CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3385|Reply: 10

[Tempatan] Gaji naik, mutu kerja ‘wajib’ lebih baik

  [Copy link]
Post time 6-5-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Gaji naik, mutu kerja ‘wajib’ lebih baik

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... a-wajib-lebih-baik/

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
6 Mei 2024, 8:55 am


GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA

MEMETIK kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Hari Pekerja yang diraikan 1 Mei lalu, pekerja adalah tiang utama kemajuan negara.

Masa depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sektor sama ada kerajaan mahupun swasta memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Sempena menghargai peranan yang dimainkan pekerja khusus mereka yang bekerja di sektor kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Selain itu, pendapatan bulanan menyeluruh minimum penjawat awam sebanyak RM1,795 juga dianggap tidak lagi munasabah.

“Bermula tahun ini, sistem saraan akan memulakan satu kriteria ukuran baharu yang harus diteliti oleh swasta iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000,” kata Anwar ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya baru-baru ini.

Jelas sekali usaha kerajaan ‘berunding’ dalam menentukan kadar pendapatan bersih penjawat awam dilihat dapat meningkatkan motivasi setiap penjawat awam yang menabur bakti buat nusa dan bangsa.

Mengulas berkaitan motivasi, Pegawai Kaunselor Kanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, motivasi pekerja adalah tahap tenaga, komitmen dan kreativiti yang dibawa oleh pekerja sesebuah organisasi dalam pekerjaan.

Ujarnya, pekerja bermotivasi adalah mereka yang teruja untuk pergi bekerja dan menghadapi cabaran baru.

“Selain persekitaran pekerjaan yang harmoni, keadaan selamat serta bebas daripada kecaman atau kritikan, kebajikan pekerja amat penting.

“Kebajikan pekerja termasuk perihal mental, emosi serta penghargaan yang diberikan seperti bonus, insentif serta kenaikan gaji.

“Ia memberi suntikan semangat yang berbeza dan pekerja wajar untuk meningkatkan kualiti dan prestasi kerja selaras dengan insentif yang diberikan,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan kokurikum, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) , Dr. Erwan Ismail berpendapat, pelarasan tangga gaji yang bakal dinaikkan itu diharapkan dapat memberi kesan positif dalam membentuk suasana kerja yang lebih efektif.

Menurutnya, kakitangan awam tidak boleh hanya bertepuk tangan apabila ‘hadiah’ sempena Hari Pekerja itu diumumkan.

“Sebaliknya, semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan.

“Kalau gaji naik, tetapi mutu perkhidmatan yang disajikan kepada rakyat masih lagi ditakuk lama dan tidak memuaskan, itu satu merugikan kerajaan kerana pada hujungnya pihak kerajaan akan dipersalahkan.

“Jadi, semua penjawat awam disarankan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat agar rungutan, aduan berkaitan mereka dapat dikurangkan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji naik sebab ehsan kerajaan madani je.

Bukan sebab perform buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaunter 8 bukak 2... Maybe dengan kenaikan gaji ni boleh la jadi kaunter 8 bukak 3.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nye thread penjawat awam naik gaji kat CI ni..


Dah sama level bertingkek thread alip - bella kat bod gosip


Penat weols nak komen mende sama
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:30 AM | Show all posts
harap boleh kurangkan berpeleseran di alamanda dan ioi lepas ni ye acik sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:03 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 7-5-2024 01:47 PM
Kaunter 8 bukak 2... Maybe dengan kenaikan gaji ni boleh la jadi kaunter 8 bukak 3.

naik berbelas persen kot...takkan up satu je....up la leeebih siiiikit....kaunter 8 bukak 4....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 09:04 AM | Show all posts
green~tea replied at 8-5-2024 07:46 AM
Banyak nye thread penjawat awam naik gaji kat CI ni..

nak tanya sikit...out of curiosity....kita boleh merge the thread tak?....sekadar bertanya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 01:01 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-5-2024 01:04 PM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:20 AM
Gaji naik sebab ehsan kerajaan madani je.

Bukan sebab perform buat kerja.

Gaji naik performance naik ... itu hanya berlaku untok non melayu saja ... sedangkan untok melayu yang berstatus ketuanan melayu selaku pemilik mlaysia  maka hal itu x berlaku ...

Ingat ... dividen (selaku owner) ... maka besaran dividen  bangsa melayu yang akan terima nanti  pastilah akan lebih besar jika  para bawahan dan pekerja non melayu yang berstatus  second class itu dipastikan mempunyai performance yang lebih baik setelah menerima kenaikan  gaji  madani .... Hehehehe  


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 16-5-2024 01:01 PM
Gaji naik performance naik ... itu hanya berlaku untok non melayu saja ... sedangkan untok melayu y ...

Ala yg keje swasta pun sama je. Ada yg gaji naik tp performance sama jgk dgn sblm gaji naik. Jd kaitan antara naik gaji dgn performance ni hanyalah bualan2 Kari saja.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 16-5-2024 06:39 PM
nusaraya replied at 16-5-2024 01:01 PM
Gaji naik performance naik ... itu hanya berlaku untok non melayu saja ... sedangkan untok melayu y ...


Non Malay pun ada ramai pemalas.

Kalau tak, takde la judi online tu...nak senang kaya buat judi online suruh Indon macam kau main.

Upah Indon curi ikan di negara sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.631923 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list