CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga pegawai kanan polis ditahan babit kes pemerasan bernilai RM1.25 juta

4-5-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19925| Komen: 14

Description: KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan bernilai RM1.25 juta.


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan bernilai RM1.25 juta.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini.

“Tangkapan dilakukan terhadap pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor yang berusia 38 hingga 51 tahun.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Razarudin memaklumkan kesemua suspek akan direman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas/ Bahagian Undang-Undang / Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemerasan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau.

Tegas beliau, PDRM memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua terlibat dibawah ke muka pengadilan.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 4-5-2024 03:28 AM
Sherif is real ya guys
Quote noor2 4-5-2024 05:42 AM
Jahat gila ..salah guna kuasa, tamak, sesetengah polis2 Malaysia ni...dah mcm negara India
Quote brownstone 4-5-2024 07:37 AM
Peras ugut apa? Macam tak lengkap butir beritanya...nak melahar pun x syok.
Quote lostnfaun 4-5-2024 08:23 AM
noor2 replied at 4-5-2024 05:42 AM
Jahat gila ..salah guna kuasa, tamak, sesetengah polis2 Malaysia ni...dah mcm negara India

Realitinya begitu kak, cuma antara kantoi atau tak jer. Bukan polis jer tapi jabatan, agensi lain pun sama. Ada duit kopi segala kerja jadi tip top.
Quote ezacbee 4-5-2024 08:29 AM
Kaya di donia..

duit bwh meja. Onz.

Quote noor2 4-5-2024 08:49 AM
lostnfaun replied at 4-5-2024 08:23 AM
Realitinya begitu kak, cuma antara kantoi atau tak jer. Bukan polis jer tapi jabatan, agensi lain  ...

Ya betul tu...semua agensi kerajaan
Quote jejai 4-5-2024 10:47 AM
mesti sheriff yang tangkap
Quote Belibis 4-5-2024 10:48 AM
brownstone: Peras ugut apa? Macam tak leng ...

Tak boleh berspekulasi takut mengganggu siasatan katanyerrr..
Quote Sazreena 4-5-2024 12:58 PM
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara pun Allah dah bagi cash...anak-anak sendiri terlibat jenayah, tak jadi orang, lembam.
Quote sharlenetexas 4-5-2024 04:25 PM
Sazreena replied at 4-5-2024 12:58 PM
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara  ...

Bak kata ipan anak2 polis x menjadi.


Quote Yaya04 5-5-2024 08:45 PM
Perghhh level DSP ehh kene tangkap. Jenayah kolar putih org2 atasan ni terlibat
Quote naina 5-5-2024 09:17 PM
Sazreena replied at 4-5-2024 12:58 PM
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara  ...

Biasa kita dengar orang pencen kena scammer kan. Mungkin laaa salah 1 balasan..kita tak kata semua. Tapi kalau ada keberkatan dalam mencari rezeki insyaallah dilindungi selalu kan..
Quote KamikuP 6-5-2024 04:08 PM
iTU sbb dari dulu lagi meolls dah bagitau yg anak polis ni mmg ramai yg tak menjadi.. ramai yg jadik bohisa, ada anak luar nikah dengan negro, anak retarded dan mcm2 lagi lah
Quote stingerkentot 17-5-2024 11:14 AM
rosak msia mcm ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050719 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top