CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala FA: Peluang JDT ke final ‘cerah’

17-5-2024 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21614| Komen: 9

Description: PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas final Piala FA musim ini selepas mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 t ...


PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas final Piala FA musim ini selepas mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Harimau Selatan yang muncul juara dua tahun berturut-turut dijadualkan bertemu wakil Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan andai berjaya, bakal menentang PDRM FC atau Malaysia University di pentas suku akhir.

Sementara itu, Selangor FC (SFC) dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC manakala Terengganu FC bakal menentang Perak FC.

Juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) FC kemungkinan menerima undian mudah selepas dijadualkan bertemu pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC.

Naib juara Piala FA musim lepas, KL City FC pula menentang Kuching City FC dengan Sri Pahang akan menghadapi tentangan Penang FC.

Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee pula mungkin tidak berhadapan masalah mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama itu apabila dijadualkan bertemu KL Rovers. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-5-2024 11:17 PM
No one cares.
Quote Decaffeinated 16-5-2024 11:26 PM
Macam sengaja disusun. Round of 16 tu serupa tak payah main. The outcome is so glaringly obvious unless bookie are working extra to change the odds.
Quote anony-mous 16-5-2024 11:38 PM
mojarean_X replied at 16-5-2024 11:17 PM
No one cares.

Agree 100%. Bosan dah bola sepak malaysia ni
Quote juboqhang 17-5-2024 12:16 AM

then why are yu here?
Quote grouper 17-5-2024 07:53 AM
Yg men judi bola ni mmg untung banyak le kan klau pilih jdt je...bape odd dia ek...klau letak 1k blh dpt bape klau dpt sikit pun ok la sbb x mungkin kalah..risk free investment
Quote beni_nikaido 17-5-2024 11:05 AM
sejak2 team tu 'mengumpul' pemain, beni dah menyampah ngan bola malaysia ni.
macam takde semangat kesukanan pun ye gak
penyokong bergaduh, taksub semacam.
kesannye para pemain
Quote haruslah 17-5-2024 11:23 AM
Belah kiri tu memang nam bagi pegi final terus ekkkk
Quote bayan_nuri 17-5-2024 01:19 PM
dulu2 seronok layan liga M, setiap tahun tertunggu2 team mana yang akan menyerlah musim tu, semua team berpeluang untuk menang paling kurang 1 piala





sejak2 penjenamaan semula team yang terpaling hebat tu......................
Quote bayan_nuri 17-5-2024 01:22 PM
haruslah replied at 17-5-2024 11:23 AM
Belah kiri tu memang nam bagi pegi final terus ekkkk

"gua champion sialllll" katanya...............

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058383 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top