CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3844|Reply: 2

[Dunia] Planet saiz Bumi miliki malam siang sepanjang masa ditemui

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Planet saiz Bumi miliki malam siang sepanjang masa ditemui
Oleh KOSMO!
16 Mei 2024, 10:12 am


ILUSTRASI planet SPECULOOS-3 b yang mengorbit bintang kerdil merah. - Foto NASA/JPL-Caltech


BRUSSELS  – Ahli-ahli astronomi menemui sebuah planet baharu menyamai saiz  Bumi pada jarak 55 tahun cahaya, demikian menurut jurnal saintifik, Nature Astronomy seperti laporan portal berita Wion News semalam.

Planet dinamakan SPECULOOS-3 itu mengorbit sebuah bintang kerdil yang  sejuk. Planet itu juga mengambil masa cuma 17 jam untuk melengkapkan satu pusingan orbit.

Ini bermakna masa satu tahun di SPECULOOS -3  adalah lebih singkat berbanding sehari di Bumi.

Bintang kerdil itu pula dikatakan dua kali ganda lebih sejuk,10 kali lebih kecil dan 100 kali ganda kurang bersinar berbanding Matahari.

Menurut ahli-ahli astronomi, waktu  siang dan malam di SPECULOOS-3 b adalah sepanjang masa.

Ahli astronomi dari Universiti Liege yang merangkap penulis utama kajian, Michael Gillon berkata: “Kami percaya bahawa SPECULOOS-3  berputar ‘berirama’ menyebabkan sebelah planet ini sentiasa menghadap bintangnya dan mengalami waktu siang sepanjang masa, manakala sebelah lagi sentiasa malam, sama  seperti Bulan ‘lakukan” pada  Bumi.

Bintang kerdil merah yang sangat sejuk itu menyumbang kira-kira 70 peratus daripada semua bintang dalam galaksi kita.

Bintang-bintang tersebut  mempunyai jangka hayat sekitar 100 bilion tahun.

Projek SPECULOOS  diketuai oleh Universiti Liege dengan kerjasama Universiti Birmingham dan Universiti Cambridge di Britain di samping Universiti Bern dan Institut Teknologi Massachusetts.  – AGENSI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 01:42 PM | Show all posts
Ahli astronomi dari Universiti Liege yang merangkap penulis utama kajian, Michael Gillon berkata: “Kami percaya bahawa SPECULOOS-3  berputar ‘berirama’ menyebabkan sebelah planet ini sentiasa menghadap bintangnya dan mengalami waktu siang sepanjang masa, manakala sebelah lagi sentiasa malam, sama  seperti Bulan ‘lakukan” pada  Bumi.


Geli siak ayat ".... seperti Bulan lakukan pada Bumi".
Guna aje la 'tidally locked'.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-5-2024 01:42 PM
Geli siak ayat ".... seperti Bulan lakukan pada Bumi".
Guna aje la 'tidally locked'.

Wartawan melayu mostly dak2 kelas belakang mana la reti nak translate ayat sains omputeh ke bm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.092798 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list