CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dinding masjid di Kuala Kubu Baharu diconteng perkataan kesat

12-5-2024 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17976| Komen: 12

Description: HULU SELANGOR – Dinding Masjid Warisan Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, di sini dikesan telah diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.

HULU SELANGOR – Dinding Masjid Warisan Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, di sini dikesan telah diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.

Lebih mengejutkan, dinding rumah ibadat itu telah ‘dihiasi’ dengan perkataan kesat sekaligus menyentuh sensitiviti agama Islam.

Difahamkan, kejadian disedari jemaah masjid selepas selesai solat Subuh, pagi tadi.

Susulan itu, pengurusan masjid tersebut telah mengecat semula dinding berkenaan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang melakukan siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Hari ini, berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Kecil (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).


Sebanyak 18 pusat pengundian dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini untuk orang ramai mengundi pemilihan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi.

Sumbe -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nokiaman 12-5-2024 03:51 AM
Apa nak jadi Malaysiaku ....Bab agama jugak nak disentuh
Quote sharlenetexas 12-5-2024 04:37 AM
Bulan 8 nanti provok bendera terbalik.


Quote stingergrumpy 12-5-2024 04:42 AM
Yg conteng2 splash paints ni biasanya kerja ah long kan? Mustahil calon calon ada utang ah long kan?
Quote stingergrumpy 12-5-2024 04:42 AM
Nokiaman replied at 12-5-2024 03:51 AM
Apa nak jadi Malaysiaku ....Bab agama jugak nak disentuh

The easiest to trigger.....
Quote akusukaq 12-5-2024 04:57 AM
stingergrumpy replied at 12-5-2024 04:42 AM
The easiest to trigger.....

Padah nya PN jgk yg kalah ,  usah tunggang isu  3R  dah.......pengundi KKB tau memilih
Quote stingergrumpy 12-5-2024 05:08 AM
akusukaq replied at 12-5-2024 04:57 AM
Padah nya PN jgk yg kalah ,  usah tunggang isu  3R  dah.......pengundi KKB tau memilih

Sipelaku jenis peabrain.....obviously
Quote B40tastePosh 12-5-2024 06:01 AM
Pelaku nye mesti orang Islam tak berpuas hati juga itu

Tu yang kata orang lain bodoh...sebab kalah kheunnn
Quote Samerosie 12-5-2024 07:17 AM
Sabo yg back fired. Kekonon nak suruh org jgn undi PH la sbb non muslim sekali kalah jua.
Quote brownstone 12-5-2024 07:26 AM
Sebab apa depa brani? Sebab chances kena tangkap 50/50.. x semua pelaku vandal & crime berjaya diselesai di Malaysia ni... byk kes senyap gitu je. Contoh yg baling molotov kat KK mart tu dah ditangkap ke? Yg bunuh Rayyan dah dapat ke?
Quote makneng 13-5-2024 12:28 PM
Letih nya benda mcm ni. Yang buat n yg suruh sama2 bebal
Quote tripleid 13-5-2024 12:33 PM
nmpak nau yg conteng ni walaun yg tak puas hati kalah prk..


taktik biasa lobai nak suruh melayu dgn non bergadoh.
Quote prettygood 13-5-2024 01:07 PM
takpela minta maaf nanti lepas lah tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.337516 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top