CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Jun diwartakan cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim

17-5-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18028| Komen: 61

Description: PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tarikh 3 Jun telah diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fad ...


PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tarikh 3 Jun telah diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

Bagaimanapun,Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Seri Paduka telah memperkenan acara-acara sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada tahun ini ditangguhkan dari Jun ke September.

“(Penangguhan ini) bagi memberi keutamaan kepada istiadat pertabalan dan acara-acara lain sempena istiadat pertabalan yang akan berlangsung pada Julai nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkata, Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bakal berlangsung pada 20 Julai ini.


Jelasnya, istiadat pertabalan itu akan diadakan pada jam 10 pagi dengan penuh simbolik dan adat istiadat Raja-raja Melayu di Istana Negara.

Sultan Ibrahim, 66, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu, menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 17-5-2024 03:01 PM
LOL heols baru 66 rupanya.
Quote prettyuglybabe 17-5-2024 03:12 PM
so confirm la isnin tu cuti ye..
mujur dia tak tukar balik ke sabtu pertama bulan 6..
kalau tak moroyan la kaki ponteng tiap isnin
Quote edayildiz 17-5-2024 03:18 PM
yeayyy coti..blh la rileks sat
Quote SalenaGomez 17-5-2024 04:00 PM
edayildiz replied at 17-5-2024 03:18 PM
yeayyy coti..blh la rileks sat

Bersambung (tambah) 1 hari dr cuti sekolah
Quote TomyamPuteh 17-5-2024 04:12 PM
Yeayyy. Long weekend la nmpknya. Dan lagi ni nk pi cari Harum Maneh.
Quote dua_chzy 17-5-2024 04:15 PM
Aiols yay n nay pada masa sama. Sebab 3 Jun tu dah plan nak buat aktiviti2 kat sekolah. Terpaksa tunda.
Quote kechikchomel 17-5-2024 04:21 PM
dua_chzy replied at 17-5-2024 04:15 PM
Aiols yay n nay pada masa sama. Sebab 3 Jun tu dah plan nak buat aktiviti2 kat sekolah. Terpaksa tun ...

best la orang Sabah this year.
Kaamatan 30-31 May (Khamis-Jumaat). Sabtu, Ahad weekend.
Sambung lagi cuti 3 Jun tu.
Quote antikorok 17-5-2024 04:24 PM
Ummah Takwim Sekolah Kumpulan A - Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan tersenyum sinissss
Quote mizruncing 17-5-2024 04:27 PM
Alhamdulilah
Quote dua_chzy 17-5-2024 04:27 PM
kechikchomel replied at 17-5-2024 08:21 AM
best la orang Sabah this year.
Kaamatan 30-31 May (Khamis-Jumaat). Sabtu, Ahad weekend.
Sambung la ...

Gawai terpaling best. Sambung ngirup nyamai sampai 3 Jun.
Quote mizruncing 17-5-2024 04:27 PM
antikorok replied at 17-5-2024 04:24 PM
Ummah Takwim Sekolah Kumpulan A - Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan tersenyum sinissss

el mc jelahh ummah group A ahad tu
Quote hayrin86 17-5-2024 04:30 PM
kechikchomel replied at 17-5-2024 04:21 PM
best la orang Sabah this year.
Kaamatan 30-31 May (Khamis-Jumaat). Sabtu, Ahad weekend.
Sambung la ...

Sarawak pun sama juga, sebab Gawai (1 dan 2 Jun - tarikh yang tidak pernah berubah sejak dulu lagi).

Quote gigahertz 17-5-2024 04:31 PM
prettyuglybabe: so confirm la isnin tu cuti ye..mujur dia tak tukar balik ke sabtu pertama bulan 6..kalau tak moroyan la kaki ponteng tiap isnin

Sultan Johor ni suka suka hati dia buat cuti.
badminton menang cuti. bola menang cuti.
orang meniaga pening kepala.
Quote gigahertz 17-5-2024 04:32 PM
dua_chzy replied at 17-5-2024 08:15 AM
Aiols yay n nay pada masa sama. Sebab 3 Jun tu dah plan nak buat aktiviti2 kat sekolah. Terpaksa tun ...

sepanjang 5 tahun kita akan menghadap banyak TTC
apa itu TTC
Tetiba Cuti
Quote edayildiz 17-5-2024 04:32 PM
SalenaGomez replied at 17-5-2024 04:00 PM
Bersambung (tambah) 1 hari dr cuti sekolah

tula..i strt cuti cuti time cuti sekolah..sbb mak n akk i cuti..blh la p vacation sat
Quote antikorok 17-5-2024 04:33 PM
mizruncing replied at 17-5-2024 04:27 PM
el mc jelahh ummah group A ahad tu

Hikhik
Iols harap sangat atasan kat tempat iolss bagi coti Ahad tu, voley balik kampong dengan aman giteww
Quote antikorok 17-5-2024 04:38 PM
Edited by antikorok at 17-5-2024 04:40 PM

Orang Terengganu pun bakalan cuti bersambung jugek nanti sebab hujong minggu Jumaat dan Sabtu, kemudian Hari Arafah (ikotkan jatoh hari Ahad tapi kalendar dah beranjak maka jatuh hari sabtu) dan Hari Raya Haji 2 hari (Ahad dan Isnin). Kalau Ganu, kalau cuti kelepasan jatuh pada jumaat tak ganti tapi kalau sabtu ganti, maka Hari Arafah mesti diganti ke hari bekerja berikutnya khennn (mungkin selasa), maka cotiiiii 5 hari.

Hip hip hooray!

Quote dua_chzy 17-5-2024 04:49 PM
gigahertz replied at 17-5-2024 08:32 AM
sepanjang 5 tahun kita akan menghadap banyak TTC
apa itu TTC
Tetiba Cuti

Kan hahaha
Quote syamzana 17-5-2024 05:13 PM
woahhhh cuti lagi!!!

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051152 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top