CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UiTM kekal pengambilan sedia ada, nafi buka pengambilan pelajar bukan Bumiputera

16-5-2024 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5324| Komen: 2

Description: KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UITM) menegaskan bahawa pengambilan sedia ada adalah kekal dan tiada perbincangan di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti berhubung kemasukan ...

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UITM) menegaskan bahawa pengambilan sedia ada adalah kekal dan tiada perbincangan di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti berhubung kemasukan pelajar bukan Melayu ke universiti itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata pihaknya berpegang teguh kepada akta dan peruntukan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk menumpukan usaha menunaikan amanah sebagai pelajar. Gunakan masa yang sangat berharga untuk belajar dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekal masa depan yang tidak menentu.

"Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa. UiTM berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173-UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lewat petang tadi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan pihaknya pernah mengadakan perbincangan termasuk membawa cadangan untuk membuka kemasukan ke UiTM untuk pelajar bukan Bumiputera ke peringkat Kabinet.


Menjelaskan dakwaan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan, menegaskan isu itu sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat dasar serta objektif asal penubuhan UiTM.

Katanya, tindakan itu disifatkan sebagai cubaan mahu menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

"Merujuk kepada isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM, saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu ini tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT mahupun peringkat Kabinet.

"Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera seperti mana yang telah dimainkan pada hari ini," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 16-5-2024 10:35 PM
ada lah tu puak2 yg mainkan naratif konon hak melyu/bumi terhakis...mcm la org tak syak game lapok korang





Quote B40tastePosh 16-5-2024 10:38 PM
Rindu nye UiTM...best belajar sini takde bunyi cong ceng cong ceng.

Masa kat Matrikulasi Penang meols stress gila dengar congcengcongceng....tu minta masuk UiTM.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.091559 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top