CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima budak cemas terperangkap kepala air

13-5-2024 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18598| Komen: 4

Description: SEREMBAN – Lima orang kanak-kanak dan seorang remaja berusia 17 tahun diselamatkan anggota bomba selepas mereka terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Batang Labu, Batu 9, Kampung Tebing Ti ...


SEREMBAN – Lima orang kanak-kanak dan seorang remaja berusia 17 tahun diselamatkan anggota bomba selepas mereka terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Batang Labu, Batu 9, Kampung Tebing Tinggi, Nilai, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi, Bakarya Mohd. Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.09 petang .

“Sebuah jentera bersama unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan keanggotaan seramai tujuh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan dibantu tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pelegong terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, terdapat enam mangsa telah terperangkap di atas batu sungai ketika air sungai yang mengalir deras. Kerja-kerja penyelamatan ke atas mangsa terus dilakukan,”katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, semua mangsa lelaki yang berusia 10 hingga 17 tahun itu berjaya diselamatkan pada pukul 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 13-5-2024 07:46 AM
Main lagi air..
Duduk pulau kecil tu puas²
Quote Decaffeinated 13-5-2024 09:10 AM
Key is jangan panik. Kalau nampak tiada peningkatan aras maknanya kepala air tu dah lepas and hope tiada 'gelombang kedua'. Over time air tu akan surut ke level asal.
Quote blue_blur 13-5-2024 09:14 AM
nasib baik yang 17 tu ada bawa hp.. moga 6 semua tu bff..
Quote prettygood 15-5-2024 02:04 PM
kepala air mmg bahaya, iols pun seriau nk dekat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.388877 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top