CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3771|Reply: 18

Jennifer Lopez bakal bercerai lagi

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Keretakan hubungan Ben dan Jennifer sudah mula dihidu peminat.

PASANGAN selebriti berpengaruh Hollywood iaitu Ben Affleck dan Jennifer Lopez dilaporkan bakal bercerai.

In Touch melaporkan Ben juga sudah ‘angkat kaki’ dan keluar dari kediaman mewah mereka yang dilaporkan bernilai RM300 juta.

Pasangan itu juga dikatakan bagal menjual banglo mewah tersebut selepas sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.



Ben dan Jennifer dikhabarkan bakal bercerai.

"Ben sudah berpindah keluar dari kediaman mewah mereka dan mungkin akan menjual banglo berkenaan.

"Mereka tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain tetapi ada takdid yang tidak dapat dikawal atau diubah," kata sumber.

Menurut sumber lagi, pasangan yang popular dengan jolokan ‘Beniffer’ itu juga sebelum ini sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal mencari titik persefahaman.


"Mereka menunggu hampir dua dekad untuk kembali bersama tetapi akhirnya hubungan mereka tidak berjalan seperti diharapkan.

"Ben dan Jennifer sudah matang dan belajar daripada kesilapan lalu namun beberapa isu lebih besar memusnahkan hubungan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, berita berkenaan tidak mengejutkan peminya kerana sudah dapat menghidu keretakan hubungan Ben dan Jennifer.

Ian susulan pasangan itu sudah agak lama tidak menghadiri acara bersama termasuk Met Gala 2024 yang diadakan pada 6 Mei lalu.

Jennifer hadir tanpa ditemanj Ben dan kemunculannya menjadi bualan kerana mempamerkan wajah yang sedih dan seperti tidak bermaya ketika melalui acara karpet merah.

Pihak pengurusan Ben ketika itu memberi alasan aktor itu tidak dapat menemani isterinya kerana sibuk di lokasi penggambaran filem The Accountant 2.



Ben dan Jennifer didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Untuk rekod, Lopez dan Affleck pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000.

Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... ck-sudah-angkat-kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg predict deyols akn bercerai jugak.tpi bukan sekrg.ingatkan lambat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
emmm dari dulu dh tak boleh, nk cuba lagi tapi gagal jugak akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon predictable tp x sangka la secepat ni. Ruginya ben pilih lopez over garner. I adore sgt jen garner tu so cute n her daily life ceria n normal. Lopez lawa tp mcm penuh dunia tipu2
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpenat ke kawin cerai, bertukar2 batang oi nek lopez oi..pasni toksah bercinta la jd sami je, umur da menopos pun xsedar diri.. harta lebih dr cukup da nk laylow rilek2 bsama fam
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat satu video ben hempap pintu kereta lepas buka untuk jlo. Muka ben nampak stress betul. Masa tu masih cuba bertahan lah kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 02:04 PM | Show all posts
nmpk mcm jen dominant, ben lak cam xleh nk cope dgn lifestyle si jen ni kot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:07 PM | Show all posts
Yoonggi replied at 20-5-2024 06:04 AM
nmpk mcm jen dominant, ben lak cam xleh nk cope dgn lifestyle si jen ni kot?

ye la tu..before dgn nenek ni, ben appearance ni sungguh santai dan takde protokol

tapi bila dah kawin ngan nenek, sedikit sebanyak nenek ni jadi dorminant bab gini. nenek masih nak kekal relevent gitu. penat la pacik Ben nak ikut step nenek JLO ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 04:13 PM | Show all posts
anony-mous replied at 19-5-2024 02:47 AM
Walaupon predictable tp x sangka la secepat ni. Ruginya ben pilih lopez over garner. I adore sgt jen ...

bkn garner ka yg mintak cerai pasai ben kaki mabuk kronik

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 20-5-2024 04:13 PM
bkn garner ka yg mintak cerai pasai ben kaki mabuk kronik

Ya rugi ben xjaga elok2 garner tu then decide plak pegi ke lopez. Baik la dia berubah jd suami yg elok utk garner
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:48 AM | Show all posts
cinta agung kononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:22 PM | Show all posts
get back to garner la..ke  garner dah kawin lain?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:50 PM | Show all posts
kucingitam replied at 21-5-2024 12:22 PM
get back to garner la..ke  garner dah kawin lain?

dah ada bf lain dah dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:16 PM | Show all posts
Edited by delia3003 at 21-5-2024 01:17 PM
kucingitam replied at 21-5-2024 12:22 PM
get back to garner la..ke  garner dah kawin lain?

dah hilang spark kot, masing2 dah cari lain
Ben ni nampak macam tak boleh adapt dengan glamorous lifestyle Jlo



Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ben dgn jen garner antara couple yg ai suka. Tapi dah cerai ai tak harap diorang reconcile. Suka tgk garner pretends cooking show tu. Latest ai tgk dia exercise ngan mak dia tu. Cute sgt.

Beza dgn Jlo. Lebih pada glamorous life. Tapi bronx dia tak tinggal dah jadi bahan dek netizen
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:29 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 20-5-2024 12:00 PM
Teringat satu video ben hempap pintu kereta lepas buka untuk jlo. Muka ben nampak stress betul. Masa ...

hempap ke hempas uols?
hempas kan? hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 23-5-2024 08:29 AM
hempap ke hempas uols?
hempas kan? hihi

Hehe. Yang pasti muka ben cuak giler masa tu. Menghadap perangai diva jlo.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:33 PM | Show all posts
Kalau tgk cerita marry me tu mcm cerita pasal diri dia je...siap ada tanya xbosan ke kahwen cerai...dia kata dia mmg xkan pernah bosan/give up untuk kawen..sampai dia jumpa yg serasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 08:19 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 23-5-2024 03:02 PM
Hehe. Yang pasti muka ben cuak giler masa tu. Menghadap perangai diva jlo.

ben tu kalau tgk dia marah, sama reaction in real life hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.097608 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list