CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19856|Reply: 24

[Tempatan] Jumlah kelahiran di Malaysia menurun

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah kelahiran di Malaysia menurun

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-malaysia-menurun/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
14 Mei 2024, 2:05 pm


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah kelahiran di Malaysia sehingga suku tahun pertama 2024 merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus, iaitu 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku tahun pertama 2024.

“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus).

“Jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan (323 kelahiran: 0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.

Mohd. Uzir berkata, ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran tertinggi iaitu 55,864 (52.5 peratus) diikut ibu berumur 20 hingga 29 tahun (40 peratus), 40 tahun dan lebih (enam peratus) dan kurang 20 tahun (1.5 peratus)

Kata beliau, Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran) daripada jumlah kelahiran pada suku tahun pertama 2024, manakala kelahiran bagi Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus.

“Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cercaan, cacian, makian dan kejian acik porem kepam gundu perasan T20 terhadap orang beranak ramai sudah mula menampakkan kesan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kalau statistic ni kira sekali Indon, Rohingya, Myanmar and Vietnam yang beranak pinak kat Malaysia. DOSM bulat2 lupa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laaaaa dari anak bersusun paku, beranak mcm arnab...

Pastu merintih takde duit nak kasi anak belajar sampai uni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 14-5-2024 08:05 PM
Bagus kalau statistic ni kira sekali Indon, Rohingya, Myanmar and Vietnam yang beranak pinak kat Mal ...

Jangan haraplah. Puak ini memang akan bertambah ramai. Padan muka orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 14-5-2024 08:07 PM
Elok laaaaa dari anak bersusun paku, beranak mcm arnab...

Pastu merintih takde duit nak kasi anak  ...

Macam arnab? Bukan macam babi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sekor x perlu fikir beli rumah, duduk rumah parent ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sekor x perlu fikir beli rumah, duduk rumah parent ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 14-5-2024 09:03 PM
Macam arnab? Bukan macam babi ke?

Takkan laaa aku nak membabi kan nenek2 aku hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan pendaftaran dah keluarkan statistik berkali2 jumlah lelaki dan perempuan nisbah 1:1 while lobai tetap la kulu kilir bgtau perempuan lebih ramai dari lelaki dgn nisbah 4:1 demi nak menggalakkan poligami

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu... beranak ramai2 kesian generasi baru nanti nak duduk mana??? dunia pun kearah kehancuran
motip nak padankan muka org melayu???
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:20 PM | Show all posts

NASIONAL: Jumlah kelahiran di Malaysia menurun. Penduduk Malaysia kini 34 juta orang termasuk 3.4 juta warga asing

NASIONAL

Penduduk Malaysia kini 34 juta orang termasuk 3.4 juta warga asing

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

May 14, 2024 @ 5:37pm



Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir MahidinKetua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.


Kuala Lumpur: Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024, dianggarkan berjumlah 34.0 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 iaitu hanya 33.2 juta.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah itu berdasarkan hasil laporan berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.


Beliau berkata, peningkatan penduduk negara disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warga negara dan juga pertambahan penduduk bukan warga negara.

Katanya, jumlah penduduk berkenaan merangkumi 30.6 juta (90 peratus (%)) warga negara dan 3.4 juta (10%) bukan warga negara.


"Penduduk lelaki negara meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan pula meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.

"Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warga negara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

"Melayu menyumbang 57.9% (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 17.6 juta).

"Penduduk Cina, India dan Bumiputera lain kekal kepada masing-masing 22.6%; 6.6% dan 12.2%," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, Bumiputera Sabah merangkumi Kadazan/Dusun pula sebanyak 2.1%; Bajau (1.8%), Murut (0.3%), manakala Bumiputera Sarawak merangkumi Iban (2.4%), Bidayuh (0.7%) dan Melanau (0.4%).

Katanya, penduduk umur muda (0-14 tahun) dan umur bekerja (15-64 tahun) masing-masing meningkat daripada 7.5 juta dan 23.2 juta kepada 7.7 juta dan 23.8 juta, pada suku tahun pertama 2024.

Beliau berkata, komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) kekal tidak berubah pada 2.5 juta.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus (106,386 kelahiran) berbanding 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023.

"Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku tahun pertama 2024.

"Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran," katanya.

Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8%) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan (323 kelahiran: 0.3%).

Beliau berkata, ibu berumur 30 - 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi iaitu 55,864 (52.5%) pada suku tahun ini, diikuti oleh ibu berumur 20-29 tahun (40.0%), 40 tahun dan lebih (6.0%) dan kurang daripada 20 tahun (1.5%).

"Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 67.6%).

"Kelahiran hidup bagi Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8% dan 3.7% berbanding 9.7% dan 4.3% pada suku tahun pertama 2023.

"Manakala, Bumiputera lain merekodkan peningkatan kepada 12.7% pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 12.6%)," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, sebanyak 47,964 kematian telah direkodkan pada suku tahun pertama 2024, penurunan sebanyak 1.5% berbanding suku tahun pertama 2023 (48,693 kematian).

Katanya, secara purata, satu kematian direkodkan pada setiap dua minit,

manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 533 kematian sehari pada suku tahun pertama 2024.

Beliau berkata, bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,434 manakala 20,530

kematian bagi perempuan.

"Pada tempoh masa yang sama, Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,730 kematian (16.1%) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian (0.1%).

"Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian (71%), diikuti oleh umur 41 - 59 tahun (19.8%), umur 15 - 40 tahun (7%) dan umur 0-14 tahun (2.2%)," katanya.

Mohd Uzir berkata, pada suku tahun pertama 2024, Melayu menyumbang 51.4% (24,667 kematian) daripada jumlah kematian (ST1 2023: 51.9%).

Katanya, kematian bagi Cina meningkat kepada 27.0% pada suku tahun pertama 2024 berbanding 26.1% pada suku tahun pertama 2023.

Sementara itu, jumlah kematian bagi India kekal tidak berubah pada 8.5%, manakala kematian bagi Bumiputera Lain menurun kepada 10.4% pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 10.8%).


https://www.bharian.com.my/berit ... 34-juta-warga-asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:22 PM | Show all posts
Jumlah kelahiran di Malaysia menurun

Oleh ZULKIFLI MANZOR

14 Mei 2024, 2:05 pm



Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Jumlah kelahiran di Malaysia sehingga suku tahun pertama 2024 merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus, iaitu 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku tahun pertama 2024.

“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus).

“Jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan (323 kelahiran: 0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.

Mohd. Uzir berkata, ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran tertinggi iaitu 55,864 (52.5 peratus) diikut ibu berumur 20 hingga 29 tahun (40 peratus), 40 tahun dan lebih (enam peratus) dan kurang 20 tahun (1.5 peratus)

Kata beliau, Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran) daripada jumlah kelahiran pada suku tahun pertama 2024, manakala kelahiran bagi Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus.

“Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-malaysia-menurun/
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:25 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:27 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:38 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 15-5-2024 12:51 AM

Bukan warganegara bertambah sebanyak 0.6 juta menjadi 3.4 juta orang pada suku pertama tahun 2024 berbanding 2.8 juta orang pada suku pertama tahun 2023


Manakala warganegara hanya bertambah sebanyak 0.2 juta dari 30.2 juta orang pada suku pertama tahun 2023, kepada 30.4 juta pada suku pertama tahun 2024.


Warga asing semakin menduniya di tanah ayer ini!


8.3 juta ummah bujang tersenyum siniss


8.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hidup sendirian
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... sa-hidup-sendirian/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 12:38 AM | Show all posts
Mengapa hingga kini kerajaan X ada program yang mewajibkan gadis melayu melahirkan 10 anak + dimudahkan kawin campor gadis melayu dengan jantina bangla, india atapun rohingya .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 15-5-2024 12:38 AM
Mengapa hingga kini kerajaan X ada program yang mewajibkan gadis melayu melahirkan 10 anak + dimudah ...

Indon ramai kongkek dgn Bangla di Penang..lepastu terjut Flat.

Ni adik angkat aku orang Sumatera Utara cerita...kawan Indon lain dia pun bersetuju.

Baru sembang pasal ni siang tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:14 AM | Show all posts
bukanlah sesuatu yang mengejutkan

akhirnya bila sara hidup semakin tinggi orang akan prefer anak sedikit. .. tetapi aku rasa ada jer penduduk negara lain yang tak kisah... beranak jer ramai, sara hidup tak kisah sangat sebab dia tak kisah hidup miskin dan melarat
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman2 ni T20 dan top M40 pun berkira2 nak beranak ramai. Biasa sorang/2 orang da cukup bg diorang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060046 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list