CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14682|Reply: 34

[Tempatan] Suri rumah didakwa pukul suami curang guna kayu besbol, pecahkan cermin kereta BMW mangsa

  [Copy link]
Post time 17-5-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-5-2024 01:01 AM

Suri rumah didakwa pukul suami curang guna kayu besbol, pecahkan cermin kereta BMW mangsa

https://www.bharian.com.my/berit ... ayu-besbol-pecahkan

Oleh Alias Abd Rani - Mei 16, 2024 @ 2:54pm
bhnews@bh.com.my


MUAR: Seorang suri rumah dihadapkan ke dua mahkamah berasingan, di sini, masing-masing atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap suaminya dengan menggunakan kayu besbol untuk menyerang yang mungkin menyebabkan kematian, dan memecahkan cermin kereta jenis BMW milik mangsa pada November tahun lalu.

Tertuduh, Lim Siow Leng, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen, hari ini, dan Majistret Fatin Dalilah Khalid di Mahkamah Majistret, semalam.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap suaminya berusia 42 tahun dengan menggunakan kayu besbol untuk menyerang yang mungkin menyebabkan kematian, kira-kira jam 9.20 pagi 5 November tahun lalu di sebuah kilang, di sini.

Ibu kepada empat anak itu dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama bawah Seksyen 326A KK.

Seksyen 324 KK memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, manakala Seksyen 326A pula membawa hukuman penjara selama dua kali ganda tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan bawah seksyen berkaitan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa kesalahan dilakukan tertuduh tidak boleh diikat jamin, namun terpulang kepada budi baca hakim untuk membenarkannya.

Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Siow Leng didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin kenderaan jenis BMW milik suaminya yang membabitkan kerugian dianggarkan berjumlah RM15,233, kira-kira jam 9.40 pagi 5 November tahun lalu di lokasi sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum bawah Seksyen 427 KK, iaitu penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh juga tiada diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Berdasarkan laporan polis, tertuduh yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, dikatakan berang apabila mendapati lelaki bekerja sendiri itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita warga asing.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengambil sebatang kayu besbol lalu memukul alat sulit suami sehingga mangsa berdarah dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Selain itu, wanita berkenaan juga didakwa memecahkan cermin kereta suaminya dengan menggunakan peralatan sama, sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.


Siow Leng didakwa di Mahkamah Sesyen di Muar, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh puas ati akak Ni
Hahaha
Meraung lah ex laki..
Masih berfungsi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri yang menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
haaaa kan dah kena pukul kat bwh tu
padan muka hang kut berfungsi ke tak lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:38 AM | Show all posts
hahaha.... terbaiklah.
ni baru betul cara dia, bukannya laki ko curang ko pun ikut
kalau ke dalam pun puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:39 AM | Show all posts
mesti pompuan indon.. tak pun vietnam..
you go girl..
macam ni la betul..
balun laki sendiri dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
“Susulan itu, tertuduh didakwa mengambil sebatang kayu besbol lalu memukul alat sulit suami sehingga mangsa berdarah dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.”

SG boleh bet lah, mana2 lelaki yg baca ni mesti rasa nyilu kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
erkkkkk tak terbayang sakitnya
tapi kesian la plak anak2 kalau mak masuk jail. bapak sah2 cari betina lain mengubati bebird berdarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi kali pergi siam saja..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:48 AM | Show all posts
dah agak... jarang wanita meleis nak buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:54 AM | Show all posts
puas hati ko balun laki sampai ko masuk ke dalam. gelap masa depan lepas ni. anak2 terbiar harap jelah laki ko tu sihat nak bela anak2 ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak polis tu mcm abby abadi plak. Ingatkan scene dlm gerak khas td
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 17-5-2024 04:57 PM
Akak polis tu mcm abby abadi plak. Ingatkan scene dlm gerak khas td

"Hang buter ke"??-Abby lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 06:26 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-5-2024 10:39 AM
mesti pompuan indon.. tak pun vietnam..
you go girl..
macam ni la betul..

china doll kot....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:04 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-5-2024 10:40 AM
“Susulan itu, tertuduh didakwa mengambil sebatang kayu besbol lalu memukul alat sulit suami sehingg ...

baru nak taip...... bukan nyilu (tu lepas beround2)...... ni terasa sakit senakkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 17-5-2024 09:04 PM
baru nak taip...... bukan nyilu (tu lepas beround2)...... ni terasa sakit senakkk

Hahahaha SG xtau la nak sebut apa perkataan yg tepat sebab kita pempuan kan, xpenah rasa mcm mana lelaki rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal pukul kote sampai berdarah???

Patut ko potong je kote dia tu flush masuk jamban

Dah alang2 ko masuk jel kan... alang2 menyeluk pekasam bio sampai ke pangkal lengan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal yang pompuan je duk bergasak??

Apsal tak katok je laki tak guna tu cam minah dalam berita tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 17-5-2024 10:58 PM

Rugi la sis, laki tu jugak yang lagi untung kalau adik tak mati. Line clear la lepas ni.

Tapi nak tau jugak, parah ke little head si laki itu? Dah alang² menyeluk pekasam
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-5-2024 09:49 AM
Fuh puas ati akak Ni
Hahaha
Meraung lah ex laki..

Laki kaya msia memilih wanita asing dri wanita tmpatan..kasian..pake bmw pasti kaya ya..hahaha wanita malaysia laki kaya ngak pandang lagi2 laki kaya cina atau India kerna mereka suka wanita asing sprti Indonesia Thailand,Vietnam myammar Filipina..kasian kalian..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.108511 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list