View: 2182|Reply: 28
|
Hampir 5 juta rakyat Malaysia sakit mental dan NCD, golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan.
Menerusi hasil tinjauan dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya.
Tinjauan juga menunjukkan hampir separuh daripada jumlah itu berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pula menyaksikan peningkatan daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023.
Statistik menunjukkan satu daripada enam kanak-kanak mengalami masalah berkenaan.
NHMS 2023 turut mendedahkan 46 peratus kanak-kanak terbabit mengalami masalah dengan rakan sebaya, masalah tingkah laku (25 peratus), masalah emosi (17 peratus) dan hiperaktif (8 peratus).
Mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD), NHMS 2023 menunjukkan hampir 3.6 juta penduduk negara ini atau bersamaan 15.6 peratus menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi (6.7 juta) dan kolesterol tinggi (7.5 juta).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang tidak didianogsis tergolong dalam golongan yang berusia lebih muda.
"enemuan itu amat membimbangkan kerana penyakit tidak berjangkit yang tidak didianogsis boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih cepat kepada golongan berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran NHMS 2023 di sini, tadi.
Selain itu, lebih 500,000 dewasa atau merangkumi 2.5 peratus dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.
Malah, terdapat peningkatan berterusan dalam trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa, melonjak hampir 10 peratus dalam tempoh satu dekad, daripada 44.5 peratus pada 2011 kepada 54.4 peratus pada 2023.
Mengenai penggunaan jagaan pesakit luar, dapatan tinjauan NHMS 2023 menunjukkan trend peningkatan daripada 8.1 peratus pada 2019 kepada 12.5 peratus pada tahun lalu.
Bagaimanapun, trend penggunaan perkhidmatan jagaan pesakit luar di fasiliti kerajaan merekodkan penurunan daripada 64.2 peratus pada 2019 kepada 48.9 peratus pada 2023.
Ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan jagaan pesakit luar swasta dalam kalangan penduduk Malaysia berbanding empat tahun lalu.
Sumber :Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 16-5-2024 10:03 PM
Di kalangan kawan2 ku nasib baik xde yg schizo. Harap xdelah. Kawan bipo tu iols ok je mengadap antics nya, tapi bila once nak cederakan orang lain aku call 999 dan cabut lari jauh2 lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiols knew it!
Golongan remaja sekarang ramai sakit mental!
Aiols blame it on sematphone. |
|
|
|
|
|
|
|
Terutama yang hadap socmed tu melepak di socmed influenza la retis la ntah sapa2 ntah 24 jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Komik pun budak2 sekarang dah tak baca. How to survive? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai bersepah keliling ada jer di mana2, sekitar aku nih ada 2 orang skizo. Kok melayan ngan kita2 sekali sakit mental. Jadi biarkan dorang ngan dunia sendiri. Asal makan ubat cukup makan minum sudahhhh. Lantak ler ko tak nak urus diri pung. |
|
|
|
|
|
|
|
mana tak nya, sekarang ni trend makanan manis bersepah sepah. tapak kuda tu nutella dia mesti nak kena banjir, kalau boleh tsunami lagi org suka |
|
|
|
|
|
|
|
Wooow .... Betol-betol masalah yang serius ...
Apakah mereka majority adalah melayu yang menjadi kurban akibat propaganda jargon-jargon yang penuh kepalsuan dan kebohongan tentang maha besar dan maha haibatnya bangsa melayu mahawangsa yang selama ini diajarkan dan disebar-luaskan secara masif dan sistematik ? ... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhh yg mental 1 juta, hok ncd dan pnyakit pnyakit lain tu yg berjota jota. k |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by damsel_fiji at 17-5-2024 12:43 PM
Ada kwn ofis i sorg ni terpaling prasan dia lah paling ensem.. paling cantik, terpaling nampak muda... semua org kena respek ke dia katanya sebab serba serbi dialah terpaling.. padahal muka tomyam siam jah pon.. dah la suka menggelar2 org nama tak
elok..ni kira sakit mental ke apa nih |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-5-2024 10:22 PM
Aiols knew it!
Golongan remaja sekarang ramai sakit mental!
anak aku TERPAKSA di adakan SEMAK FON sorang satu sejak online class covid 19.. sekolah rendah & menengah..
sejak pasca covid... pasca END plandemik covid... dan pasca AMPUN MAAF veksin covid .. semua sekoah ( read as CIKGU CIKGI) tetap jua dok guna ONLINE semak fon utk segala INFO subjek sekolah dan INFO aktivitas sekolah...
aku sbg ibu yg JAKI amat pd penggunaan SEMAKfon pd pelajar TERPAKSA rela paksa anak2 pegang fon kerana CIKGU CIKGI DOK SOGOK INFO SUBJEK MELALUI WASAP... cikgu cikgi plak rajin dok update info sekolah MEMALAM BUTA..
TAKDE DAH NK BAGI KERTAS PEMBERITAHUAN BERKAITAN AKTIBITI SEKOLAH MCM DULU...
salah siapa bila anak2 now ni mmg terpaksa ada SEMAK KEHIDUPAN tanpa batasan????? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 17-5-2024 05:44 AM
koko2 replied at 17-5-2024 05:01 AM
anak aku TERPAKSA di adakan SEMAK FON sorang satu sejak online class covid 19.. sekolah rendah & m ...
Dah betul la penggunaan semakfon kat situ. Sebagai alat perhubungan.
Yang tak betulnya bila lebih 12 jam main tepon main game tengok youtube rakam video tiktok post2 kat socmed etc.
Kertas pun dah makin mahal. Peruntukan makin sikit. Weols memang dah kurangkan aktiviti printing kecuali untuk ujian/exam. |
|
|
|
|
|
|
|
If u think u have it, means u have it.
Kepada acik2 forum yg rasa ada prob and takde fulus pegi jela mana2 kk and get help. I did and all i can say is i wish i had done it sooner. Dulu pikir takut nak pegi nanti kena paksa on med. Actually it helps..agaknya kalau iols berubat time uni dah ntah kat mana skrg ni, terbang tinggi jauh dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mende sakit mental ni berpunca drp manusia kpd manusia yg lain jugok....ATAU angkara jin shaiton tu semua???Itu kalo meh jumpa tokmoh... |
|
|
|
|
|
|
|
kepada yg sedang mengalami iols doakan semoga tabah dan kuat la
|
|
|
|
|
|
|
|
yg perempuan awl 20an pun ada...
sorry la i xfhm nape pnykt ni blh jadi..
sbb i rasa kita sndiri yg xpandai kawal emosi..ke camna..serius xfhm weh..
i pun idok la bahagia..sedih jgk hidup ni..mcm mcm jadi tp mayb i ni jenis strong..
blh tak sapa sapa expalin nape pnykt ni blh jd?
|
|
|
|
|
|
|
|
berpunca dr media sosial...penyakit suka berbogel online pun dah tahap nazak...especially di kalangan artis wanita, influencer wanita, wanita in general, etc
as I said before, women are contributing towards the decaying of society |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 17-5-2024 04:17 PM
Air terpalinggg suci tersenyum sinisss menyeringai lebar sampai ke telinga!
Vaccines linked to mental disorders by Yale study
https://yaledailynews.com/blog/2017/02/21/vaccines-linked-to-mental-disorders-by-yale-study/
Adults who received COVID-19 vaccines reported short-term reductions in depressive and anxiety symptoms
https://www.news-medical.net/new ... xiety-symptoms.aspx
Vaksin punca masalah mental
https://www.klik.com.my/item/story/5545349/vaksin-punca-masalah-mental
ALAAAAA, JANGAN RISAUUUUU LAAA!!!! INI KAN CUMA HASIL DAPATAN KAJIANNNN CAPRUT SELAYAKNYA DIHUMBAN KE LOJI TAEK JAHHHH KAN???!!!
TAKE IT WITH A PINCH AS SALT GITEWWWWW!!!!
Takpeeee, air terpaling suci kan SELAMAT DAN BERKESAN DAN MANFAAT MELEBEHI MUDHARAT, kann?, KANNN????!!!
Terossskan jahhh lerr ambil tanpa was-was, spesifiknya jenis mRNA teknologi baharu tanpa data keselamatan jangka panjang tu taukkkk!!!!
Hip hippp hoooreyyyy!
ALL HAIL TO AIR SUCI!!!!!!
OUR ONLY AND TRULY SAVIOUR!!!!PUIIIII!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|