CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Pesakit terpaksa tunggu 5 jam kerana kekurangan doktor. #50, Menteri Kesihatan Dr Dzul sedar dan insaf keluhan doktor

  [Copy link]
Post time 16-5-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 16-5-2024 09:59 AM
dah la masalah kekurangan doktor lepas tu dengan ramai warga asing lagi. tak boleh ke KKM ni sediaka ...

Idea yg bagus, asingkan servis utk rakyat & warga asing/roghiya. Bio diorg tunggu lebih lama dr kita.

Kita nie tax kena bayar, subsidi bkn dapat pastu bantuan lagi la takdo. Yg warga asing, Rohingya takde keluar modal apa tapi dapat servis yg sama dgn rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat penyonglap heran?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 16-5-2024 02:43 PM
nak tunggu surat keluar wad pun hegeh2 cam sial htar tu
patut la sidai pesakit lama2 kt bawah sebe ...

Haha pernah sekali tu nurse siap suruh datang hari lain ambik discharged notes. Punya lah tak cukup kaki dan tangan kena buat semua kerja.

Lately macam ramai patient yang tak boleh bergerak sendiri, kena pakai wheelchair/ stretcher. Panggil ambulans tu dah macam normal je. Kesian kat waris kena jaga, moga tabah lalui ujian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:36 PM | Show all posts
itupun ada orang tak sedar diri kata keje kerajaan ada GL... keje swasta ada company medical card...
rasa rugi nak bayar medical takaful... insuran kete dgn rumah takpe... diri sendiri dah ada saving jota2 dlm asb/bank
masuk sepital kerajaan free bayar singgit...
hihi...
ko tunggula 10-20 tahun lagi besok lepas pencen... ko tukar kerajaan every year pun tak kemana pun...
unless kerajaan perkenalkan national health insurance mcm negara2 maju... tp verangan dulu ler... usd1 pon dah nak rm5 la ni

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:39 PM | Show all posts
oh lupa nak tambah... generation end game yg ban smoking utk umur tertentu berperingkat pun tak jadi sbb tak berperlembagaan katanya....
hihi... goodluck naaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 16-5-2024 01:50 AM
betul tu buat mcm ni bg viral. hr tu ada sorang doctor kat tt x silap. dia bg tau mmg ramai pati d ...

Haih. Orang Malaysia ni baik hati sangat. Negara lain dia biar je kot terburai tembuni keluar baby kat depan pintu hospital kalau takda duit nak bayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 11:15 PM | Show all posts
aku tak paham kenapa org malaysia ni boleh anggap sakit kepala demam batuk tu sbg layak ke wad kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:40 AM | Show all posts
kasibiman replied at 16-5-2024 11:15 PM
aku tak paham kenapa org malaysia ni boleh anggap sakit kepala demam batuk tu sbg layak ke wad kecem ...

kannn... pastu dtg 1 family pulak tu. ku prsn byk kali nak2 type K, mmg sekeluarga akan ddk kt kecemasan tu. jd crowded sgt kt situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
NON MALAYSIAN bayar dulu sblm admit atau nak
Consultation. Parking kalau majlis rajin turun byk saman dpt issue. Berapa byk bus sukahati potong queue just because bawa budak sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2024 08:16 AM | Show all posts
Dr Dzul sedar dan insaf keluhan doktor

https://www.malaysiakini.com/news/705781

Diterbitkan:  May 17, 2024 8:00 AM
Dikemaskini: 8:00 AM



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata segala langkah penambahbaikan jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Dengan 147 hospital KKM dan lebih 3,000 klinik kesihatan di seluruh negara, pasti banyak aduan akan saya terima.

“Teruskan menghantar maklum balas dan kritikan (hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa).



"Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai pembaharuan saya,” katanya.

Dzulkefly mengulas isu tular di laman sosial berkaitan hantaran gambar keluhan petugas perubatan yang ditulis di papan putih dipercayai berlaku di sebuah hospital di Kedah yang memohon maaf kepada pesakit kerana perlu menunggu lama untuk berjumpa doktor.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam kenyataan malam ini memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.

Beliau berkata pembahagian sumber manusia di peringkat KKM dalam kategori pakar dan Pegawai Perubatan di seluruh hospital KKM adalah selari dengan beban tugas semasa manakala penempatan Pegawai Perubatan di sesebuah hospital pula ditentukan oleh Pengarah Hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.

Prihatin, terbuka cadangan

Dr Norizan juga berkata perkhidmatan Klinik-klinik Pakar di Hospital Berpakar adalah melalui sistem janji temu secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan isu masa menunggu yang panjang.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengambil maklum akan isu tular di media sosial berkaitan satu notis yang dipaparkan di Klinik Pakar Pembedahan di sebuah Hospital Berpakar di Negeri Kedah.

“Untuk makluman semua, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada pelanggan tanpa menjejaskan kebajikan anggota bertugas.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa terbuka untuk sebarang cadangan dan pandangan melalui saluran yang betul demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan,” katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say masa doktor cukup pun masa menunggu boleh je smpi 5 jam. Kena sidai kt klinik kesihatan tu bukan isu lama. Aku dulu hantar arwah nenek aku medical checkup pkl 7 dh tercongok dpn pintu klinik, jumpe doktor pkl 11 gitu. Masa aku appt doktor thn 2022 kt hospital kerajaan pun sama mcm tu jugak ye. Takde perubahan pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kesan vaksin pun aku percaya peningkatan org2 yg sakit. Dlu sblm kobid org yg p klinik kesihatan tempat aku ni x ramai mcm skang tempat duduk pun cukup je kat belah dalam...skang kena duk luar bangunan sbb dlm penuh parking pun mcm tu gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:07 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 16-5-2024 09:15 PM
Haha pernah sekali tu nurse siap suruh datang hari lain ambik discharged notes. Punya lah tak cuku ...

tu lah apa nak jadi lah malaysia ni skang
serba serbi tak cukup je skang ni
gila tol
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 16-5-2024 09:56 AM
Yg tt tu SG ada tgk juga. Yg tu mmg teruk la. Tanak bayar tp ada buka kedai tau, bkn papa kedana h ...

Malaysia mmg tak Ada masuk.perjanjian dgn UNHCR Ni kan
Tapi Ada dasar kemanusiaan.je sebab bila puak2 Ni masuk..Kita tak boleh halau...
Sebab tu bila Ada boats masuk..maritime Akan halau Sampai keluar sempadan.
Thai pung Sama...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:59 AM | Show all posts
Menteri2 mana nak heran
Kalo dieorg sakit dpt layanan vvip


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:11 AM | Show all posts
korang jugak suruh doctor berenti masa diorang buat kempen haritu. rasa terbeban jadi doctor sila berenti katanya. now rasain loh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 10:20 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-5-2024 10:57 AM
Kesian dgn petugas KKM (doktor,nurse etc)
Semoga semua urusan kamu dipermudahkan

ye mmg kesian tgk diorg kerja. semalam baru hantar mak ambik darah kat hospital serdang. mmg ramai yg beratur. urusan ambik darah aje sejam 15 minit. dari jam 8.45 menunggu,  jam 10.00 pg baru dpt ambil darah, staf yg ambik darah 4 org saja. dan diorg akan dahulukan org yg naik kerusi roda, pesakit dari wad yg dihantar dgn katil hospital, dan juga banduan (yg ini mungkin sebab terikat dgn masa tugas warden dan pihak penjara..wallahualam). dah selesai mereka ni, baru lah turn pesakit lain. lepas tu baru jumpa dr. yg dirujuk untuk appointment. menunggu lagi. overall jam 12.30 baru selesai. itu pun urusan kami semalam tak tunggu ambik ubat, kalau tidak, mahu ke jam 1.00 baru selesai. pd i i tgk, staff KKM mmg penat kerja diorg.apa2 jawatan sekali pun,ke sana ke sini tu biasa..belum lagi berisiko nak dapat sakit juga, menghadap kerenah org yg sakit lagi yg dtg dari pelbagai latar belakang, bangsa. fuhh i tgk pun penat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hessa replied at 17-5-2024 10:20 AM
ye mmg kesian tgk diorg kerja. semalam baru hantar mak ambik darah kat hospital serdang. mmg ramai ...

Aku mmg ada soft spot pd semua petugas KKM (doktor,nurse,driver ambulans,farmasi etc etc) sbb tgk je le keadaan diorg keje
Plus diorg punya remuneration pun x commensurate dgn apa yg diorg kene hadap ms keje
Salah sikit je,kene bantai dgn ketua jabatan, dgn pesakit yg sket2 nk ngadu kt SISPA, keje lebih masa etc etc....
Kalo pi certain spital gomen,lagi la almari filing pun mcm nk runtuh dah...kkm babi pun mcm bodoh je x reti2 ke nk upgrade almari bagai
Udahnya, ramai resign,jump to private n lari pi keje kat obersi.....sapa je yg bleh tahan
Pastu netizen memekak la ckp kene tggu lama bagai...netizen ni patut disiram je dgn covid 19 tu..pastu kasi cucuk AZ byk2 supaya mampos segera
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes kekurangan Dr ni da berpuluh tahun da aku dgr. Knp akmal x pegi serang menteri kesihatan? Peruntukan da berbilion2 Dan da bertahun masuk. Knp x hired lg rmi staff Dan buat lg bnyk hospital
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:42 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 17-5-2024 10:30 AM
Aku mmg ada soft spot pd semua petugas KKM (doktor,nurse,driver ambulans,farmasi etc etc) sbb tgk  ...

ye i tgk netizen asal boleh hentam..hentam ajer..takde budi bicara langsung. kita nk kritik pun tgk situasi. itu pun kritik, bukan kutuk dgn kata2 nista.ada pro & cons dia. ini tidak, asal boleh komplen, semua nak dikomplen. belakang tabir apa berlaku tu diorg tak cakna pun. bila dah tahu duduk perkara baru..oooo gitu ker toya je agaknya muka memasing..ni la pulak masalah bila ada social media. jadi tempat mengutuk mengeji yg tak patut2. belum lagi perkataan2 kesat keluar mcm org tak terpelajar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.742575 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list