CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hail Amir wajar dapat gelaran Biduan Negara – Ziana Zain

6-5-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22384| Komen: 72

Description: Pemergian bintang veteran, Datuk Hail Amir pada Isnin turut meninggalkan impak mendalam kepada penyanyi Ziana Zain.


Pemergian bintang veteran, Datuk Hail Amir pada Isnin turut meninggalkan impak mendalam kepada penyanyi Ziana Zain.

Ziana bahkan menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang wajar diberikan gelaran Biduan Negara memandangkan hampir setengah abad berkecimpung dalam dunia nyanyian tanah air.

“Bagi saya, penyanyi seperti beliau seharusnya diberikan gelaran Biduan Negara kerana hampir 50 tahun sudah menghiburkan kita.

“Bayangkan sahaja, beliau yang aktif dengan kerjaya seni sejak 1970-an sudah menyanyi sehingga akhir-akhir ini.

“Lihat sahaja sudah berapa generasi dihiburkan oleh beliau, dari era ibu kita hinggalah ke hari ini, beliau tetap tidak mengalah untuk mengiburkan peminat meskipun sedar kesihatannya kurang mengizinkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Siti Roziana Zain, 56, turut terkenang momen indah ketika berpeluang membuat persembahan bersama Allahyarham di Dewan Filharmonik Petronas (DEP) pada Mei tahun lalu.


Hampir setahun memori berlalu, Ziana memberitahu, Allahyarham memiliki personaliti yang mudah didekati dan gemar berjenaka.

Ujar Ziana, selain sikap suka bergurau, Hail juga banyak memberikan nasihat dan sokongan agar dia tetap meneruskan kerjaya sebagai penyanyi biarpun sudah memasuki usia senja kelak.

“Beliau pernah berpesan, jangan pernah mengalah sebagai penyanyi meskipun sudah berusia nanti.

“Lihat sahaja dirinya, meskipun sudah berumur 70-an, beliau tetap berusaha memberikan persembahan terbaik bagi menghiburkan peminat yang selama ini banyak menyokong kerjayanya,” kata Ziana.

Tidak hanya itu, Ziana mengakui dirinya sangat menggemari lagu Seloka Hari Raya yang dinyanyikan Hail bersama Uji Rashid.

“Saya memang suka lagu Seloka Hari Raya dan jika tidak mendengarkan lagu itu, rasa sambutan Aidilfitri tidak lengkap dan tidak ada mood untuk beraya,” jelasnya.

Penyanyi veteran yang terkenal dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 3.48 petang.

Hail atau nama lengkapnya Abdul Hail Amir sebelum ini dimasukkan ke pusat rawatan tersebut selepas mengalami batuk berterusan sejak minggu lalu.

Pada 2018 Hail pernah masukkan ke wad akibat masalah jantung selepas mengadu sakit dada.

Untuk rekod, Hail memulakan kerjaya seni sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan sekitar awal 1970-an.

Selain aktif sebagai penyanyi, beliau juga sering ditawarkan membawa watak utama dalam filem antaranya Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok serta Cinta Dan Lagu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 6-5-2024 10:41 PM
Innalillahiwarouhjiuon
Quote slyfynx 6-5-2024 10:58 PM
Bukan hater ZZ, tp nape bile baca ni, tringat pasal DCT, and terasa ZZ agak bitter pasal biduanita negara.
Quote alesandra 6-5-2024 11:05 PM
arwah popular dgn lagu raya.dia meninggal pun masih dlm bulan syawal.dan boleh tak move on je dari biduan ,biduanita crap ni buat sementara.ye ditanya wartawan..tapi mcm inappropriate je komen mcm tu
Quote Cookeelaat 7-5-2024 12:35 AM
Acik ZZ ni ahli majlis tertinggi untuk penamaan anugerah biduan/biduanita negara ke?
Quote MeowPARSI 7-5-2024 12:49 AM
slyfynx replied at 6-5-2024 10:58 PM
Bukan hater ZZ, tp nape bile baca ni, tringat pasal DCT, and terasa ZZ agak bitter pasal biduanita n ...

Actually apa syarat2 utk gelaran biduan dan biduanita?,, blur jp... Dr hari tu ZZ bingit bila org canang nama Siti
Quote noor2 7-5-2024 06:14 AM
Nampak sgt ko bitter dgn CT....sampai hail amir yg dah arwah pun ko ungkit...
Quote Rachel_Green 7-5-2024 07:20 AM
hail amir memang sedap giler suara dia..lemak merdu. innalillah dan salam tak ziah utk keluarga.

tapi kan kak jenna....sebab tu la orang suruh bagi awal award tu kak jenna. bila dah tua baru nak bagi , tak sempat apa2 dah arwah.
Quote sayurmayur88 7-5-2024 07:29 AM
al fatihah.. arwah sinonim dgn lagu2 raya, suara dia lemak2 merdu...
Quote shernazz 7-5-2024 07:31 AM
Iols ingat gelak dia je

Eheheheeeeee
Ehehheeeee

Suara dia n Ahmad Jais mmg iols suka sangat
Quote adeqbun 7-5-2024 07:56 AM
noor2 replied at 7-5-2024 06:14 AM
Nampak sgt ko bitter dgn CT....sampai hail amir yg dah arwah pun ko ungkit...

lagu dan suara arwah mmg best....tp xde byk mane pon produk nyanyian..why ZZ mcm bitter sgt neh?chill2 je la kak jena oiy..
Quote MadameOnion 7-5-2024 08:07 AM
kenapa nek jena nak bitter dgn tokti?
Quote freyayong 7-5-2024 08:10 AM
al fatihah buat arwah...

to zz siap mention arwah dah 50y dlm industry bla bla bla. so teserlah lagi la bitter nye dia yg biduanita untuk siti tu...
Quote wolfheart 7-5-2024 08:26 AM
Suara arwah HA menyanyi memang sedap. Lagu² arwah pun sedap² belaka. Tiap patah kata yg keluar tu jelas dan sopan santun je bunyinya. Semoga Allah ampunkan dosa²nya dan ditempatkan rohnya bersama para solihin.
Quote watachiwa 7-5-2024 08:31 AM
Cookeelaat replied at 7-5-2024 12:35 AM
Acik ZZ ni ahli majlis tertinggi untuk penamaan anugerah biduan/biduanita negara ke?

kannn keje mengomen psl biduanita lah biduan lah.
kadang2 mula nak buruk sangka dah aku ni
Quote bbasir 7-5-2024 08:59 AM
kalau Biduanita i think it should be Syasya Dolla... kalau Biduan should be Caprice hahaha
Quote maitang 7-5-2024 09:05 AM
lahhh, tak habis lagi kak jena
Quote Pak.dolla 7-5-2024 09:05 AM
.
.
.
se7 dgn acik jena...
Quote naina 7-5-2024 09:06 AM
Ohhh kisahnyaaa...Retis tua dah ninggal baru boleh bagi gelaran biduan biduanita..
Patutlah merentan bila orang nak BG CT
Dengki ke orang hidup takleh carry derajat tu
Quote KamikuP 7-5-2024 09:46 AM
Kesian acik jena kene hencap psl title biduan biduanita crap ni.. kome dpt apa cerkabo.. ekekekek

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057246 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top