CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat bulan belum ada kerusi, Akmal Saleh berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar dalam 24 jam je

17-5-2024 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22481| Komen: 34

Description: PETALING JAYA – Masalah ketiadaan kerusi dan meja sehingga menyebabkan pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka terpaksa menjalani pembelajaran di lantai berjaya diselesaikan Dr. Akmal Saleh dalam t ...


PETALING JAYA – Masalah ketiadaan kerusi dan meja sehingga menyebabkan pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka terpaksa menjalani pembelajaran di lantai berjaya diselesaikan Dr. Akmal Saleh dalam tempoh 24 jam.

Perkembangan tersebut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lebih dua minit itu, sebanyak 36 kerusi dan meja disediakan kepada kelas tersebut.

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Akmal ‘mengamuk’ selepas mendapat tahu pelajar di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Akmal juga terkejut apabila diberitahu kelengkapan itu tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), meskipun telah menerima peruntukan akhir tahun lalu.


Mengulas lanjut, Akmal berkata, bantuan berkenaan merupakan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk pelajar.

“Jadikan ini, isytihar aset sahaja. Kalau lagi tiga bulan dapat (kerusi dan meja) pandailah ustazah masukkan ke kelas baru yang lain,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-5-2024 11:17 PM
Tahniah akmal
Quote anony-mous 16-5-2024 11:25 PM
Admin mydin perli baikk punyer
Quote cmf_jeangrey 16-5-2024 11:38 PM
Boleh aje kannn

So kita tau lah kenapa ada negara yg takkan boleh jadi negara maju..sbb mentaliti siput babi ni la penyebabnya..sambil lewa, xde konsep fifo, xde inisiatif, kena tunggu org tu org ni...walau benda tu genuine, penting dan emergency..bila ditegur merajuk pulak nak resign




Quote Manjahati 17-5-2024 12:11 AM
Syabas Dr Akmal..
Quote Perwira2022 17-5-2024 02:30 AM
Macam tu la penjawat awam..... Kerja takde sense of urgency... Cukup bulan gaji tetap masuk macam biasa.
Quote bambimo 17-5-2024 06:45 AM
Boleh pon

Ajuk style ustaz yg kena marah dgn heols
Quote dua_chzy 17-5-2024 07:37 AM
Ha see.

Heols bising cam samseng but heols got the work done quickly and efficiently.
Quote grouper 17-5-2024 07:59 AM
Vote Akmal for PM
Quote shamsadis 17-5-2024 08:01 AM
so, peruntukan duit cukai rakyat untuk beli kerusi meja aritu, ke mana perginya
Quote lostnfaun 17-5-2024 08:36 AM
Akmal beli pakai duit peruntukan dia ke tue? Kalau duit peruntukan dia memang la boleh beli terus. Senang jer sebab duit dah ada tak perlu surat kelulusan, waran peruntukan bagai. Lepas tue jumlah sikit je takat 36 meja, kerusi. Cuba dia belikan utk semua sekolah dekat melaka, nak tgk berapa cepat boleh settle.

Quote I.K.A888990 17-5-2024 08:39 AM
kurang2 setel cepat
Alhamdulillah dpt budak2 tu belajar dgn selesa
Quote KamikuP 17-5-2024 09:24 AM
anony-mous: Admin mydin perli baikk punyer


aDMIN mYDIN PERLI APA CUOLLS TEPEK LE SiINi NAK TENGOK.. NGEEEE.. sorry tercaps lock.. ekekekek

Quote kilometrico 17-5-2024 09:46 AM
Byk sgt birokrasi
Tuptup takde peruntukan
Padahal dah kena saka* awal2
Quote malarky 17-5-2024 09:49 AM
cmf_jeangrey replied at 16-5-2024 11:38 PM
Boleh aje kannn

So kita tau lah kenapa ada negara yg takkan boleh jadi negara maju..sbb m ...

tang merajuk nak resign tu mmg hampeh, kengkonon nak harap akmal bagi pat in the back dan tone down cakap "its not your fault, it's the system"
Quote zamnie 17-5-2024 09:50 AM
Alhamdulillah pantasss.. at least dpt la bdk2 belajar dgn kerusi meja
Quote maharani_gebu 17-5-2024 09:56 AM
shamsadis replied at 17-5-2024 08:01 AM
so, peruntukan duit cukai rakyat untuk beli kerusi meja aritu, ke mana perginya

Rasanya Ustaz tu dah buat g Umrah 7x tuk cuci dosa..

#DoneFitnah


Quote beni_nikaido 17-5-2024 11:07 AM
“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau."

thissss!!!!!
lamabt tu sebut harga la, subcon la....
Quote venom1 17-5-2024 11:29 AM
lostnfaun replied at 17-5-2024 08:36 AM
Akmal beli pakai duit peruntukan dia ke tue? Kalau duit peruntukan dia memang la boleh beli terus. S ...

Ni bukan isu sikit ke banyak kerusi meja tapi kepincangan dalam perolehan kerajaan. boleh je cepat kalau nak dicepatkan.
Quote lightheaded67 17-5-2024 11:43 AM
acik acik gomen mmg mcm tu, majlis makan makan je laju koje deme

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060742 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top