CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22483|Reply: 37

[Tempatan] Kerajaan dicadang tetap kadar gaji minimum pada RM2,102 - Pakar ekonomi.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya menyemak semula dan menetapkan kadar gaji minimum pada RM2,102 untuk golongan pekerja di negara ini.



Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, saranan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama melibatkan keperluan masyarakat masa kini termasuk dari segi kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah dan produktiviti.

“Gaji minimum semasa ialah RM1,500. Jika kita menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan oleh kerajaan dalam mengira gaji minimum, gaji minimum terkini sekurang-kurangnya adalah RM2,100.

“Tahap gaji minimum baharu ini adalah lebih rendah berbanding penetapan wajar yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak RM2,700 sebulan,” katanya dalam pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan di UNICEF Malaysia, Wisma E&C, Bukit Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Dasar Sosial Unicef ​​Malaysia, Dr Juanita Vasquez Escallon dan Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli.

Ujar Muhammed yang juga ketua perunding untuk kajian tersebut, penetapan gaji minimum itu merupakan salah satu daripada cadangan dasar yang dibentangkan menerusi laporan yang menggariskan tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 20 Users voted View Voters
3.33% (1)
20.00% (6)
26.67% (8)
20.00% (6)
16.67% (5)
0.00% (0)
3.33% (1)
3.33% (1)
0.00% (0)
6.67% (2)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 11:07 PM | Show all posts
semputlah para pemilik perniagaan swasta nak cekau duit kat mana lagi taktau la yang meols tahu, bos meols memang tak mampu, gaji 1.5k pon semput nak bayar, inikan 2k. Padehal staf 5 orang je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni adik ipar daim kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi idea tu tak fikir habis ke?
Nak harga barang naik lagi ek..
Kau pakar ekonomi fikir lah cara nak turun kan harga barang... bukan fikir nakkan gaji minimum yg tak match dgn produktiviti. Hal gaji terpulanglah pada setiap syarikat.. base on supply n demand.... Bukan paksa2 letak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan gaji pekerja sokongan. Kurang kan gaji and elaun management team. Baru boleh kurangkan jurang ekonomi.
Yg selalu jadi gaji org bawahan kemain sesak nk bg naik, kedekut ya ampun. Tapi gaji and elaun team management, big boss kemain lagi tak kena dgn income and productivity company.
Kalau risau dgn naik gaji tu barang naik, so patutkah gaji minimum dikurangkan kepada RM500 supaya harga barang turun?



Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Time dulu jd punaisihat ekonomi atok oun haprak dgn gomol kwame sundalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya


Sorry, can’t help it
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakar ekonomi la sangat. Entah2 ekonomi diri sendiri pun sedih. Aje bodo orang cuci pinggan pun nak kasi 2100. Last2 yang ada degree pun kena cuci pinggan. Dah alang2 gaji tinggi baik aku ambik degree holder aje cuci pinggan, agittew kata majikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 08:18 AM | Show all posts
siapa peniaga yg akan naikkan harga? siapa yg terlibat secara langsung? bagi industri besar mungkin impak x beza.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa logik dia utk naikkan gaji? Awat tak kurangkan rega?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:56 AM | Show all posts
kerap sangat naikkan gaji minima ni


cepat la harga barang naik lagi


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ada pioneer,entiti baru yg bagi persaingan harga lebih 50% pd peniaga2/usahawan rakus. Almost non profit tp ini sahajew lah cara nak ajar capitalist

Yg control market pun kita semua dah sedia maklum. Geng2 dah awal2 kumpul harta 100 keturunan. Kitew2 jew tercekik
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu je jalan mudahnya...kalau suruh pikir mcm mana nak turunkan Harga barang...naikkan nilai2 ringgit semua terkulat2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:24 PM | Show all posts
kalau ikutkan keperluan sekarang ni gaji 1500 tu mana cukup. iols selalu pikir operator yang gaji besau itu aje, cemana la diorang survive kalau laki pun kerja kilang, lebih kurang sama gaji.

kena plak anak ada 2-3, mahal semua tu. mungkin diorang boleh jimat tapi kalau harga barang pun naik, sengsara jugak la.

berbalik pada majikan... pun sakit jugak. banyak adjustment nak kena buat. kalau yang kompeni kecik pun sakit, kompeni besau pun pening nak fikir. hujung2 depa lari pi negara konoha ke mana ke.

kerajaan kena pantau harga barang. ketatkan enforcement. jangan makan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 10-5-2024 09:56 AM
kerap sangat naikkan gaji minima ni



iye . kerap sgt ... gaji minimum means org tak habis sekolah pun dpt gaji camni... lebih kurang je dgn gaji org yg belajar penat2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji naik, rege brg naik. Yg turun hujan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
rega barang naik bila nak turun
gaji naik tp barang mahal serupa je la pimai pimai tang tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 10-5-2024 08:06 AM
Pakar ekonomi la sangat. Entah2 ekonomi diri sendiri pun sedih. Aje bodo orang cuci pinggan pun nak  ...

Setujuu…ikut kelulusan, ikut kelulusan..
Klu dropped out, xblaja tggu bru ikut pengalaman.

Ajar lh budak2 kecik n sepatut nya dr dluu lg sedar blaja elok, rajin2 dpt habuan kerja gaji tggi.. sifir nya patut gtu.. bkn selfish ye, tp ni realiti hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 02:04 PM | Show all posts
kepompong replied at 10-5-2024 12:26 PM
iye . kerap sgt ... gaji minimum means org tak habis sekolah pun dpt gaji camni... lebih kurang je ...

betul.. kalau ikut cadangan gaji minima BNM tu gaji minima RM2700, alamat lebih kurang je gaji dgn budak2 baru grad keluar u.. deme bertungkus lumus belajar hutang ptptn 4 tahun tibah keluar gaji starting 3k je.. tak byk beza pon dgn org yg tak sambung belajar

macam tak setara, gaji minimum dinaikkan, tp yg level tengah2 ni stuck maintain disitu. patut semua naik la sesama tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuuu gaji minimum naik lagi. Kurang la sikit bos iols tambah cawangan tiap tahun. Pastu kabo takde duit nak bayo gaji lebih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 174863 Replies : 4055
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3299 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72831 Replies : 2947
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21391 Replies : 116
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45035 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6563 Replies : 78
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 28129 Replies : 202
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1616 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.083973 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list