CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 5

[Politik] Sanusi mohon maaf pada PM petanda beliau iktiraf hala tuju kerajaan

  [Copy link]
Post time 7-5-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Sanusi mohon maaf pada PM petanda beliau iktiraf hala tuju kerajaanN Faizal Ghazali
Diterbitkan:  May 6, 2024 8:35 PM




Tindakan Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri dan beberapa menteri kabinet beberapa hari lalu menunjukkan pemimpin PAS itu mengiktiraf kepimpinan Anwar Ibrahim, kata Amanah.

Malah kata setiausaha agung parti itu, Faiz Fadzil, pemimpin kanan PAS terbabit juga mengiktiraf Anwar sebagai seorang perdana menteri yang semakin diyakini.

“Dia juga sudah memahami konsep federalisme yang memerlukan kerjasama kerajaan pusat dan negeri yang diterapkan dalam pentadbiran Anwar.

“Sama ada permohonan maaf itu kekal atau tidak, ia menunjukkan agenda dan hala tuju kerajaan pimpinan Anwar atas landasan yang betul,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Sanusi secara memohon maaf kepada Anwar dan menteri kabinet semasa berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah pada Sabtu lalu.


Faiz Fadzil


Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS terkenal dengan kelantangannya menyasarkan kritikan terhadap Anwar dan kepimpinan PH-BN.

Malah sebelum ini Anwar sudah mengheret Sanusi ke mahkamah dengan menyaman ahli politik terbabit berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu ceramah Jelajah PN Best Tambun.

Kes tersebut masih berjalan di mahkamah, manakala Sanusi dilarang mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan yang memfitnah Anwar di mana-mana termasuk media sosial sehingga kes berkenaan selesai.

Pertimbang kesan jangka panjang

Sementara itu Pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris menyifatkan permohonan maaf Sanusi beberapa hari lalu membuktikan kepimpinan PAS Kedah sudah menerima hakikat.

Katanya ia membayangkan bahawa PAS dan PN tidak mampu mentadbir negeri dengan baik tanpa bantuan dari Putrajaya.

Menurut Asmirul Anuar, pelbagai projek pelaburan apa yang diumum Sanusi dari semasa ke semasa hanyalah "khalayan" yang dihidang kepada orang ramai.

Hakikatnya, kata Asmirul Anuar, ia tidak mencerminkan realiti di negeri Jelapang Padi tersebut.

"Selepas tiga tahun (jadi menteri besar) mungkin dia dah sedar sebagai kerajaan negeri mereka tetap perlu bergantung harap pelbagai peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

"Permohonan maaf terbuka oleh Sanusi itu rata-rata dipercayai kerana pertuturan dan kelakuan ketika di pentas politik yang amat keterlaluan dan tidak profesional dulu tidak menguntungkan mereka.

"Justeru saya mengingatkan Sanusi bahawa setiap pemimpin politik atau ketua kerajaan hendaklah cermat dan berhemah bertutur kerana ia akan menjadi ikutan orang lain," katanya yang dihubungi Malaysiakini.


Tambah Asmirul Anuar, berbeza parti bukan alasan untuk seseorang bebas berkata apa sahaja tanpa memikirkan kesan buruknya.

Ekoran permohonan maaf tersebut, katanya, kerajaan negeri wajar mengambil sikap buang yang keruh, ambil yang jernih demi kepentingan ramai.

"Janganlah guna ruang politik untuk bercakap apa sahaja tanpa mempertimbangkan implikasi jangka pendek dan panjang," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 10:22 AM | Show all posts
Terpaksa la kan nengok kelantam dah dapat funding.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 7-5-2024 12:30 PM

Kerana mulut badan binasa..kerana Sanusi Kedah binasa


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:38 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2024 12:28 PM
Kerana mulut badan binasa..kerana Sanusi Kedah binasa

Ada wishlist tu jgn main2.  Wishlist berbelas katanya tapi dia kasi 8 ke berapa je ntah...Papanon jadi Papaclause pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-5-2024 03:38 PM
Ada wishlist tu jgn main2.  Wishlist berbelas katanya tapi dia kasi 8 ke berapa je ntah...Papanon  ...


Bodo lah kalo pmx dok layan whishlist badut sekor ni..projek2 mega yg dia dok berangan mcm lrt langkawi tu semua tak munasabah dan bakal mengbangkrapkan negara.


Tadbir negeri pon failed ada hati nak perintah negara
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:14 AM | Show all posts
u-turn
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058388 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list