CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah mengaku diri senang dipujuk dengan bunga - Saya seorang yang kalau merajuk sekejap sangat

18-5-2024 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12542| Komen: 63

Description: Sering diduga dalam rumahtangga, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dikagumi ramai kerana sifat sabar yang tinggi dalam dirinya.

Sering diduga dalam rumahtangga, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dikagumi ramai kerana sifat sabar yang tinggi dalam dirinya.

Walau bagaimanapun, Bella mengakui dirinya merupakan seorang yang senang termakan pujukan.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, sikapnya sangat berbeza dengan anak perempuannya, Ara Adreanna yang mudah terasa dan garang.

“Saya tak macam itu (menunjukkan anaknya sedang merajuk). Saya seorang yang kalau merajuk sekejap sangat.

“Kalau orang itu minta maaf apatah lagi bagi bunga, Ya Allah, saya akan terus okey.

“Anak sulung saya, Ayden pun macam itu juga, lembut hati. Ara garang sebab dia anak nombor dua kot, suka merajuk,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Semakan HibGlam menerusi ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.


Mereka juga menyifatkan Bella sebagai wanita baik kerana sering memaafkan orang yang melakukan penganiayaan terhadapnya termasuk suami dan kawan baik sendiri.

“Betul sangat apa dia cakap ni, 11 kali Aliff Aziz curang, engkau boleh maafkan, memang wanita baik. Jenis lembut sangat dia ni,” komen netizen itu.

“Baguslah Ara garang, boleh jaga mama dia nanti sebab mama dia lembut sangat hatinya. Mudah maafkan semua orang pun tak boleh juga, lama-lama kena pijak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 18-5-2024 12:06 PM
So kemut kena bg uols bunge la utk kemaafan gitew?

Btw ni pun boleh jd thread eh
Quote renko 18-5-2024 12:07 PM
bukan pujuk dgn batang ke
Quote Carcosa 18-5-2024 12:21 PM
Ni bukan lembut. Ni lembap.
Quote Afifi82 18-5-2024 12:54 PM
Lembut ke bengap? Cuba habaq jap.
Quote Perils 18-5-2024 01:19 PM
Bg hint kat AA ke??
Quote Purplehaz 18-5-2024 03:41 PM
Sape bg bunge tu pujuk..anis ker
Quote sharlenetexas 18-5-2024 03:43 PM
Tak cukup putik jagung ke?


Quote missbigrockstar 18-5-2024 03:54 PM
Sudah sudah lah cerita pasal minah ni, laki dia dan skandal2. Bosan dan basi dah.
We want new juicy story (gossip)!
Quote eyansss 18-5-2024 05:42 PM
sebab tu la laki ko selamba bersundalan berbelas2 kali...
Quote 8Queen8 18-5-2024 05:52 PM
Dulu Bella kena kutuk cukup2 sebab sentiasa memaafkan Aliff, mungkin setiap kali curang Aliff bagi jambangan bunga besar kat dia.

Tapi sekarang I tengok dia nampak dah move on. Apatah lagi best friend dan suami berkomplot mengaib dan memalukan dia.
Quote jalfa 18-5-2024 08:35 PM
Cepatlah mat lep...antar bunga kat nabelah lembap betul mamat tu sampai nabelah kena bagitau
Quote ariellin 18-5-2024 09:34 PM
aku terjumpa dia f2f lawa je dia.. mcm doll

aku cuma menympah bila dia rujuk masa mula2 kes dulu yg dia plak mengekor alip smpai ke singapo
Quote doubleA 19-5-2024 12:01 AM
Tu bukan lembut hati, tu bodo abadi namanya. Maruah kena pijak berkali2, suami sendiri memvavikan ko, curang berpuluh kali nampak sgt alep tak hargai ko pun tapi ambil kesempatan dgn kebodohan ko
Quote zuriey 19-5-2024 12:02 AM
Hint2 sudeh ade..
Next year terberanak lg kah bella
Quote hokeypokey 19-5-2024 02:05 AM
Bella dh ada bf baru ke blum???
Quote ohsoyaya 19-5-2024 07:23 AM
Kalini she mcm nekad nk cerai kn. Rasain lo Alip Ajis
Quote 8Queen8 19-5-2024 07:52 AM
doubleA replied at 19-5-2024 12:01 AM
Tu bukan lembut hati, tu bodo abadi namanya. Maruah kena pijak berkali2, suami sendiri memvavikan ko ...

Jangan risau  nampak dia lebih kuat dari dulu. Mungkin banyak support dari keluarga, kawan2 dan nitezen.

Suami membabikan dan berkomplot menjatuhkan dia, tentu no turning back dah. Kalau dia balik pada Aliff juga memang kena mendram lah..
Quote chinta89 19-5-2024 10:10 AM
sb tu bodoh, kena pujuk sket ngn alip terus maafkan. kali ni kalau ko balik smula dengan alif aku dh x kesian.
Quote Kurex 19-5-2024 10:30 AM
patutlah bodoh sebab terima je boyan tu punya kesalahan

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059909 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top