CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12664|Reply: 0

[Kedah] Pemancing hilang, rakan selamat bot terbalik di Tasik Pedu

[Copy link]
Post time 16-5-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Pemancing hilang, rakan selamat bot terbalik di Tasik Pedu


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 16, 2024 @ 10:35pm bhnews@bh.com.my




Seorang pemancing selamat manakala rakannya hilang apabila bot mereka naiki di Tasik Pedu terbalik - Foto ihsan pembaca




KUALA NERANG: Seorang lelaki hilang manakala rakannya selamat apabila bot yang dinaiki ketika memancing terbalik di Empangan Tasik Pedu, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Mohd Aminudin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Faizal Che Mi tiba di lokasi bersama tujuh anggota tidak lama kemudian.

"Berdasarkan maklumat awal mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya dan dipercayai terjatuh ke dalam tasik.

"Bagaimanapun seorang daripadanya selamat manakala seorang lagi masih hilang dan operasi pada malam ini hanya dilakukan di permukaan air sahaja.

"Berdasarkan situasi semasa, kemungkinan selaman tidak dapat dilakukan pada waktu malam kerana risiko cuaca gelap dan ketinggian aras laut diambil kira untuk melakukan selaman.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba sudah dimaklumkan berhubung kejadian ini dan operasi menyelamat menggunakan teknik selaman hanya akan dilakukan pagi esok untuk mencari mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Aminudin berkata, bot yang dinaiki mereka masih berada di lokasi kejadian.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 1.394376 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list