CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Honda City Hatchback Baharu kini di pasaran, harga bermula RM85,900

16-5-2024 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2177| Komen: 24

Description: Kuala Lumpur: Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan untuk model Honda City Hatchback Baharu 2024 yang dilancarkan hari ini untuk pasaran tempatan.

Kuala Lumpur: Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan untuk model Honda City Hatchback Baharu 2024 yang dilancarkan hari ini untuk pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Hironobu Yoshimura berkata, ia juga mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini yang juga peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Pencapaian positif ini adalah permulaan yang baik untuk Honda Malaysia.

"Bagi mengekalkan sasaran dan prestasi jualan, model Honda City Hatchback Baharu diperkenalkan dengan ciri terkini yang memenuhi sasaran pengguna.

"Sejak dilancarkan pada 2021, Honda City Hatchback menerima sambutan yang menggalakkan dengan terjual lebih 28,700 unit dan menjadi pendahulu untuk segmen model ini untuk jenama bukan nasional di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan hari ini.


Honda City Hatchback Baharu kini ditawarkan menerusi lima varian iaitu S, E. V, Petrol RS dan e:HEV RS yang ditawarkan pada harga RM85,900 hingga RM112,900 (atas jalan tanpa insurans).

Antara pembaharuan bahagian luaran yang ditawarkan pada model ini ialah gril hadapan 'honeycomb; gril bawah hadapan, kemasan lampu kabus LED dan kemasan bawah bampar belakang.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci Hitam Berlina baharu serta 'skirting' sisi baharu menambah gaya sporty untuk varian RS.

Ruang dalaman dengan ciri kemasan merah pada papan pemuka dan kerus kulit combi dengan jahitan merah dan varian RS dilengkapi dengan sistem audio bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Untuk varian Petrol RS dan e:HEV RS ia kini lebih panjang dengan 4,369 milimeter (mm) dan S, E dan V dengan 4,350 mm.

Ia dikuasakan dengan enjin hibrid, 1.5L e:HEV dengan kuasa 109PS dan tork 253Nm yang tertinggi dalam kelasnya dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghemburkan kuasa 121PS dan tork 145Nm dan kedua-duanya didatangkan dengan gear tangan.

City Hatchback Baharu 2024 juga dengan ciri keselamatan terbaharu dengan Low Speed Follow (LSF) untuk e:HEV RS dan Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (LCDN) untuk semua varian.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-5-2024 11:06 PM
Overprice. Baik ko amik Yaris atau Vios
Quote shamsadis 17-5-2024 08:04 AM





Quote Rajawali 17-5-2024 09:13 AM

terus muntah hijo tengok muka piji...
Quote xy_daen 17-5-2024 09:19 AM
shamsadis replied at 17-5-2024 08:04 AM

Dah dapat jadi Menteri kan...kahkahkah
Quote vanillaninja 17-5-2024 09:19 AM
Tak kisah la nak beli low spec ke high spec ke, asalkan chuols jangan makan maggi dekat petrol station.
Quote nisako 17-5-2024 10:50 AM
wow      
Quote jari10 17-5-2024 10:52 AM
vanillaninja replied at 17-5-2024 09:19 AM
Tak kisah la nak beli low spec ke high spec ke, asalkan chuols jangan makan maggi dekat petrol stati ...

Hahaha kau dah mendahului tulis apa yg aku pikir.. tp tu geng H terpakai kot
Quote vanillaninja 17-5-2024 11:01 AM
jari10 replied at 17-5-2024 02:52 AM
Hahaha kau dah mendahului tulis apa yg aku pikir.. tp tu geng H terpakai kot

Gitu la selalunya
Quote prettygood 17-5-2024 11:39 AM
awam sgt design dia, iols rasa dah prnh tgk design ni, rasanya honda gak kot
Quote nazzse 17-5-2024 12:30 PM
Siapa beli hatchback ni mmg betul2 b*h. Sayang duit ooiii
Quote epullipan 17-5-2024 12:31 PM
adoi gambo bila pakai tu..CEO da tukar dah ke Yoshimura san
Quote becir 17-5-2024 02:02 PM
Macam proton prima je
Quote Jitu 17-5-2024 02:50 PM
tak power pastu mahal

Quote lipans 17-5-2024 04:24 PM
boleh join kelab makan megi di petron.
Quote ultra78 17-5-2024 08:43 PM

Proton Suprima S cantik tapi kuat makan minyak
Quote becir 17-5-2024 08:57 PM
ultra78 replied at 17-5-2024 08:43 PM
Proton Suprima S cantik tapi kuat makan minyak

Hoh tu ye nama dia. Lupa dah. Dulu2 time nak beli kete mmg ada orang advice i against suprima sebab kuat makan minyak. Wpun murah dari bajet i in the end amik kete import
Quote ultra78 17-5-2024 09:02 PM
becir replied at 17-5-2024 08:57 PM
Hoh tu ye nama dia. Lupa dah. Dulu2 time nak beli kete mmg ada orang advice i against suprima seba ...

Dia sebenarnya adalah Preve versi hatchback.

Honda City Hatchback ni pun cantik di mata aku. Lebih cantik daripada Toyota Yaris. Di mata aku la.
Quote syamzana 17-5-2024 09:10 PM
iols suka kete kontot2 hatchback camni tp tu la hrga hatchback tak kisah cap apa mostly overpriced tak pdn dgn size
gitu la kata org tak berduit
Quote swimswim 17-5-2024 10:29 PM
Meh, we dont want H. Nnt org igt mesekin makan megi dkt stesen minyok

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062190 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top