CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita mengaku tidak makan, minum selama 16 tahun

12-5-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20292| Komen: 56

Description: ADDIS ABABA, Ethiopia – Seorang wanita di pedalaman Ethiopia mengaku dia tidak makan atau minum selama lebih 16 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.


ADDIS ABABA, Ethiopia – Seorang wanita di pedalaman Ethiopia mengaku dia tidak makan atau minum selama lebih 16 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Muluwork Ambaw berkata, dia hilang keinginan untuk makan atau minum secara tiba-tiba ketika berumur 10 tahun.

Bagaimanapun, Ambaw masih ingat makanan terakhirnya iaitu sup kacang merah.

“Dahulu, saya tinggal bersama keluarga dan mereka meminta saya bersarapan sebelum ke sekolah. 

“Saya katakan saya sudah makan tetapi saya berpura-pura. Saya hilang selera untuk minum air atau apa-apa makanan,” kata Ambaw.

Selepas tiga tahun menjalani pemeriksaan di ibu kota, doktor-doktor berkata, kesihatan wanita itu baik  meskipun dia tidak makan atau minum.

Mereka berkata, tiada sisa makanan, atau bahan buangan di dalam saluran penghadamannya. 

Dia turut ke Dubai dan Qatar untuk menjalani ujian kesihatan mental, namun diberitahu bahawa tiada apa yang tidak kena dengan dirinya. 


Ambaw diberikan glukosa ketika mengandung bagi membantu menyuburkan bayi di dalam kandungannya tetapi dia tidak dapat menyusukan anak selepas bersalin.

Dia percaya bahawa keadaannya yang luar biasa itu merupakan “takdir Tuhan” dan tidak tahu mengapa ia berlaku. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 12-5-2024 06:09 AM
Dia dapat nutrisi dari Cahaya, Udara (bau makanan) dan bacaan ayat ayat menerusi gegendang telinga.
Quote monreyes 12-5-2024 06:46 AM
so nak kena komen apa ni
Quote krustykrab 12-5-2024 06:51 AM
Untunglah. Esok ni peeprangan ke, time dajal turun kemarau panjang, sheol la satu2 nya manusia yg takkn mati.
Quote leftrani_kel 12-5-2024 07:04 AM
Membohong je ni..tgk gmbr elok je..segari bugar je badan nya.
Quote Samerosie 12-5-2024 07:18 AM
Tak makan beberapa hari ok lagi tapi tak minum langsung within 4 hari dah mati dekkkk jgn temberang le.
Quote lightheaded67 12-5-2024 07:28 AM
betol ke smpi 16 tahun tak makan. kot mcm acik vietnam yg lepas kena petir, pastu jadi takleh makan, she just minom air kosong n air manis je boleh a caya. ni lansung takde makan dan minum??? jgn esok start cult udah. ala malaikat gitu tak makan tak minom.  
Quote SalenaGomez 12-5-2024 07:58 AM
lightheaded67 replied at 12-5-2024 07:28 AM
betol ke smpi 16 tahun tak makan. kot mcm acik vietnam yg lepas kena petir, pastu jadi takleh makan, ...

Artikel pon x  lengkap. Story lah mcm mana dia hidup kalu x makan. Bazir masa je baca
Quote B40tastePosh 12-5-2024 08:04 AM
Sup Kacang Merah yang mengenyangkan. Boleh diperkenalkan seluruh Afrika.
Quote Samerosie 12-5-2024 08:17 AM
SalenaGomez replied at 12-5-2024 07:58 AM
Artikel pon x  lengkap. Story lah mcm mana dia hidup kalu x makan. Bazir masa je baca

Dlm english punya news, dia x makan minum tapi dia suka sangat memasak.  Fishy sangat hahaha
Quote kepompong 12-5-2024 09:17 AM
B40tastePosh replied at 12-5-2024 08:04 AM
Sup Kacang Merah yang mengenyangkan. Boleh diperkenalkan seluruh Afrika.

kenyang 16 tahun setakat hari ini lah
Quote menjad 12-5-2024 09:20 AM
Elok mulus kulitnya. Tak jering kontang. Bibir pun tak kering. Tabik acik dik
Quote batmana 12-5-2024 09:51 AM
Dia kna msuk lab.24jam kamera sslM sebulan..barulah betul claim tu
Quote jas7512 12-5-2024 10:03 AM
Klu kau still hidup x mkn dan minum maknanya kau geng jin or syaitan..gi lah blk kat asalmu..jgn campur manusia
Quote Tinot7 12-5-2024 10:12 AM
Agak2 la kalau nak menipu tu
Quote Thunderclouds 12-5-2024 11:33 AM
Kne tgk cite Florence pugh the wonder.
Quote Minyakyuyi 12-5-2024 11:39 AM
Samerosie replied at 12-5-2024 08:17 AM
Dlm english punya news, dia x makan minum tapi dia suka sangat memasak.  Fishy sangat hahaha

Mungkin sheols ikut ajaran 3 abdul..ambk bau sj..kenyang
Quote lightheaded67 12-5-2024 11:50 AM
SalenaGomez replied at 12-5-2024 07:58 AM
Artikel pon x  lengkap. Story lah mcm mana dia hidup kalu x makan. Bazir masa je baca

katanya "work of god", dia boleh hidop tak makan tak minom. iye la tuu
Quote lightheaded67 12-5-2024 11:59 AM
Tinot7 replied at 12-5-2024 10:12 AM
Agak2 la kalau nak menipu tu

itulah,kalau nipu sikit sikit dulu kan bagus, boleh la jugak kumpul tololwer pastu start cult pastu jadik kaya.. mcm yg kesah pempuan indonesia nipu baby dia boleh ngaji dalam perut tu. rupanya pakai tape recorder. smpi presiden indo time tu dtg visit sheol.  
Quote Tinot7 12-5-2024 12:14 PM
lightheaded67 replied at 12-5-2024 11:59 AM
itulah,kalau nipu sikit sikit dulu kan bagus, boleh la jugak kumpul tololwer pastu start cult past ...

Smlm iols baca kat twitterjaya berkenaan cult jonestown kat guyana.. 900 org adults and kids kena paksa minum racun.. beramai2 mati dek ikut cult.. gambaq seram.. ada org siap habaq ada rakaman suara deme kat utube.. jerit2 pastu tetibe senyap sbb sumer dah kiok..

Kekadang org kumpul tolower bkn sbb nak kaya, tqpi nak fefeeling raja yg memerintah giteww.. bebaru ni iols beli pizza mahai, kena sedas dgn famili sbb membazir.. tapi iols bg duit tu supaya org tu bleh jjcm sekuarga dan iols tgk kat instastory jahh.. memandangkan iols sendiri takde masa nak pi jjcm sesuka hati..

Scammer ramai jahh kat dunia ni.. kena pandai2 survive la.. asalkan jgn jadi mcm sorang poremer tu, iols rasa dah cukup bersyukur..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.559674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top