CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tiada Hubungan Dengan Sayap Ketenteraan Hamas - Fahmi Fadzil

15-5-2024 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4583| Komen: 8

Description: PUTRAJAYA -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas. Fahmi berkata bagaimanapun parti politik mempunyai hubungan dengan ...


PUTRAJAYA  -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.
Fahmi berkata bagaimanapun parti politik mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu.

"Tetapi semua parti politik dalam negara kita mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin.

"Bagi saya atau kerajaan, sudah pasti dengan pendirian yang jelas kita mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan wajar dan tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang.

"Dan juga prinsip yang kita pegang iaitu "dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka"," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada hari ini.

Info lanjut menyusul.


Sumber: Awani/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-5-2024 08:36 PM
Bukan mudah jadi kerajaan Malaysia. Depan rakyat jadi penyokong Hamas, di persada antarabangsa cakap kena banyak berlapik. Fahmi kata Malaysia berkawan cuma dengan sayap politik. Hello, what's the difference?

Aku rasa it's a matter of time Malaysia will be up against the wall kena come clean nak jadi terpaling arab atau be just like any other asian country.

As of now, banyak sangat teka-teki.
Quote Kurex 15-5-2024 11:59 PM
Fafok ni kementerian apa sampai semua isu nak ulas
Quote axl_bach 16-5-2024 12:04 AM
Decaffeinated replied at 15-5-2024 08:36 PM
Bukan mudah jadi kerajaan Malaysia. Depan rakyat jadi penyokong Hamas, di persada antarabangsa cakap ...

Sbb secara teknikalnya mmg Hamas yg govern Gaza sbg political entity.
Quote Firenzza 16-5-2024 07:53 AM
Sekejap sokong sekejap anti....mmg pesen lidah bewok kerr
Quote Decaffeinated 16-5-2024 08:21 AM
Kurex replied at 15-5-2024 11:59 PM
Fafok ni kementerian apa sampai semua isu nak ulas

Komunikasi.

Dan dia juga jurucakap kerajaan perpaduan.
Quote Decaffeinated 16-5-2024 08:33 AM
axl_bach replied at 16-5-2024 12:04 AM
Sbb secara teknikalnya mmg Hamas yg govern Gaza sbg political entity.

So Hamas ni the government of Gaza? Ada pejabat kerajaan, polis, LHDN, JPJ, PBT semua lah kan? Tak kan cuma ada askar ja.
Quote MadameOnion 16-5-2024 02:08 PM
dia ni diam sat boleh tak?
Quote AbukRokok 16-5-2024 03:43 PM
Decaffeinated replied at 15-5-2024 08:36 PM
Bukan mudah jadi kerajaan Malaysia. Depan rakyat jadi penyokong Hamas, di persada antarabangsa cakap ...

what to expect patut benda ni dah cakna dari dulu
Anwar - Erdogan
Erdogan -Qatar - Hamas - Qardawi - Ikhwanul Muslimin Mesir


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.165957 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top