CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Syarikat Penerbitan Ini Tak Ada Masalah Kalau Pelakon Tiada Pengikut Atau Media Sosial

13-10-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 779| Komen: 6

Description: Syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd sedia bekerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai media sosial atau tiada pengikut di Instagram bagi membintangi karya terbitan mereka.
Syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd sedia bekerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai media sosial atau tiada pengikut di Instagram bagi membintangi karya terbitan mereka.

Pengarah urusan dan penerbitnya, Muhammad Razlan Ismail berkata, pihaknya lebih mengutamakan kualiti dan kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya.

"Pada saya idea daripada kami. Apabila kita buat sesuatu cerita, kami sudah fikirkan siapa yang boleh bawa dan selepas itu buat pemilihan. Kalau kebetulan artis itu mempunyai pengikut atau 'followers' ramai okay lah. Kalau tak, kami okay juga. 

"Macam Dream At Work kami ikut proses 'pitching'. Dalam masa sama, kami juga buat produk akhir atau 'finish product' yang mana lebih kepada karya kita dan apa yang kita nak. 


Razlan (kiri) Kredit foto: Harian Metro

Kalau pelakon itu kosong pengikut sekali pun, tapi berbakat tidak ada masalah. Tidak ada IG sekali pun, kami okay," katanya.

Menjelaskan perkara itu, Razlan berkata pihaknya sedang dalam perbincangan dengan sebuah stesen televisyen untuk menayangkan telefilem terbitan syarikatnya yang hampir keseluruhan menampilkan pelakon tidak ada nama atau bukan dalam kalangan pelakon sedia ada.

"Kami ada satu produk akhir iaitu telefilem berjudul Jersi 45 yang mana pelakon utama dalam telefilem ini semua tidak dikenali sama ada di kalangan kanak-kanak termasuk ibu bapa mereka. Kecuali beberapa pelakon yang memegang watak ibu bapa lain seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar.

"Malah ada pelakon yang kami ambil dari rumah anak yatim. Pendek kata, dalam telefilem ini sebahagian besar pelakon yang tidak ada nama. Tidak ada siapa menentang untuk buat cerita ini. Alhamdulillah, perbincangan dengan stesen TV berkenaan pun positif. Kami bukan nak buktikan sesuatu, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kedua, tidak mustahil pun nak buat perkara ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-10-2021 02:26 PM
bosan ambik pelakon yg ramai followers semata.

suka dgn zmn dulu2, pelakon xde media sosial tp elok je bakat menyerlah dan ada peminat.
Quote aikee04 13-10-2021 02:29 PM
Moga success
Quote RatuDunia94 13-10-2021 02:48 PM
Sebenarnya bukan isu sape pelakonnya pun.. tp skrip n jalan cerita serta pre production and post production yg plg penting. Kalau jalan cerita bagus pelakon org x kenal pon boleh meletop..
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:43 PM
So iol boleh berlakon laaa eh?


LIHATLAH DUNIAAAA!!
Quote cheezel 13-10-2021 09:26 PM
bagus. xde diskriminasi. semoga lebih banyak job
Quote dudaberhias 13-10-2021 09:34 PM
laaa masih tak faham2 ke producer2 ni...

followers ke... pelakon ke tak penting.... tapi kriteria ini kena ada...

filem/drama romantik = hero heroin kena herlokkk, takmau wajah permukaan kawah bulan atau hero tua tapi heroin muda macam bapak dan anak...

filem/drama seram/thriller = muka takyah herlokkk, rupa kucing mainecoon dan tikus bendang pun takpe asalkan storyline dan plot semua tip top.

filem kekeluargaan macam ayahanda = pelakon veteran dan hebat2, tak herlok pun takpe.... tapi jalan cerita kena best...

agittewww lahhh senang... tiru je lah netflix dekk oiii macam2 filem ada dalam tu... ubah2 je la sikit... tapi jangan la ko copy tu ko jadi gred AAA... macam After dalam netflix tu ada dua hero heroin herlokkk... tapi bila ko tiru ko pergi ambil hero muka kucing dengan heroin muka tua ada ulat bulu dekat kening...

tak mampu capai level macam original pun kurang2 bila copy dapat capai Boutique quality pun cukup la...

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.085235 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top