CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid tetap kukuh dilanda banjir kilat, lahar sejuk

13-5-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17009| Komen: 2

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah masjid di Agam, wilayah Sumatera Barat yang berdiri kukuh meskipun kawasan sekelilingnya musnah akibat banjir kilat.


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah masjid di Agam, wilayah Sumatera Barat yang berdiri kukuh meskipun kawasan sekelilingnya musnah akibat banjir kilat.

Portal berita Okezone melaporkan, Masjid An-Nur yang terletak di tepi sebatang sungai itu berada dalam keadaan baik meskipun dihentam batu besar dan lahar sejuk yang mengali dari Gunung Marapi.

Kawasan di sekeliling masjid itu musnah selain beberapa binaan runtuh akibat dihentam batu besar dan dihanyutkan banjir.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Batu-batu dari Gunung Marapi yang disertai lahar sejuk mengalir ke dalam sungai. Ia melalui masjid di kampung ini,” kata keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen yang meluahkan rasa takjub.

“Alam sudah memberi tanda. Kembalilah ke masjid dan  dan penuhilah masjid  kita. Cegah kafe yang membuatkan anak-anak kita lupa ke masjid,” kata seorang netizen.


“Kenapa dalam setiap bencana masjid selalunya selamat? Ini kerana bukti bahawa Allah itu Maha Besar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-5-2024 10:48 PM
Lahat sejuk ni macamana?


Quote mekfazura 14-5-2024 08:44 AM
ada tak jumpa kaligrafi dalam lahar? orang mati ke hidup ke tak perlu kessah...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.045376 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top