CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7694|Reply: 62

[Tempatan] Pesakit terpaksa tunggu 5 jam kerana kekurangan doktor. #50, Menteri Kesihatan Dr Dzul sedar dan insaf keluhan doktor

  [Copy link]
Post time 16-5-2024 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-5-2024 12:17 AM

Pesakit terpaksa tunggu 5 jam kerana kekurangan doktor

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -kekurangan-doktor/

Oleh KOSMO!
15 Mei 2024, 8:40 pm


Satu notis di hospital kerajaan yang tular di aplikasi X, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah hospital di utara tanah air mendakwa mengalami masalah kekurangan doktor sehingga pesakit terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sebuah notis tular di aplikasi X, doktor di hospital berkenaan juga mendakwa terpaksa bekerja lebih masa sehingga jatuh sakit.

“Harap maaf, kami mengalami masalah kekurangan doktor. Masa menunggu mungkin sampai lima jam. Doktor kami bekerja sampai hendak pengsan dan ada yang sakit pun masih bekerja.

“Malah, ada yang sudah letak jawatan dan bekerja di (hospital) swasta,” tulis notis tersebut.

Dalam notis sama, para pekerja di hospital berkenaan juga meminta agar pesakit sabar menunggu dan faham akan beban tugas yang terpaksa digalas oleh doktor bertugas.

“Kami ingin berkhidmat kepada rakyat. Tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Kami minta maaf,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa kasihan dan bersimpati terhadap nasib doktor yang bertugas di hospital kerajaan.

“Saya ada kawan yang kerja hospital sama. Saya susah nak nampak dia di rumah. Balik sempat tidur 3 hingga 4 jam sahaja. Tengah malam kadang-kadang terpaksa pergi hospital,” kata Farah.

“Baru sahaja dengar cerita tentang doktor yang ramai berpindah ke sektor swasta, kebanyakannya sebab bebanan kerja dan layanan senior yang biadab,” kata Awin.

“Isu ini dari dahulu tak selesai. Mohon kerajaan tunaikan tanggungjawab. Ini isu besar, tidak boleh bawa main,” kata Zamir.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,500 tanda suka dan 294,000 bacaan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul sgt. Doktor tak cukup, hospital tak cukup, ini akibat wang negara disonglap trillion oleh perompak terhormat.

Dulu lagi ada dgr mkcik2 komplen, bila ada appoinmnt, lepas solat subuh dah keluar pegi beratur, balik tghri/ptg, betapa masa terbuang mcm tu, yg tak berapa sakit pun jadi lagi sakit. Baru ni kkm tukar sistem kot, patient hanya boleh dpt servis di pst kesihatan, dekat hosp hanya kes2 yg dirujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berlaku sejak zaman Najib Razak.

Kalau sakit bengkak atau demam memang aku pergi Dispensary Sabak dan Gunwant Sg Besar tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak i chemo pkl 11pg biasanya habis lps 6 jam.sekali appmt pkl 11pg.pkl 4.30 baru chemo iv drip siap masuk.tgh mlm baru habis chemo.kesian dia dahlah nk menanggung siksa chemo lagi.nak marah staf pun x sampai hati sbb skarang satu wad hanya ada satu HO je.dialah buat semua..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga di buat notis mcm ni. Biar viral baru MOH buat keje. Mungkin sblm ni hospital dah request tambah doktor, tapi bajet x bape nak ada kan.

Lepas tu kalau bkn malaysian, boleh x level pak guard tu saring dulu. Sbb byk kes pesakit bkn malaysia ramai dan mereka x bayar. Kesian rakyat, bajet x bape nak ada pastu kena tanggung pati dan pelarian. Mcm pelarian ni malaysia patut claim UNCHR utk dana bantuan juga utk cover cost.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 16-5-2024 09:38 AM
Mak i chemo pkl 11pg biasanya habis lps 6 jam.sekali appmt pkl 11pg.pkl 4.30 baru chemo iv drip siap ...

Mak uols kenapa ye semoga dipermudahkan urusan uols sekeluarga dan diringankan beban sakit mak uols.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku pun klinik kesihatan pack macam apa lagi. Kalau setakat demam biasa2 baik lah pegi klinik swasta lagi. Kalau gigih jugak ke kk, jenuh nak beratur lama tunggu turn. Silap2 tengah hari pun tak dipanggil giliran lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:50 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 16-5-2024 09:38 AM
Elok juga di buat notis mcm ni. Biar viral baru MOH buat keje. Mungkin sblm ni hospital dah request  ...

betul tu buat mcm ni bg viral. hr tu ada sorang doctor kat tt x silap. dia bg tau mmg ramai pati dtg hospital utk pelbagai rawatan tp xnak byr. contoh nk beranak. doctor tu kata xkan nk biar beranak dpn hospital. nak x nak rawat mcm biasa. pastu yg ada komplikasi xleh branak biasa kena jugak buat prosedur . semua tu kos. pastu diorg ni xnak byr kata x de duit la apa la. pastu nk ddk lama2 kt hospital. dh beranak dh sihat sehari kena discharge tp doktor tu ckp geng2 ni xnak discharge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 09:52 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-5-2024 09:48 AM
Kat tempat aku pun klinik kesihatan pack macam apa lagi. Kalau setakat demam biasa2 baik lah pegi kl ...

kt kkkm mmg sgt ramai. diorg ni tau kt klinik kesihatan ni free dan murah je pon. daftar x silap rm2 ke rm1 je. ubat pon free kan ? kalau kat klinik, ratus2 tau skrg kos nyer  walau demam je. dh ler ubat murah bkn ubat2 mahal
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
bawak mak check mata temujanji kat hospital teluk intan. dok kat kerusi menunggu tu tertido-tido mimpi sampai 5x pun tk jugek masuk jumpa doc. mmg cuti utk uruskn mak je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 16-5-2024 09:50 AM
betul tu buat mcm ni bg viral. hr tu ada sorang doctor kat tt x silap. dia bg tau mmg ramai pati d ...

Yg tt tu SG ada tgk juga. Yg tu mmg teruk la. Tanak bayar tp ada buka kedai tau, bkn papa kedana hidup melarat. Yg tu kes kat hospital ampang. Malaysia patut minta pampasan/bajet dr UNCHR …kalau x better lah malaysia tarik diri keahlian dr UNCHR ni. Jadi baik pon lepas tu kena pijak2, kemudahan utk rakyat yg bayar tax ni dinafikan.

Mmg lah kena ada perikemanusiaan tapi bukan sampai kita dipijak2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 16-5-2024 09:52 AM
kt kkkm mmg sgt ramai. diorg ni tau kt klinik kesihatan ni free dan murah je pon. daftar x silap r ...


Betul, pegi klinik swasta demam kena caj x kurang rm70 skrg ni. Pastu bkn check pon. Borak2 je pastu done. Apooooo. Baik beli ubat kat farmasi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:59 AM | Show all posts
dah la masalah kekurangan doktor lepas tu dengan ramai warga asing lagi. tak boleh ke KKM ni sediakan 1 bilik je untuk dorang. kot2 la boleh jimatkan masa menunggu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:07 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 16-5-2024 09:56 AM
Yg tt tu SG ada tgk juga. Yg tu mmg teruk la. Tanak bayar tp ada buka kedai tau, bkn papa kedana h ...

setuju dgn cadangan ni , sape perlukan rawatan kena bwk kad rawatan UNCHR. pastu kita claim dgn depa. UNCHR pandai2 ler depa dpt kan dana rawatan utk di byr ke malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:10 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 16-5-2024 09:38 AM
Elok juga di buat notis mcm ni. Biar viral baru MOH buat keje. Mungkin sblm ni hospital dah request  ...

they did
berjuta dah ye



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:19 AM | Show all posts
kan ramai yg cakap, malaysia ni terlalu ramai penjawat awam, kena kurangkan, beban kewangan kerajaan kena bayar gaji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
iols rasa mmg dari dulu (tatau la jaman bila) kalau spital gomen mcm ni la. jgn kan nak jmp doc utk sakit biasa,yg ada appt doktor pakar pun pegi pagi blk ptg (appt pkl 9). anak iols kat spital serdang tu sokmo la camni. letih giler, kalau tak dtg kan kene marah kalau merempan byk2 ada plak yg komen dah byr murah hadap je la. dah la yg dtg org sakit, kene tggu lama2 ujung2 balik sakit bertambah
mujur la skrg sakit anak beransur ok, appt 6bulan sekali je. hrp pasni blh discharge blh la iols ke private je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la kene jage kesihatan. Ni mkn bende tinggi kalori mcm xde hari esok da aku tgk org mesia ni.
Di smpg sihat, kte jgak x memenuhkan hosp/klinik
kesihatan.
Mari amalkan gaya hidup sihat.
Andai kate la kte sakit, ble kte jalani kehidupan yg sihat, insyallah x berlame2 pon kat hosp. Dokter pon kurg kerje nak nengok kte aje.
Kte permudahkan urusan org lain, insyallah Allah mudahkan urusan kte... Walk the talk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:42 AM | Show all posts
Tu belum lagi tunggu ubat kat HTAR, mau 4 jam untuk tunggu ubat je. Dengan parking pun takde. Jenuhlah pusing2. Menguji sabar betul.

Kk pun sama pack dengan rawatan harian & medical check up bagai. Maka nya, jagalah kesihatan, tapi tu lah siapa je nak sakit. Hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-5-2024 09:32 AM
Dah berlaku sejak zaman Najib Razak.

Kalau sakit bengkak atau demam memang aku pergi Dispensary Sab ...

sejak zaman mahathir ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.136059 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list