CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak Chiwan kini suami orang

6-5-2024 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3947| Komen: 5

Description: "Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan sudah merancang untuk berkahwin sejak tahun lalu," kata pelawak dan penyampai radio, Chiwan Chilok, 38, yang melangsungkan pernikahan dengan Amira Ayuni Hashim ...


"Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan sudah merancang untuk berkahwin sejak tahun lalu," kata pelawak dan penyampai radio, Chiwan Chilok, 38, yang melangsungkan pernikahan dengan Amira Ayuni Hashim, 27, kelmarin.

Pasangan itu sah bergelar dengan suami isteri dalam majlis pernikahan di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting jam 6 petang.

"Tanpa hantaran, mas kahwinnya RM1,000 bersama sebentuk cincin," katanya kepada Harian Metro.

Chiwan yang juga penyampai Suria FM berkata, pada mulanya mereka merancang untuk mengadakan majlis pada Februari lalu.

"Cumanya kerana kekangan waktu, kami terpaksa tangguh dulu sehingga ke bulan ini," katanya.

Menggalas tanggungjawab baru, Chiwan berkongsi rasa bahagia kerana kini sudah bergelar suami dan tidak merancang mengenai cahaya mata, sebaliknya menerima dengan terbuka sekiranya diizinkan Allah dalam tempoh terdekat.

"Saya rasa gembira sebab dah jadi suami. Selepas ini, kalau nak bawa pasangan ke mana-mana, dah tak ada halangan atau orang perkatakan. Memang niat saya nak halalkan dia.

"Rabu nanti saya dah masuk kerja balik. Rancangan untuk bulan madu mungkin pada Aidiladha.

"Kami tak rancang untuk cahaya mata, tapi kalau ada rezeki awal, lebih bagus. Saya pun dah 38 tahun. Jadi, harapannya secepat mungkin," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 6-5-2024 04:19 PM
Seiras dua pengantin.. Comel lagi. Isteri ko masih muda masih boleh mengandung.. Guwe pun berharap dapat anak secepat mungkin.
Quote Kancilkering 6-5-2024 04:26 PM
Edited by Kancilkering at 6-5-2024 04:28 PM
Farnor replied at 6-5-2024 04:19 PM
Seiras dua pengantin.. Comel lagi. Isteri ko masih muda masih boleh mengandung.. Guwe pun berharap d ...


moga dpt rezeki anak cepat le kome


Quote I.K.A888990 6-5-2024 04:27 PM
tahniah tahniah
Quote Farnor 6-5-2024 08:09 PM
Kancilkering replied at 6-5-2024 04:26 PM
moga dpt rezeki anak cepat le kome

Aamin harap makbul doa tu.
Quote Mary_jane 6-5-2024 08:31 PM
Murah rezeki chiwan. Tahniah mempelai, till jannah.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041479 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top