CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6976|Reply: 77

[Tempatan] Tiga anak Loh kekal bukan Islam

[Copy link]
Post time 14-5-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Tiga anak Loh kekal bukan Islam

https://www.malaysiakini.com/news/705479

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  May 14, 2024 1:08 PM
Dikemaskini: 1:09 PM



Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar agama mereka secara unilateral atau sepihak oleh bapa mereka kekal sebagai bukan Islam.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menafikan permohonan kebenaran rayuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), dan tiga yang lain, untuk mengembalikan penukaran agama unilateral pada 2020 itu oleh bapa mualaf mereka, Muhammad Nagahswaran Muniandy.



Perayu lain adalah kerajaan negeri Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, dan pendaftar mualaf negeri.

Pada 10 Jan, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Loh untuk membatalkan penukaran agama unilateral anak kembarnya berusia 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun.

Ibu berusia 36 tahun itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei tahun lalu, yang menolak semakan kehakimannya yang mencabar kesahihan penukaran agama secara sepihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 02:56 PM | Show all posts
by legal on paper je.. takpelah kan

asalkan ibadat dan cara hidup tu kekal islam

umo 18 ke 21 nanti buatlah apa yg patut ye dik
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 02:57 PM | Show all posts
clueless_gamer replied at 14-5-2024 02:56 PM
by legal on paper je.. takpelah kan

asalkan ibadat dan cara hidup tu kekal islam

sementara nak tggu 18 si mak tu suap babi, paksa sembahyang ikut agamanya....kau rasa macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:14 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-5-2024 02:57 PM
sementara nak tggu 18 si mak tu suap babi, paksa sembahyang ikut agamanya....kau rasa macam mana?  ...

astaga.. bawak mengucap sis
cubalah sangka baik dlm baca berita camni

iman ni benda dalam hati.. bukan atas kertas


kita doa yg baik2 jelah.. hati pun tenang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:22 PM | Show all posts
clueless_gamer replied at 14-5-2024 03:14 PM
astaga.. bawak mengucap sis
cubalah sangka baik dlm baca berita camni

mcm mana nak bersangka baik, U cuba tgk realiti klu ibunya 'bersangka baik' maka tak perlu nak kembalikan agama asal anak2nya. tapi knp nak tukar juga. pernah dengar dak kisah muaalaf yg dipaksa makan babi oleh ibu dan ayah mereka? ingat kisah Natrah? apa jadi kesudahannya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:25 PM | Show all posts
Seingat iols anak2 tu sendiri tak mau kekal dlm islam tu sebab mahkamah tolak rayuan maips.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 03:28 PM | Show all posts
Ha jumpa berita tu tahun lepas punya  https://www.malaysiakini.com/news/682373
Semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini , Hakim Hayatul berkata mahkamah tidak yakin bahawa permohonan Maips itu  akan memelihara kebajikan tiga beradik tersebut.
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Katanya, pertimbangan mahkamah adalah bahawa kepentingan kanak-kanak tersebut mengatasi kepentingan lain dan pihak-pihak harus menerima situasi tersebut sambil meminta masa depan mereka tidak dinafikan atau diganggu.
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Dia berkata, pendedahan tiga beradik tersebut bahawa mereka tidak berminat untuk mendalami ajaran Islam diperolehi hasil temu bual terhadap mereka yang dijalankan secara berasingan dalam kamar untuk tempoh kira-kira sejam 30 minit pada prosiding 27 September lalu.
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Temu bual itu bagi membolehkan mahkamah mendapat maklum balas daripada kanak-kanak itu sendiri berhubung permohonan Maips untuk melaksanakan tanggungjawab memberi didikan agama kepada mereka
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Menurut Hakim Hayatul Akmal ketiga-tiga anak itu kini lebih selesa menetap dengan Loh selepas hidup dalam keadaan trauma akibat terpisah selama tiga tahun. Ini juga selepas mendapati bapa mereka terlibat dalam dadah dan sering mendera ibu mereka.
“Mereka sangat gembira pergi ke sekolah sekarang dan menjalani aktiviti kokurikulum.
"Mereka beritahu saya mereka tidak mahu menjadi Islam," kata Hayatul.
Hakim itu berkata, mengambil maklum berhubung laporan media lepas yang menyebut kanak-kanak itu didakwa menunaikan solat, dia berkata mereka memberitahunya bahawa ini adalah kerana mereka tiada pilihan.




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-5-2024 03:22 PM
mcm mana nak bersangka baik, U cuba tgk realiti klu ibunya 'bersangka baik' maka tak perlu nak kem ...


Natrah tu kalau dia kekal kahwin dengan Mansor Adabi mungkin sampai mati jadi taitai. Ni tua2 kena kerja jadi janitor jadi cleaner. Pastu ada jugak kes sheols sakit mental hasil trauma kisah silam. Memang sheols menyesal tinggalkan suami have have tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 04:31 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-5-2024 02:57 PM
sementara nak tggu 18 si mak tu suap babi, paksa sembahyang ikut agamanya....kau rasa macam mana?  ...

Mcm mane? Apa yg akan berlaku di masa mendatang, tak sape dpt meneka. Hidayah Allah jua yg nanti akan menentukan keyakinan mereka. Emaknya saja nampaknya yg berjuang keras menentukan agama anak2nya sementara bapaknya entah ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-5-2024 04:31 PM
Mcm mane? Apa yg akan berlaku di masa mendatang, tak sape dpt meneka. Hidayah Allah jua yg nanti a ...

Bukan ke bapak dia masuk jel?


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-5-2024 02:57 PM
sementara nak tggu 18 si mak tu suap babi, paksa sembahyang ikut agamanya....kau rasa macam mana?  ...

Relax sissy. Anak itteww sendiri yang tak mahu islam sissy. Calm down and lets eat babi siss.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 14-5-2024 04:37 PM
Relax sissy. Anak itteww sendiri yang tak mahu islam sissy. Calm down and lets eat babi siss.

Kawan aku suka makan keropok kulit babi yg crispy rangup2 tu...dia ckp sedap...tp oily sket la
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya gini memang ikut agama emak le jawabnya. Teringat junior sekolah dulu 2 beradik.  Waktu kecik bapa yg masuk islam jaga dah sekolah menengah mak pula ambil alih. Masukkan ke asrama tapi payah benar nak solat ke apa. Mcm mmg taknak practice Islam dah. Kesian gak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:46 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-5-2024 04:35 PM
Bukan ke bapak dia masuk jel?

Kalau mcm tu tentulah kebajikan dn keyakinan anaknya tidak akan terbela.  Mereka yg asalnya ialah non-muslim bukan mudah nak diterapkan ajaran Islam serta mengharapkan mereka menjadi muslimin yg taqwa. Anak2 itu menjadi Islam dlm keadaan terpaksa dn tidak memahami tujuan sebenarnya menjadi muslimin. Dari sudut perundangan negara, kalau bapa masuk jel, maka wajarlah ibunya menuntut hak penjagaan anak2nya dn mengatur segala kebajikannya. Dn dlm soal beragama dn keyakinan, wajar saja dikaitkan kpd mereka 'jangan dipaksa'.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:51 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 14-5-2024 04:45 PM
Selalunya gini memang ikut agama emak le jawabnya. Teringat junior sekolah dulu 2 beradik.  Waktu ke ...

Tantangan kpd umat muslimin ialah bersikap taqwa dn menuruti perintah Allah swt. Yg lahir drp keturunan Islam pun liat nak tunaikan rukun Islam yg 5, inikan pulak mereka yg masuk Islam bukan dgn kerelaan dan kesedaran kpd Islam itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 14-5-2024 04:45 PM
Selalunya gini memang ikut agama emak le jawabnya. Teringat junior sekolah dulu 2 beradik.  Waktu ke ...

anak yg masih duk dgn parents yg sama pun, yg masa kecik diajar solat, tutup aurat ... tapi dah besar tak solat & tak jaga aurat langsung.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-5-2024 04:51 PM
Tantangan kpd umat muslimin ialah bersikap taqwa dn menuruti perintah Allah swt. Yg lahir drp ketu ...

Betul sangat. Cumanya andai dah ditakdirkan sbg Islam biarlah berkekalan. Walaupun iman kadangkala ada naik turunnya biar jgn hilang terus dlm diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 14-5-2024 04:53 PM
anak yg masih duk dgn parents yg sama pun, yg masa kecik diajar solat, tutup aurat ... tapi dah be ...

Kan.. Jgn ingat ibu bapa imam besar anak2 juga dijalan yg sama.  Dugaan kita tak tahu. Byk dpt kita lihat. Tapi harapnya dlm Iman naik turun pun biarlah berkekalan dgn ajaran Islam yg sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm kes ni meols berpihak pada mak. Moga ank2 terbuka hati jd Islam semula.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:30 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-5-2024 02:57 PM
sementara nak tggu 18 si mak tu suap babi, paksa sembahyang ikut agamanya....kau rasa macam mana?  ...

It's ok zis, sebelum bapak dia bawak lari bebudak tu pastu convertkan, bebudak tu dah lama pun makan babi sembahyang ikut ugama mak nya.  Tak payah nak over think.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.480457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list