CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak boikot silakan tapi jangan guna kata kesat! – Mira Filzah

13-5-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4405| Komen: 14

Description: DITUDUH memandang sepi kekejaman yang berlaku di bumi Palestin, pelakon Mira Filzah tampil menegaskan dia kerap memuat naik hantaran mengenai perkara itu dalam media sosial.


DITUDUH memandang sepi kekejaman yang berlaku di bumi Palestin, pelakon Mira Filzah tampil menegaskan dia kerap memuat naik hantaran mengenai perkara itu dalam media sosial.

Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, pengikut Instagramnya pasti menyedari akan kelantangannya berkongsi tentang kekejaman Zionis sebelum ini.

“Siapa yang datang semata-mata nak ‘stalk’ (mengintip) sahaja rasa ‘dan dan’ kongsi.

“Siapa yang sudah lama ikuti akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu kongsi. Mari saya tunjuk ya.

“Sebelum 12 Mei, (sebelum trend boikot artis jadi viral) pada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan ‘dan dan’ (tiba-tiba),” katanya dalam aplikasi X.

Tambah Mira, dia turut menegur netizen agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan gerakan boikot yang dilancarkan dalam media sosial.


“Saya bercakap ini untuk semua. Lakukan apa sahaja yang anda mahu. Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.

“Itu ‘blockout’ bukan ‘makiout’. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” ujarnya.



Difahamkan, nama Mira tersenarai dalam artis yang perlu diboikot kerana menjadi duta bagi produk pewangi.

Terdahulu, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai tanda rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka.

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Netizen Malaysia juga turut tidak ketinggalan menyuarakan hal serupa dan menyenaraikan beberapa nama selebriti yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu.

Selain Mira Filzah, nama artis tempatan yang turut disebut ialah Nadhir, Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Nabila Razali, Ameera Khan dan Neelofa. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 13-5-2024 10:34 PM
Betul la
Terpaling boikot sana sini
Tapi suka suki kafirkan orang lain
Suka suki yahudikan yg tak sekapal dia...
Terpaling ko tak boikot kena menjawab dgn tuhan
Mcm la dia boikot tu tak payah nak menjawab ape2....dok skroll fb meta kredit kad bagai
X boleh hidup kalau tak de IT yahudi
Quote divalaura 13-5-2024 11:54 PM
menyampah jugak dengan geng2 terpaling boikot ni.
tak perlu canang satu dunia kau boikot pun.
ibarat bersedekah tak perlu pun orang tahu kau bersedekah gituuuuu..
ramai je yang support Palestine tapi tak kecoh sana sini nak tunjuk kau je lah ada kesedaran tentang perang dan boikot..
Quote hmmlantakko 14-5-2024 12:13 AM
jahkobis pun tersenarai. terpalinggg dm segala hall. hipokrit kot
Quote Kurex 14-5-2024 05:36 AM
macam aku, aku boikot artis fake, tak brbakat, acah2 comel, gedik, berangan, takde gred
Quote jambatannetizen 14-5-2024 06:24 AM
divalaura replied at 13-5-2024 11:54 PM
menyampah jugak dengan geng2 terpaling boikot ni.
tak perlu canang satu dunia kau boikot pun.
ibara ...

Tt @naeemah ke apa. terpaling n mcm gila clout.
Quote L.U.S.M 14-5-2024 06:28 AM
Dari dulu xsuka Minah bajet ayu ni..
propa sgt..suka saiko..feeling diva...
Quote chilly 14-5-2024 07:25 AM
Dalam cari ni ade tak jenis makiout
Quote MadameOnion 14-5-2024 07:46 AM
si basic ni patut cancel..gedik..takda bakat..muka basic kampung
Quote sambaldurian 14-5-2024 09:15 AM
Masalahnye artis Msia ni kenal ke si setanyu tu nk suh nasihat eh ko jgnla buat Palestin gitu. X fhm aku. Ni mcm golongan Woke je ni. Buat keje x berfaedah, ko ghase setanyu tu peminat Mira filzah ke
Quote Hoshhi 14-5-2024 11:48 AM
Aku x suka retis gedik mcm kau...nmpk muka kau dlm TV je aku trus kalih channel
Quote Hoshhi 14-5-2024 11:49 AM
MadameOnion replied at 14-5-2024 07:46 AM
si basic ni patut cancel..gedik..takda bakat..muka basic kampung

Setuju sgt!!
Quote Hoshhi 14-5-2024 11:50 AM
L.U.S.M replied at 14-5-2024 06:28 AM
Dari dulu xsuka Minah bajet ayu ni..
propa sgt..suka saiko..feeling diva...

Brlakon pun control cntik pdhl muka kampung je pun
Quote L.U.S.M 14-5-2024 06:50 PM
Hoshhi replied at 14-5-2024 11:50 AM
Brlakon pun control cntik pdhl muka kampung je pun

Hahahahaha kannnn


Quote cm_vungtau 14-5-2024 06:57 PM
Edited by cm_vungtau at 14-5-2024 06:59 PM

Terpaling Palestine nak boikot orang tapi pakai instagram and facebook oleh Mark Zuckerberg. Member tu bukan ke yahudi gak katanyer

He and his three sisters (Arielle, Randi, and Donna) were raised in a Reform Jewish household in Dobbs Ferry, New York. His great-grandparents were emigrants from Austria, Germany, and Poland. Zuckerberg initially attended Ardsley High School before transferring to Phillips Exeter Academy.

Source: wiki untuk acik terpaling aka perang dina

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041962 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top