CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Blockout: Sudah di hujung, mereka perlu ‘suara’ kita.. Kita kena bersatu dan bantu mereka – Mimi Lana

18-5-2024 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9929| Komen: 45

Description: Pelakon Mimi Lana menyatakan sokongan terhadap gerakan Blockout 2024 jika ia mampu meningkatkan kesedaran jenama antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin.



Pelakon Mimi Lana menyatakan sokongan terhadap gerakan Blockout 2024 jika ia mampu meningkatkan kesedaran jenama antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin. 

Mimi, atau nama sebenarnya Roziana Zainal Abidin, 28, berharap usaha gerakan tersebut dapat memberi tekanan kepada jenama-jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.

“Benda ini sudah lama berlaku. Saya rasa semua orang pun sedar dengan benda ini dan semua orang pun berpihak kepada Palestin.

“Saya sokong 100 peratus kalau gerakan ini dapat membantu dan dapat memberi tekanan pada jenama yang secara terang-terangan memberi sumbangan kepada Israel,” katanya pada tayangan perdana filem The Experts malam tadi.

Dalam pada itu, Mimi bagaimanapun mengharapkan agar gerakan Blockout itu tidak menjadi punca masyarakat saling bermusuhan.

Sebaliknya, mereka harus bersama-sama bagi memastikan misi menghentikan serangan Israel ke atas Palestin dapat dibuat.


“Saya rasa kita jangan bawa isu ini sampai berpecah-belah. Kita kena tahu misi kita kenapa kita buat benda ini.

“Kita kena bersatu dan membantu mereka sebab kita tahu perkara ini sudah sampai di hujung (Rafah iaitu kubu terakhir penduduk Gaza) dan mereka memerlukan suara kita,” katanya.

Kempen Blockout artis dan pempengaruh bermula di Amerika Syarikat (AS) di mana menyasarkan golongqn yang tidak pernah bercakap mengenai Palestin atau menjadi duta produk menyokong kekejaman Israel.

Kempen tersebut turut menular ke Malaysia dan menamakan beberapa nama barisan selebriti popular tanah air dan pempengaruh antaranya Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 18-5-2024 12:08 PM
Dia mmg pernah share post pasal gaza sebelum ni atau baru nk menggelabah mcm DT ?
Quote Missjass 18-5-2024 12:13 PM
pocongkiutss replied at 18-5-2024 12:08 PM
Dia mmg pernah share post pasal gaza sebelum ni atau baru nk menggelabah mcm DT ?

Rasa mcm dh lama jgk tk post. Dulu ad la jgk siap ikut Faz pergi solidarity
Quote bambimo 18-5-2024 12:38 PM
Wow Mimi..
Quote cikenit2007 18-5-2024 01:09 PM
Dia selalu post...dari dulu lagi
Quote alesandra 18-5-2024 02:11 PM
Org xde berpecah belah la.biasa la semua benda argue.kopi mana terpaling sedap pun bole bergado mcm nak berparang.korang risau tembolok masing2 je kann
Quote cm_vungtau 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje Setakat post pasal Gaza tu boleh baca kat news terus
Quote cicicumel 18-5-2024 02:37 PM
Apa maksud Let them eat the cake?
Quote fattymah 18-5-2024 02:44 PM
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...

Asyik2 gambo berdarah je chouls.. gambo budak tadak kaki..
Quote AWEKSAMURAI 18-5-2024 07:38 PM
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...

Aku ingat aku je skip status kengkawan post pasal GAZA ni rupanya ada org lagi mcm aku.aku x tahan tgok darah2 ..putus kaki hancur kepala tu .xpe ke kan bkn x sokong tapi mcm ngeri
Quote syamzana 18-5-2024 07:44 PM
mai mana mimi lana tu...nama roziana

Quote fazila17 18-5-2024 08:19 PM
Baru tau nama betul dia roziana
Quote sharlenetexas 18-5-2024 08:37 PM
Mimi dulu kan pernah cancel photoshoot dgn dior. Ramai gak yg hencap sheols rugi cancel.


Quote sharlenetexas 18-5-2024 08:39 PM
alesandra replied at 18-5-2024 02:11 PM
Org xde berpecah belah la.biasa la semua benda argue.kopi mana terpaling sedap pun bole bergado mcm  ...

Pastu siap claim diri tu coffee lover minum esspresso, americano. Siap perlekeh sesiapa yg minum hazelnut latte, vanilla latte. Jumud pemikiran so called lover ni.


Quote sharlenetexas 18-5-2024 08:40 PM
fattymah replied at 18-5-2024 02:44 PM
Asyik2 gambo berdarah je chouls.. gambo budak tadak kaki..

Iols selalu tgk reels stray cats kat gaza.


Quote Lampuled 18-5-2024 08:49 PM
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...

Kalau yg jenis post or share yg extreme tu mmg skip or i unfollow je sbb mmg tak boleh nk tgk. I suka dpatkan info drp org² yg post ulasan psl keadaan semasa disana yg tu lebih reliable. Klau nk tgk yg video semua tu i suka follow TT rakyat palestine sendiri mcm Aby Zyad. Kalau influencer Malaysia yg sll share or repost video or gmbar² yg berdarah² ngeri² tu mmg I skip je. Tak smpai hati nk tatap keadaan mayat² mcm tu terutamanya yg kanak² dan bayi.
Quote fattymah 18-5-2024 09:09 PM
sharlenetexas replied at 18-5-2024 08:40 PM
Iols selalu tgk reels stray cats kat gaza.

Ya ampun.. comei2nya.. dah start follow dah
Indah sungguh ciptaan Tuhan
Quote pocongkiutss 18-5-2024 09:42 PM
Missjass replied at 18-5-2024 12:13 PM
Rasa mcm dh lama jgk tk post. Dulu ad la jgk siap ikut Faz pergi solidarity

Ha okaylah gitu..dr yg menggelabah tu..siap amaun derma tak cover tp bahagian tarikh yg ditutupnya..nampak nau baru nak menggelabah
Quote sharlenetexas 18-5-2024 09:46 PM
Lampuled replied at 18-5-2024 08:49 PM
Kalau yg jenis post or share yg extreme tu mmg skip or i unfollow je sbb mmg tak boleh nk tgk. I s ...

Eez Lulu, final year medical student beri 1st hand information dari Gaza. Tak sempat grad lagi dah macam real doctor. Semenjak perang meletus dia volunteer di Hospital Al Shifa hingga hospital tu musnah keseluruhan.


Quote Lampuled 18-5-2024 11:33 PM
sharlenetexas replied at 18-5-2024 09:46 PM
Eez Lulu, final year medical student beri 1st hand information dari Gaza. Tak sempat grad lagi dah ...

I tgk juga hamadashoo food blogger Gaza. Dia masak mknan untuk org Gaza rasa bermotivasi bila tgk content dia.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.319431 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top