CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunku Mahkota Ismail kecam serangan terhadap Faisal dan Akhyar

6-5-2024 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8943| Komen: 3

Description: KUALA LUMPUR – Insiden serangan ke atas dua bintang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid turut mendapat perhatian daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menggesa ...

KUALA LUMPUR – Insiden serangan ke atas dua bintang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid turut mendapat perhatian daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menggesa pihak berkuasa bertindak segera.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutuk insiden berkenaan dan mahu pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap agar Polis DiRaja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titahnya menerusi perkongsian di JOHOR Southern Tigers.

Insiden serangan terhadap Faisal yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah terkemuka adalah yang kedua selepas Akhyar disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota pada satu lagi kejadian di Terengganu.


Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 6-5-2024 08:14 AM
Piala sumbangsih jumaat ni
FH x dapat main la kot kan
Quote msdummy.2018 6-5-2024 11:22 AM
Poyolah..
Quote KamikuP 6-5-2024 01:02 PM
Ada unusr judi dlm perlawanan bola ni kot? kataku speku

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.041403 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top