View: 4076|Reply: 11
|
[Tempatan]
Wanita tipu JPN daftar lelaki sebagai anak
[Copy link]
|
|
Wanita tipu JPN daftar lelaki sebagai anak
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... elaki-sebagai-anak/
Oleh IVAN AMIRUL
13 Mei 2024, 2:43 pm
Seorang wanita antara tiga ditahan ekoran disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu.
SANDAKAN – Seorang wanita antara tiga ditahan ekoran disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu.
JPN Sabah dalam kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasminya berkata, wanita berkenaan pada 15 Februari lalu dikatakan mengemukakan maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan di JPN Daerah Sandakan.
“Wanita terbabit memberikan maklumat palsu dengan menyatakan kedua-dua lelaki terbabit adalah anak kandungnya.
“Bagaimanapun, risikan dan siasatan lanjut yang dijalankan oleh oleh Pegawai Penguat Kuasa JPN mendapati wanita itu bukan ibu kandung kepada kedua-dua lelaki berkenaan.
“Kesemua individu itu kemudiannya ditahan pada 10 Mei lalu ketika hadir memberikan keterangan di JPN Daerah Sandakan,” katanya.
Menurutnya, ketiga-tiga individu terbabit akan dituduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (2007).
Ketanya, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan tu mesti org Suluk kan..? Cuba bantu suku sakat Suluk Pilipin utk dapatkan ic MyKad secara sah walaupun terpaksa menipu JPN...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sandakan? Boleh agak dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
news websites, pls... boleh tak jgn blur kan muka OKT. nak jugak tengok muka sebenar dia org berani mati claim sbg anak beranak kat jpn. the audacity |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah JPN teruskan usaha gigih mengesan perangai keji orang bukan warganegara ni |
|
|
|
|
|
|
|
ni macam mengkhianat negara kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Buang kerakyatan je pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sila gugurkan kerakyatan pompuan tu pula sbg balasan penghianatan yg dia lakukan. Hanat sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoh 'anak' ke main besar baru nk daftar, mana x pelik. Aku dulu, lepas bday umur 12 tahun , mak aku bwk g jpn. So umur 12 tahun dh ada ic.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|