CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Pelik kalau pilih pembangkang’

8-5-2024 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19057| Komen: 5

Description: HULU SELANGOR – “Pelik kalau pengundi di Kuala Kubu Baharu nak memilih pembangkang”.


HULU SELANGOR – “Pelik kalau pengundi di Kuala Kubu Baharu nak memilih pembangkang”.

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menyeru pengundi untuk mengekalkan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menurut Menteri Besar Perak itu, ia kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan mempunyai kelebihan untuk membawa suara dan permasalahan rakyat.

“Wakil rakyat ini akan bercakap, memohon dan merayu bagi rakyat. Jadi sudah tentu kerajaan akan lebih mendengar sebab ia datang daripada wakil rakyat kerajaan.

“Saya pernah menjadi Ketua Pembangkang, walaupun saya jerit (selama) satu jam dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kerajaan tak beri perhatian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir, Kerling, di sini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pihaknya komited membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berkempen sejak PRK DUN itu bermula, 27 April lalu.


“Seperti mana pernah berlaku pada PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram, bukan calon BN (bertanding) tetapi kita tetap membantu.

“Sebagai balasan, apabila BN bertanding di PRK Pelangai maka rakan-rakan kita dalam PH turut membantu untuk mengerakkan pengundi (dan) penyokongnya untuk memenangkan calon BN,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 9-5-2024 09:02 AM
betul la dia ckp patutnya utk prk pilih la dulu kerajaan,bagi je dulu
Quote bulalof 9-5-2024 09:24 AM
negeri sendiri pun kucar kacir, pergi buat sesuatu la.
Quote MisXoXo 9-5-2024 07:41 PM
Jgn PH..Tgk KL..huru hara dh puak C yg byk kawal
Quote zjen 9-5-2024 07:50 PM
yg keje jauh toksa la saja saja balik just utk pangkah ... padahal yg kaya cuma org yg di pangkah,   bukan weols pon

manakala yg dok sana,  sukati la
Quote Skuau 9-5-2024 10:06 PM
PELIKnya dia ckp camtu...walhal undi tu hak memasing....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094495 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top