CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5605|Reply: 4

[Jenayah] Tujuh suspek serangan balai polis direman esok - Ketua Polis Johor

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Kenderaan yang membawa jenazah dipercayai suspek di tempat kejadian dua anggota polis ditembak, di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - Foto BH/NUR AISYAH MAZALAN





JOHOR BAHRU: Tujuh individu yang dipercayai ada kaitan serangan Balai Polis Ulu Tiram, akan direman esok pagi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan tujuh individu berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Hari ini, media melaporkan lima anggota keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, ditahan dalam serbuan jam 6 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lima anggota keluarga suspek yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 62 tahun, susulan serbuan yang dilakukan di rumah keluarga suspek.

Dua lagi individu yang turut akan direman esok membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai ada kaitan dengan serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Esok, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijadualkan mengadakan sidang media isu serangan ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Saifuddin dijangka menyertai solat jenazah dua anggota terkorban di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor sebelum sidang media berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 12:30 PM | Show all posts
semoga merengkok berbelas tahun
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 12:32 PM | Show all posts
Nurdianah replied at 18-5-2024 12:30 PM
semoga merengkok berbelas tahun

t amik tindakan
de la yang kata mcm2 kt pihak berkuasa
tengok la nnt
mula menyalak sal kaum n agama nnt puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 05:53 PM | Show all posts
Lagi 2 orang tu budak yang buat laporan kena cabul tu ka? Wrong place wrong time la ko dek. Niat nak sorok dari mak pak sekarang masuk reman terus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Momod, boleh merge tak topik yg berkaitan isu sama.
Penin la.
Pulis kutip kelongsong, satu topik.
Pulis snap gambar, satu topik.
Pulis keluar kenyataan akhbar, satu topik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057858 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list