CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP bukan ancaman kepada Melayu, Islam – Ahmad Zahid Hamidi

13-5-2024 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18543| Komen: 20

Description: BAGAN DATUK – DAP bukan menjadi ancaman kepada orang Melayu dan Islam, sebaliknya tohmahan itu dilemparkan pembangkang demi meraih sokongan daripada kaum dan penganut agama tersebut.

BAGAN DATUK – DAP bukan menjadi ancaman kepada orang Melayu dan Islam, sebaliknya tohmahan itu dilemparkan pembangkang demi meraih sokongan daripada kaum dan penganut agama tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu, sepanjang Barisan Nasional (BN) dan UMNO berada dalam kerajaan perpaduan, DAP tidak pernah mempersoalkan apa-apa isu berkaitan orang Melayu dan Islam.

Malah jelas beliau, parti itu menghormati Perlembagaan Negara termasuk perkara berkaitan hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu.

“Mereka (pemimpin DAP) tidak kompelin pun hak orang Melayu dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, dan bila kita buat kongres ekonomi Bumiputera pun mereka tidak ‘komplen’.

“Yang kata Melayu terancam (oleh DAP) ialah pihak sebelah sana (pembangkang),” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan empat peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, DAP juga tidak merungut diberi empat jawatan menteri walaupun memiliki 40 kerusi Parlimen berbanding BN memperoleh tujuh jawatan menteri walaupun hanya menang 26 kerusi.

Begitupun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengakui belum wujud keserasian antara ahli UMNO dengan DAP kerana hubungan mereka masih baharu dan belum mencapai tempoh dua tahun. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 13-5-2024 12:32 AM
Booooo...
Quote ctaz 13-5-2024 12:33 AM
acara....jilat menjilat pooonnnnn bermula.....
Quote JohnDeSouza 13-5-2024 12:49 AM
Quote sharlenetexas 13-5-2024 12:57 AM
No ph no dap? Dah lupa? Melayu mudah lupa. Wak ponogoro mudah lupa.


Quote Perwira2022 13-5-2024 07:15 AM
Bukti & saksi penting 47 kes DNAA dia Nuar & PH pegang.... Berani ke nak kutuk DAP?
Quote otai_g 13-5-2024 07:52 AM
Haha intonasinya sdh bertukar sejak join ph. Sblm join mcm2 dia kata. Manusia hipokrit
Quote lostnfaun 13-5-2024 08:02 AM
sharlenetexas replied at 13-5-2024 12:57 AM
No ph no dap? Dah lupa? Melayu mudah lupa. Wak ponogoro mudah lupa.

Semua pasal jawatan & kuasa jer. Cuba masa PH jd kerajaan tu ari, siang mlm umno berkokok psl DAP.  

Mcm tue jer org melayu kena gula² kan dengan umno.
Quote Belibis 13-5-2024 08:35 AM
sharlenetexas replied at 13-5-2024 12:57 AM
No ph no dap? Dah lupa? Melayu mudah lupa. Wak ponogoro mudah lupa.

Melayu tak lupa..wakaka yang lupa apa dia pernah cakap
Quote sranua 13-5-2024 09:07 AM
Punya lama dalam kerajaan modalnya kutuk DAP..sekarang bila dah berselimut dgn DAP, kentut pun wangikah.
Quote Triple_8 13-5-2024 10:04 AM
ctaz replied at 13-5-2024 12:33 AM
acara....jilat menjilat pooonnnnn bermula.....

Mana ada jilat menjilat. Menjilat saja. Wak 47 menjilat DAP tetapi sampai kiamat DAP tidak akan menjilat wak 47.
Quote Triple_8 13-5-2024 10:05 AM
sranua replied at 13-5-2024 09:07 AM
Punya lama dalam kerajaan modalnya kutuk DAP..sekarang bila dah berselimut dgn DAP, kentut pun wangi ...

Bukan setakat kentut, tahi cirit pun sudah wangi sekarang.
Quote gigahertz 13-5-2024 10:18 AM
sharlenetexas replied at 12-5-2024 04:57 PM
No ph no dap? Dah lupa? Melayu mudah lupa. Wak ponogoro mudah lupa.

tu pasal malaysia kena kembali jadi Monarki.
Sistem demokrasi ni merosakkan negara.
Quote tripleid 13-5-2024 03:06 PM
Bila dah comolot baru umngok  sedar yg Dap bukan ancaman..

Pas pun tahu sbnarnya  Dap bukan ancaman tapi hari2 kutuk Dap sbb kalo takde Dap takdela modal politik dorg nk bodohkan melayu..Dap tak penah tolak hudud,yg tolak hudud tu Gerakan yg skrg sama2 dlm PN.


Screenshot_2024-05-13-15-03-24-974_com.opera.browser-edit.jpg
Quote pokokmeranti 13-5-2024 03:28 PM
tapi PN menang undi org muda dan bawah 40an. yg tua  x sedar diri je masih bersama PH
Quote arnauld 13-5-2024 04:27 PM
Tahniah anak muda nxt pru hantar skemmer2 tua ni ke kuburan
Quote pokokmeranti 13-5-2024 04:30 PM
Jadi dan kiranya betullah Tok Guru Nik Aziz kata, DAP x memusuhi isley. maka benarlah pemikiran Ulama.
Quote Teropongcctv 13-5-2024 10:36 PM
Politik oh politik
Quote sambaldurian 13-5-2024 11:34 PM
Ni my personal view je, aku prefer mca than DAP. Sbb muka2 ahli politik MCA yg aku tgk mostly ada 'nur' sikit dr DAP [em:3:]
Quote hmmlantakko 13-5-2024 11:46 PM
kata sekor muka tebal setelah di dnaa kan. phuiii. takde maruah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057131 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top