CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Atlet kayak kebangsaan cedera parah terbabit kemalangan. #2, Pemandu seret atlet kayak sah mabuk, ada tujuh saman. #19, Masih di ICU, selesai jalani pembedahan

[Copy link]
Post time 15-5-2024 05:57 PM | Show all posts
Mana muka pemabok wat peace tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 05:58 PM | Show all posts
patut haramkan aja arak ni
mana ada dalam mana2 kitab apa2 agama suruh penganut minum arak untuk mendapat pahala bagai?
tu semua budaya sesat aja
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kira siang malam skrg mabuk. dah tau mabuk naik la grab betul2 menyusahkan org.
kalau la makayah bdk ni berduit, sila saman balik jantan hanat ni biar tak leh drive sepanjang hidup bayar pampasan. stakat kene denda byk tu entah2 masuk jail pun tak mmg takkan sedar diri la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-5-2024 03:03 PM
ptg2 pun mabuk...br balik office party ke hapa..

tak terkejut…kaka pernah tgk depa masuk kedai mesra petronas kul 11 pagi dlm keadaan mabuk…siap kacau staff pompuan yg jaga kaunter…takut betuiii kaka…

latest kejadian di speedmart…mulut kuat bau arak…dah mabuk light2…beli lagi arak…mcm biasa kacau staff pompuan kaunter…yg nie dlm kul 5 ptg…
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:31 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:36 PM | Show all posts
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah


Oleh ZULHISHAM ISAHAK


15 Mei 2024 12:44pm





Keadaan kenderaan suspek selepas kemalangan yang menyebabkan Siti Nurul Masyitah parah dalam kemalangan di KM3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur di Johor Bahru pada Sabtu. Gambar kecil: Gambar tular suspek buat isyarat 'peace'




JOHOR BAHRU - Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ujian saringan pernafasan ke atas suspek yang berusia 30-an mendapatinya positif alkohol manakala ujian air kencing pula bebas daripada sebarang pengaruh dadah.




"Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.


"Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dilanggar kereta Toyota Vios dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang Sabtu.


"Kereta suspek dari arah belakang itu mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Beliau berkata, akibatnya mangsa mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki sementara suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.


Raub memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Colombia Asia di Iskandar Puteri di sini.


Suspek katanya, ditahan selama 24 jam untuk siasatan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.








https://www.sinarharian.com.my/a ... -kayak-hingga-parah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Semoga cepat sembuh..

Petang2 dah mabuk.. kalo nak menogak jangan drive la celaka2 ni sume.. dah la langgar pempuan, student, jaga mak pak sakit pulak.. seret sampai 600m pulak..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057248 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list