CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penunggang Basikal Maut Digilis Lori Selepas Pulang Beriadah

12-10-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1577| Komen: 17

Description: Sik: Seorang penunggang basikal maut digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari beriadah di Kilometer 22, Jalan Jeniang -Sik Pedu di sini, pagi tadi.
Sik: Seorang penunggang basikal maut digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari beriadah di Kilometer 22, Jalan Jeniang -Sik Pedu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nazirah Jamaludin,41, dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Kuala, di sini selepas berbasikal seorang diri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang sedang menyusur keluar dari simpang tiga melanggar penunggang basikal yang berada di laluan utama dari Jeniang menghala ke Sik.

Foto: Harian Metro

"Akibat dari perlanggaran itu, mangsa yang basikal digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdull Razak, berkata, pemandu lori berusia 51 tahun itu didapati negatif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut kes masih dijalankan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 12-10-2021 06:01 PM
Aku pun hampir nk terlanggar basikal mlm tadi.jln dah la gelap pstu dok tgh jln pulak.tp tu org kg je la bkn rider basikal 30k tu
Quote noor2 12-10-2021 06:13 PM
Ngeri betul...innalillah....x selamat bawa basikal atas jalan raya ni kome...
Quote uori 12-10-2021 06:13 PM
serius baca perkataan gilis
Quote Belibis 12-10-2021 07:02 PM
JohnyEnglish: Aku pun hampir nk terlanggar basikal mlm tadi.jln dah la gelap pstu dok tgh jln pulak.tp tu org kg je la bkn rider basikal 30k tu

Kalai terlanggar pun tak salah der..kawasan tu takde notis sebagai kawasan berbasikal kannnn??
Quote zie_indah 12-10-2021 07:23 PM
Yg ini paling menakutkan mmg la Ajal.  Sis skrg main bsikal jalan kg jerkkk
Quote Jitu 12-10-2021 10:06 PM
Innalillah...

mmg ramai yg minat naik basikal skrg ni tp jalan raya bukan tempat utk berbasikal
Quote Nnasda53 13-10-2021 09:45 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Harap sangat yang kayuh basikal ni berhati2 la fikirkan risiko.
Kadang safety semua lengkap tapi salah pilih kawasan nak kayuh basikal.
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 05:42 PM
Takziah diucapkan

This wont be the last tho.


Quote MissVixen 13-10-2021 05:47 PM
Susah aku nak kesian dengan mangsa penunggang basikal. Kalau apa2 jadi, pemandu kenderaan besar juga yang kena. Kesian aku tengok lori besar yang kena ikut bontot cyclist di jalan bukit. Kalau berakal, dia bagi laluan ke lori dulu. Kalau tersenggol, pemandu lori juga yang kena. Bila aku hon minta ketepi, dia bagi aku middle finger pulak.
Quote bottombikini 13-10-2021 06:22 PM
MissVixen replied at 13-10-2021 05:47 PM
Susah aku nak kesian dengan mangsa penunggang basikal. Kalau apa2 jadi, pemandu kenderaan besar juga ...

aku pun malas nak kesian
kita pula yg nak kena jaga nyawa mereka
Quote ~boolean 13-10-2021 06:24 PM
ride basikal tak sesuai waktu pagi hari bekerja... Orang kalut nak drive pergi kerja, waktu tu juga lah geng2 basikal ni menyelit tepi jalan..

papapun takziah untuk famili mangsa..semoga cyclist lain pun ambil iktibar..
Quote drivethru 13-10-2021 06:30 PM
Aku berharap lebih byk babi kayuh basikal kena langgar dan mati. Supaya kerajaan boleh haram kan terus berbasikal atas jalan raya.
Quote amlisa 13-10-2021 06:31 PM
Kalau kawasan keluar masuk lori sawit blh berbasikal x?tempat aku ni ramai jgk yg berbasikal..rimas pulak tgk dah la kawasan kelapa sawit lori bnyk ats jalan
Quote TOPwind 13-10-2021 06:33 PM
uori replied at 12-10-2021 06:13 PM
serius baca perkataan gilis

guna di tindih
Quote missus_meow 13-10-2021 06:37 PM
penunggang basikal kena aware, kalau dah ride kat jraya, apa risikonya ...
Quote imanjannah 13-10-2021 07:44 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. salam. takziah
Quote Cik_jantung 13-10-2021 07:48 PM
Masalahnya mmg ramai rider yg ikut suka hati jer.. yg share dalam yt pun kemain laa kat Jalan raya macam kat taman bunga... Badan manusia ni fragile sgt wehhh

Takziah la ya.

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.094035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top