CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21369|Reply: 49

[Tempatan] UiTM untuk bukan bumiputera: Permulaan pencerobohan hak orang Melayu?

[Copy link]
Post time 17-5-2024 09:16 AM | Show all posts |Read mode
UiTM untuk bukan bumiputera: Permulaan pencerobohan hak orang Melayu?

https://www.sinarharian.com.my/a ... an-hak-orang-melayu

Oleh
ROSKHOIRAH YAHYA
17 Mei 2024 08:00am


Universiti Teknologi Mara (UiTM).

SEJAK Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan pada 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA, umum sudah mengetahui bahawa universiti itu hanya terbuka kepada golongan bumiputera (Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak).

Syarat kemasukan itu menjadi dasar pengambilan pelajar baharu UiTM sehingga hari ini seiring dengan tujuan penubuhannya iaitu membantu golongan bumiputera di luar bandar.

Baru-baru ini ada beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di universiti berkenaan.

UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini turut meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak ada perbincangan mengenai kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM di mana-mana peringkat kementerian mahupun Kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, isu kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM sengaja dijadikan polemik oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.

Katanya, ia sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

"Seperti kenyataan saya pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, pada 8 Mei, Naib Canselor UiTM Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, universiti itu tetap komited mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.

Meskipun cadangan tersebut dikhususkan kepada bidang tertentu namun dikhuatiri ia akan menjadi permulaan kepada pencerobohan hak istimewa orang Melayu dalam UiTM.

Siapa tahu, jika ia dibenarkan sekarang tidak mustahil sedikit demi sedikit peluang itu semakin terbuka luas buat golongan bukan bumiputera.

Menggunakan alasan khuatir negara akan mengalami masalah doktor, timbul persoalan adakah hanya UiTM yang memegang tanggungjawab untuk melahirkan pakar dalam bidang berkenaan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 11:19 AM | Show all posts
Edited by sangbara2020 at 17-5-2024 11:20 AM

skrg dh ade ke kaum lain blajar sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 17-5-2024 11:35 AM

kalau bab kaum, tak masuk jd student pun, tetap ramai je lect cina kt uitm. amende kepo. (melayu, org asli, sabah, sarawak)
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:32 AM | Show all posts

UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak pernah bincang atau membenarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir susulan isu berkenaan ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.

"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

"KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 - UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 25 April lalu, sebuah portal berita melaporkan Anggota Lembaga Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.


Isu ini timbul apabila pelajar yang terlibat dalam Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) ditolak permohonan mereka dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan sijil itu tidak diiktiraf.


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM turut dilaporkan menyeru mahasiswa universiti berkkenaan untuk memakai pakaian hitam esok sebagai tanda bantahan kepada cadangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.



Astro Awani





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:18 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 17-5-2024 12:23 PM

Hehehehe...Aneh betol perilaku melayu ini ... selalu merasa insecure dan terancam hifupnya dengan bangsa non melayu .... apakah mereka tahu dan paham bahwa melayu sudah kalah dan X dapat bersaing dan kini amat sangat bergantung kelangsungan hidupnya kepada bukan melayu ....

Apakah ini pertanda gagal totalnya prinsip  meritokrasi madani  PMX   dan dampak negative campaign ketuanan melayu yang amat melampaui selama ini ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini membuktikan ummah bani tamim lebih rela mundur dari nak maju dan berdaya saing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2024 12:29 PM | Show all posts
Edited by 123456 at 17-5-2024 12:39 PM








Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:30 PM | Show all posts
iols sbgai non bumi pun kdg rasa tersisih jugak, tapi iols tkleh nafikan bumi punya privilege. takpelah iols percaya rezeki masing2 dh ditetapkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:49 PM | Show all posts
prettygood replied at 17-5-2024 12:30 PM
iols sbgai non bumi pun kdg rasa tersisih jugak, tapi iols tkleh nafikan bumi punya privilege. takpe ...

Mengapa anda bersikap diam dan pasrah terhadap perlakuan X adil macam ini .... ?

LAWAN dan TUNTUT PERLAKUAN SAMA UNTUK SEMUA BANGSA DAN KAUM ....


Jika kau takut atau X mahu perjuangkan itu .. maka kau akan tetap kekal  diperlakukan sebagai  Sccond or Third Class Citizen di Malaysia .... Hehehehe  





Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk belajar kat Uitm ni hanya utk bumi saja, tp untuk lecturer boleh pulak ambik bangsa type  lain nooo...
Dan ada juga international student dr negara2 luar...yg tu kira camna
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 01:40 PM | Show all posts
Edited by prettygood at 17-5-2024 01:41 PM
nusaraya replied at 17-5-2024 12:49 PM
Mengapa anda bersikap diam dan pasrah terhadap perlakuan X adil macam ini .... ?

LAWAN dan TUNTUT  ...

Bukan tak nak lawan atau tuntut. Tapi kita sedar diri, walaupun kita warganegara msia. Bila kita belajar and hayati betul2 perjuangan orang2 dulu dekat Tanah melayu iaitu nenek moyang bumiputra, banyak jasa dorang untuk bersatu mempertahankan tanah mereka, Tanah Melayu. Orang melayu izinkan org india dan cina masuk ke sini utk bekerja pun dah kira baik walau hidup dorg pun ditindas dan bkerja kampung je, masih lagi baik utk berkongsi dengan yang lain. Tak dpt dibayangkan hidup org dulu mcm mana, british, jepun, belanda, ni pulak india cina masuk lagi tanah dorang. Orang cina dan india ni patutnya dah dilepaskan balik ke negara asal mereka, tapi apakan daya..dan bnyk lagi peristiwa yang lain. Jadi pokoknya disini, Malaysia ini Tanah Melayu, Orang Melayu punya. Kalau semua nak sama rata, jadi apakah previlege yang orang melayu ni dapat setelah semua ni jadi? Apapun, iols tetap bangga mengakui warganegara Malaysia walaupun non bumi. Kebanyakan kawan iols adalah bumi, dari kecil iols rasa tersisih dalam beberapa hal. Tapi bila iols fikir balik, walaupun iols bukan bumi, banyak Malaysia dah bagi dekat iols seperti servis kesihatan percuma, pembelajaran, dapat bekerja, dapat beli rumah, dapat sijil pembelajaran yang layak untuk iols ke luar negara, semuanya cukup sama seperti bumiputra yang lain. iols takde pun rasa iols berada di second class atau thrird class dalam negara ni. Jadi, setakat uitm, mara dll, iols rasa tkde masalah, itu kelebihan utk dorg, untuk kita yg non bumi pun sbnrnya boleh je dpt benda2 tu jugak, cuma perlu usaha lebih sikit dari dorang. iols bangga sangat jadi orang malaysia,melayu cina india, kita semua warganegara Malaysia, orang Malaysia. Milik Malaysia. apa pun, iols akan sentiasa berbakti kpd negara iols. Buka minda untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dan bersyukur, sesungguhnya tuhan itu maha adil.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
prettygood replied at 17-5-2024 01:40 PM
Bukan tak nak lawan atau tuntut. Tapi kita sedar diri, walaupun kita warganegara msia. Bila kita be ...

tak payah lah makan pancing dia. aman aman je dia bukak trit probok mcm ni ulang ulang. ignore saja
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
biar lah..
jgn dilyn si indon jongos tu
uitm je pun..u lain kan byk lg...
nk jgk berebut
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 03:39 PM | Show all posts
prettygood replied at 17-5-2024 12:30 PM
iols sbgai non bumi pun kdg rasa tersisih jugak, tapi iols tkleh nafikan bumi punya privilege. takpe ...

perlembagaan persekutuan sudah menetapkan sebegitu...dan pembentukan malaysia ni telah di persetujui oleh sultan2 melayu bersama british...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu tweet tu menyimpulkan, Lin Dan boleh masuk UiTM sebab dia rakyat China. Lee Chong Wei tak boleh masuk UiTM sebab dia rakyat Malaysia. Macam confusing pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak university dlm Malaysia ni pun tetap le nak berebut yg 1 ni. Hiiii tamak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:12 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 17-5-2024 07:16 PM
prettygood replied at 17-5-2024 01:40 PM
Bukan tak nak lawan atau tuntut. Tapi kita sedar diri, walaupun kita warganegara msia. Bila kita be ...

Kau mungkin  sedar diri atas statusmu sebagai non bumi di Malaysia sehingga kau ikhlas menerima semua ketidak-adilan dan juga diperlakukan  terus sebagai second atau third class citizen di Malaysia ....

Sekarang apa yang harus anda lakukan jika "Tuan dan Pemilik Tanah Melayu" itu kemudian memperlakukan anda lebiih teruk daripada yang kau alami sekarang .....terus pasrah menerima semua itu kerana sudah takdirnya .... apakah kau juga akan senang dan yakin jika anak cucu keturunan kau nanti juga akan bersikap sama jika diperlakukan teruk seperti kau alami di masa hidupnya  nanti ...... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 17-5-2024 12:49 PM
Mengapa anda bersikap diam dan pasrah terhadap perlakuan X adil macam ini .... ?

LAWAN dan TUNTUT  ...

Kan???? Sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Pembetulan, bukan second or third class citizen lah, dia T20.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
prettygood replied at 17-5-2024 01:40 PM
Bukan tak nak lawan atau tuntut. Tapi kita sedar diri, walaupun kita warganegara msia. Bila kita be ...

Awak' bagus!.... Salute you for your thought. I hope ramai lagi macam you, not only in Malaysia , but in the world. May God bless you.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074276 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list