CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video 'Elmo' pukul lelaki tular

14-5-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11097| Komen: 1

Description: Melaka: Polis sedang mengenal pasti satu video tular memaparkan individu memakai kostum watak 'Elmo' memukul seorang lelaki hingga cedera di siar kaki di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir.'


Melaka: Polis sedang mengenal pasti satu video tular memaparkan individu memakai kostum watak 'Elmo' memukul seorang lelaki hingga cedera di siar kaki di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir.'

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan setakat ini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan kejadian itu.

"Setakat ini tiada laporan polis. Kita nak semak sama ada video baru atau lama. Kalau baru kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil," katanya ringkas menerusi WhatsApp.

Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat itu individu memakai kostum terbabit dilihat menumbuk muka seorang lelaki yang sedang duduk bersandar pada dinding pusat beli belah berkenaan hingga cedera.

Si pelaku turut kedengaran menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa yang tidak bertindak balas dan terus beredar.

Kejadian itu dipercayai dirakam orang awam sebelum disebar di media sosial hari ini.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 15-5-2024 08:01 AM
emo elmo... apalah masalah tu.. ingt kt konoha. skali melaka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.086962 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top