Menteri kemudian mengadakan mesyuarat dengan Presiden Uzbekistan itu.
Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan bagi meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Kedua-dua pemimpin juga dijangka menandatangani satu kenyataan bersama dan mengadakan sidang akhbar.
Pada sebelah malam, Anwar dan delegasi Malaysia dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Mirziyoyev.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent di sini pada 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).
Dari lapangan terbang itu, Anwar akan ke Monumen Kemerdekaan di Taman Yangi Uzbekistan untuk upacara meletakkan kalungan bunga sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman presiden.
Ketika lawatannya ke Uzbekistan, Perdana Menteri akan disertai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias.
Anwar berada di Uzbekistan dalam rangka lawatan rasmi yang bertujuan mempertingkat hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan lawatan rasmi ini adalah atas jemputan Mirziyoyev.
Uzbekistan adalah perhentian terakhir lawatan Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Perdana Menteri sebelum ini mengadakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Esok, Perdana Menteri dijadualkan melawat Kompleks Imam Hazrati di sini yang menyimpan manuskrip asal al-Quran pada era Khalifah Usman Affan (Mashaf Uthmani) iaitu tertua di dunia.
Dari Tashkent, Perdana Menteri akan berlepas ke Samarkand di mana beliau dijadual menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand.
Malaysia dan Uzbekistan menjalin hubungan akrab sejak 1992.
Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet sebelum mengisytiharkan kemerdekaannya pada 1991.
Ia dikelilingi oleh lima negara - Kazakhstan di utara, Kyrgyzstan di timur laut, Tajikistan di tenggara, Afghanistan di selatan dan Turkmenisten di barat daya.
Pada 2023, nilai perdagangan Malaysia-Uzbekistan ialah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (AS$414,518). – BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Timur Tengah tersenyum sinis! |
|
|
|
|
|
|
|
Yg berbaris tu at least 180cm minimum. |
|
|
|
|
|
|
|
"...dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (AS$414,518)"
Malaysia jual apa ke Uzbek, sawit ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau RAMD berapa requirement? semua nampak serata ja
btw Presiden dia rendah level PMX ja pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Uzbek yg jambu-jambu, tinggi 6 footer & berkulit cerah.... Berhati-hatilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-5-2024 06:17 PM
Kalau RAMD berapa requirement? semua nampak serata ja
btw Presiden dia rendah level PMX ja pulak
RAMD tidak pasti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-5-2024 06:15 PM
"...dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 jut ...
Aku penah jumpa susu pekat buatan malaysia kat kedai runcit kat tashkent. Jenama yg aku x penah dgr kat malaysia. Lain2, aku x perasan |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 18-5-2024 06:20 PM
Tentera Uzbek yg jambu-jambu, tinggi 6 footer & berkulit cerah.... Berhati-hatilah.
Polis dia kontot2. Nmpk mcm org kg ulu mana tah diorg hire jd polis. Askar pulak, nmpk a lot better dr polis. Of kos nmpk lg wangi |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-5-2024 06:15 PM
"...dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 jut ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|