CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Islamiah diklasifikasi sebagai Organisasi Pengganas Antarabangsa oleh PBB

17-5-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2596| Komen: 6

Description: PETALING JAYA – Kes serangan balai polis Ulu Tiram hari ini yang mengorbankan dua anggota polis disahkan angkara ahli Jemaah Islamiah atau lebih dikenali sebagai JI merupakan sebuah kumpulan ekstremi ...

PETALING JAYA – Kes serangan balai polis Ulu Tiram hari ini yang mengorbankan dua anggota polis disahkan angkara ahli Jemaah Islamiah atau lebih dikenali sebagai JI merupakan sebuah kumpulan ekstremis.

Memetik Kosmo, JI mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dan Al-Qaeda kerana terdapat asas kewujudan hubungan kewangan antara kumpulan tersebut.

Kumpulan JI ditubuhkan pada awal tahun 1990-an untuk membentuk ‘negara Islam’ meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.

Pengasasnya adalah Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar yang berasal dari Indonesia dan diketuai oleh Riduan Isamuddin  atau Hambali.

Selain itu, JI turut diklasifikasikan sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa oleh negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak penubuhannya, kumpulan pengganas itu melakukan pelbagai jenayah berbahaya termasuk pengeboman, penculikan, pembunuhan dan pemerasan.


Difahamkan, anggota kumpulan JI dilatih di Afghanistan dan selatan Filipina.

Kewujudan rangkaian tersebut dikesan pada akhir tahun 2001 setelah pihak berkuasa Singapura menghalang sebuah sel yang merancang untuk menyerang sasaran berkaitan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Mereka juga merupakan dalang utama insiden pengeboman kelab malam di Bali pada tahun 2002 sehingga mengorbankan sebanyak 202 nyawa.

JI kini memberi tumpuan bagi membina sokongan dan menyebarkan ideologi melalui penyusupan dalam sektor politik dan sosial di Indonesia. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 18-5-2024 01:06 AM
Bukankah JI ni dah dikategorikan sebagai kumpulan pengganas sejak 20 tahun lepas?
Quote manop 18-5-2024 09:19 AM
yg busok nama agama...apa dah. nak buat perangai pergi lawan sama yisrael sane
Quote hayrin86 18-5-2024 10:08 AM
Ini barulah kumpulan penjenayah militan..
Quote B40tastePosh 18-5-2024 11:13 AM
malaysiakini logo


story-image
mk-logo
BERITA
M'sia bantu buru Noordin Mat Top
Diterbitkan:  Aug 12, 2009 1:32 PM

Dikemaskini: 5:18 PM
ADS
kemaskini 2.40pm Polis Malaysia dilaporkan ingin terus bekerjasama dan membantu polis Indonesia menjejaki serta menahan Noordin Mat Top selepas lelaki yang ditembak mati Sabtu lalu disahkan bukan suspek pengganas itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis atau keluarga Noordin di Malaysia memang tidak mempunyai maklumat berhubung kedudukan rakan utama Dr Azhari Hussein, pakar bom yang terkorban hujung 2005.

"Namun kita tetap akan membantu dari segi menyalur dan berkongsi maklumat risikan sehingga tertangkapnya Noordin," Musa dipetik berkata selepas majlis penyerahan kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Bukit Aman hari ini.

Noordin Mohammed Top terror suspect JI indonesia hideoutMenurut laporan Bernama pula, polis Indonesia mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung (foto atas) itu seorang pengganas yang dikenali sebagai Ibrohim.
ADS
Beliau didakwa terlibat merancang dan mengatur pengoboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta pada 17 Julai lepas.

Dalang pengeboman

Pengesahan identiti Ibrohim, 37, dibuat hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu, kata ketua Pusat Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Polis Indonesia, Brig Jen Eddy Saparwoko pada sidang media hari ini.

ADS
Mayat tersebut sebelum ini pernah dilaporkan kemungkinan sebagai Noordin, suspek pengganas yang paling dikehendaki di republik itu yang dikatakan dalang di sebalik beberapa pengeboman.

Eddy dipetik berkata ujian DNA dengan sampel daripada keluarga Noordin didapati tidak padan tetapi sebaliknya padan dengan sampel daripada keluarga Ibrohim yang tinggal di Kuningan.

Dengan itu mayat berkenaan disahkan sebagai Ibrohim.

Menurut polis, Ibrohim yang bekerja sebagai penata bunga di hotel JW Marriott dan menghilang sejak 17 Julai menjadi buruan kerana disyaki membawa bom dalam tiga kotak masuk ke hotel itu dengan menggunakan van pengangkut bunganya.

Bom dalam tiga kotak itulah yang diletupkan oleh dua orang pengebom berani mati pada pagi Jumaat itu, yang meragut sembilan nyawa (termasuk dua pengebom) dan mencederakan lebih 50 orang yang lain.

Mati dihujani peluru

Ketua perhubungan awam Markas Besar Polis Indonesia, Nanan Soekarna pula berkata polis tidak pernah memberi keterangan sebelum ini bahawa lelaki itu adalah Noordin, pengganas yang menjadi buruan di Indonesia sejak sembilan tahun lepas.

Ujian DNA ke atas mayat lelaki yang mati setelah dihujani peluru ketika bersembunyi di sebuah rumah di Desa Kedu, Temanggung, diuji dengan sampel DNA keluarga Noordin dari Johor Bahru dan sampel keluarganya yang lain di Cilacap dan Klaten, Indonesia.

ADS

"Namun hasilnya tidak cocok (padan) semuanya," kata Eddy dan menambah, namun ujian menggunakan sampel daripada seorang anak lelaki dan perempuan Ibrohim, kemudiannya didapati seratus peratus padan.

Pada sidang media itu juga polis mengumumkan hasil ujian DNA ke atas Dani Permana, yang berasal dari Bogor, yang disahkan sebagai pengebom di Hotel JW Marriott.

Hasil ujian DNA ke atas lelaki yang dipercayai juga pengebom di Ritz

Carlton pula, Nana Ichwan Maulana, dari Banten, masih belum selesai dilakukan.

Noordin motivasi suspek

Dua ujian DNA yang sudah selesai dijalankan juga mengesahkan bahawa pengganas yang ditembak mati dalam satu lagi operasi di Bekasi pada 8 Ogos lalu di mana polis turut menjumpai 500 kilogram bahan peledak, ialah Aher Setiawan, 28, dan Eko Joko Santoso, 27.

Menurut Nanan, Aher juga terlibat dalam pengeboman di kedutaan Australia pada 2003 sementara Eko merupakan pembuat bom yang digunakan dalam letupan di kedua-dua hotel mewah tersebut.

"Dalam kejadian ini, Noordin merupakan perancang utama yang hadir dalam beberapa pertemuan kelompok pengganas termasuk di Mampang di sini dan Jati Asih di Bekasi.

"Walaupun dia tidak terlibat secara langsung di lapangan tetapi dialah yang merancang dan memotivasi suspek lain untuk beraksi," katanya dan menambah masih terdapat antara tiga hingga lima orang dalam kumpulan itu yang sedang diburu.

Beliau berkata tiga lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian pengebomam di kedua-dua buah hotel di kawasan Mega Kuningan itu telah juga ditangkap.

Mereka ialah Amir Abdillah yang menjadi penjaga rumah persembunyian pengganas di Bekasi, Aris serta Hendra, penduduk Temanggung yang menyembunyikan Ibrohim dan Noordin.

Bom dalam kotak bunga

Nanan bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan untuk memburu Noordin dan anggota kumpulan pengganasnya, tetapi berkata beliau percaya Noordin masih berada di Indonesia.

"Sekarang fokus polis bukan terhadap Noordin sahaja kerana dia merupakan mastermind (dalang) tetapi juga merangkumi orang lain yang direkrut olehnya," kata beliau.

Beliau berkata dari siasatan ke atas mereka yang ditangkap, polis mendapati rancangan untuk mengebom kedua-dua buah hotel itu sudah dibuat oleh kumpulan pengganas tersebut sejak April lalu.

Pada sidang media itu juga, polis turut menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua hotel itu, yang menunjukkan pergerakan Ibrohim pada 8 Julai sedang melakukan tinjauan lokasi dengan Nana Maulana dan pada 16 Julai, Ibrohim memasukkan bom dalam kotak bunga melalui pintu masuk barang di JW Marriott.

Visual pada 17 Julai pula menunjukkan Ibrohim membawa masuk Nana Maulana ke hotel Ritz Carlton melalui pintu masuk pekerja pada pukul 6.15 pagi, kira-kira 90 minit sebelum letupan berlaku.

Sementara itu di Hospital Pusat Polis Dr Sukamto di Keramat Jati di Jakarta, beberapa keluarga sudah menuntut mayat pengganas yang terbunuh itu.
Quote Itzy 18-5-2024 07:00 PM
manop: yg busok nama agama...apa dah. ...


Mereka ni domba2 sesat yang sengaja guna nama islam untuk kepentingan diri sendiri dan tak mewakili islam ataupun umat islam. Sama la macam pemimpin2 kristian kulit putih yang membunuh berjuta2 orang tak bersalah dari zaman perang dunia pertama dan kedua, pembantaian holocaust yahudi di jerman, pengeboman nagasaki dan hiroshima di jepun, pembunuhan berpuluh ribu umat islam bosnia herzegovina oleh serbia, perang vietnam, penjajahan massal oleh negara2 kristian eropah di seluruh dunia atas nama gold, gospel & glory, penjajahan negara iraq dan afghanistan oleh usa selama 20tahun lebih, pembantaian rakyat palestin dan syria etc Adakah tu semua mewakili agama kristian dan orang2 kristian?? Sama juga dengan domba2 sesat ni, mereka sikit pun tak mewakili islam dan umat islam, setiap pengikut agama pasti ada domba2 yang keliru dan sesat.
Quote Radzor 18-5-2024 07:52 PM
klu nak tau mcmana mamat JI tu dapat kerakyatan boleh baca kat tele edisi siasat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039815 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top