CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bencilah Dosa Sepenuh Hati, Tapi Ampunkan Orang Yang Buat Dosa’ – Aisyah Aziz Ambil Alih Tugas Ibu Kongsi Petikan Islamik

26-4-2024 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3030| Komen: 21

Description: Perkongsian di Instagram Story milik penyanyi Aisyah Aziz menyorot perhatian apabila dia memuat naik petikan atau ‘quote’ Islamik berkaitan pendosa yang dipetik oleh tokoh agamawan, Imam Shafi’i. ...

Perkongsian di Instagram Story milik penyanyi Aisyah Aziz menyorot perhatian apabila dia memuat naik petikan atau ‘quote’ Islamik berkaitan pendosa yang dipetik oleh tokoh agamawan, Imam Shafi’i.

Petikan tersebut mengingatkan umat manusia untuk memaafkan pelaku yang berbuat dosa dan tidak sepatutnya mereka dibenci.


"Sentiasa membenci kesalahan, tetapi jangan membenci orang yang salah."

"Bencilah dosa dengan sepenuh hati, tetapi ampunilah dan kasihanilah orang yang buat dosa."

"Kecamlah percakapan, tetapi hormatilah orang yang berbicara."

Selain itu, petikan berkenaan turut mengingatkan orang ramai untuk menghapuskan punca sesuatu dosa itu wujud.


"Tugas kita adalah untuk menghapuskan penyakit, bukan pesakit."

Bagaimanpaun, adik kepada aktor Aliff Aziz itu tidak mendedahkan kepada siapa perkongsian tersebut ingin ditujukan.

Sebelum ini, ibu kepada Aisyah iaitu Siti Hafiza dilihat sering memuat naik petikan Islamik di media sosial miliknya.

Pun begitu, baru-baru ini Hafiza dilaporkan sudah menyahaktif atau ‘deactivated’ Instagram miliknya apabila carian nama di platform tersebut tidak ditemui.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SpyLeman 26-4-2024 06:47 PM
Dunia akhir zaman... yg bersalah tanpa malu menunggang agama
Quote jambatannetizen 26-4-2024 07:16 PM
Satu family serious i cakap
sampah! Ini kalau di Sg, mesti melayu
yang duduk rumah sekian2 dgn otak
dekat lutut.
Quote noor2 26-4-2024 07:18 PM
Bodoh...yg ampun manusia tu Allah...bukan ko mintak pada sesama manusia...Allah ampon kan org yg betul2 bertaubat saja dan x ulangi dosa yg sama
Quote dua_chzy 26-4-2024 07:20 PM
Then ampunkan la Bella Setilah ye korang sefamily.
Quote anilanil 26-4-2024 07:23 PM
Kemaafan drpd si polan adalah ehsan, bukan paksaan. Ngerti??
Quote noor2 26-4-2024 07:26 PM
dua_chzy replied at 26-4-2024 07:20 PM
Then ampunkan la Bella Setilah ye korang sefamily.

Eh tapi betul jugak...jika kita menganiaya manusia lain kita kena minta ampon maaf darinya....
Quote kaedahnya 26-4-2024 09:12 PM
ketat naw seluar alep dalam gambar tu. ke gambar A.I edit ni?
Quote hollahop 26-4-2024 09:15 PM
Kena kat kau balik tgk kau kelupur x ecah oi. Bukan sekali dua abg kau curang. Korang 1 famly ni kenapa eh otak xreti guna ka? Eh geram aku.
Quote Whitney72 26-4-2024 09:42 PM
Ponenggeng..bawak lar family ko tu jmpa Bella dan berbaik serta mntak maaf juga...dasar syaitannn..tau tulis je...praktiknya idok
Quote jihyomelly 26-4-2024 09:43 PM
benda salah tetap salah..xyah la nak mengelupor sgt..senyap sudah makin byk cakap makin hmmmmm
Quote makita 26-4-2024 09:46 PM
Dik baik diam2 je. Doa dapat laki baik tak mcm abang adik yg adik tak abes2 nak bekap tu.
Quote Bergosip 26-4-2024 09:46 PM
kalau sekali dua kesalahan, bolehlah

aliff ni special kes. dengan bella, rekod curang 11 kali. masalahnya, sebelum kahwin pon dah curang


dulu mengaku anne cinta hati, last2 putus sebab curang jugak. rekod curang/perempuan aliff dari zaman bujang pon dah banyak
Quote xAthenax 26-4-2024 09:55 PM
abang kau tu boyak tembaga besi  berkarat darat
baik korang bawa dia gi jumpa pakar
kemungkinan besar ada masalah jiwa kacau
atau sex addict
aku sekali orang curang seribu kali aku tak maaf
celup sana sini, nak maaaf
berzina kot!
phuiii
Quote HappyGumbira 26-4-2024 10:01 PM
Betul2 penunggang agama ye famili korang dr mak, anak jate, anak tino. Kalah kwn2 aku yg jd ustazah.
Quote airmineral 26-4-2024 10:03 PM
Mcm byk sangat aku nak komen tp xterluah wehh
Aku speechless drama anak beranak ipar biras dan skandal ni.. siap petik memetik nama tuhan ni

Quote caramel_cloud9 26-4-2024 10:06 PM
Bukan sekali dekkkk abang kau buat hal. Berkali² dah. Nak bekap abang pun, senyap² sudah. Tau dia abang. Tp tak payah nak tunjuk sgt.
Doa je lah byk² moga jodoh kamu bukan mcm abg kamu
Quote Shayang 26-4-2024 10:08 PM
Aku minat ngn ecah ni, kat gv dulu pun aku tgk sbb dia dtg nyanyi ngn abang kesayangan dia tu
Tp aku tanak dia ganti mak dia plak post quote yislamik nk sindir2 org
Better ko diam jelaaah sedangkan abang ko tah mana diamkan diri
Balik2 family gak nak kena hadap akibat drpd perbuatan dia.
Dulu2 bleh la bini dia nak kena tepis segala kecaman netizen skrg ni pndai2 la korang.
Blood is thicker than water kan,menantu ni org luarr jer
Quote chilly 27-4-2024 02:58 AM
Bapak dia ni mana? Macam takde function je
Quote MissVixen 27-4-2024 03:18 AM
Aku suka lagu2 dia. Badan pun cantik tinggi. Sayangnya perangai penunggang agama macam mak dan abang dia jugak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.216886 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top