Masih adalagi mengamal kan pekara syirik ini? Dalam zaman serba canggih dan moden ini, masih terdapat segelintir manusia yang terus mengamalkan perbuatan syirik seperti yang berlaku di Bukit Payung, Terengganu ini di mana busut jantan dipuja untuk tujuan tertentu. Perbuatan seperti ini jelas syirik di sisi agama Islam. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam. Sebelum membaca kisah seterusnya, hayati firman Allah di bawah ini yang bermaksud : Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72) Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48) Kedudukan busut jantan di kawasan belukar bersebelahan sebuah bangunan kedai berdekatan gelanggang futsal di Pekan Bukit Payung di sini, yang terlindung daripada pandangan umum dipercayai menjadi lokasi aktiviti khurafat. Pelbagai peralatan pelik seperti sudu berwarna perak diletakkan di dalam buah kelapa telah dibelah dua berada di atas busut jantan itu dan puluhan biji telur ayam berdasarkan kulit telur bertaburan atas tanah dipercayai bagi tujuan pemujaan. Bukti…pelbagai peralatan terdapat pada busut berkenaan Sekadar hiasan Malah sebelum ini, bangkai kucing dibungkus dengan kain putih pernah diletakkan berhampiran busut jantan itu, ia dipercayai bagi tujuan sama atau berkemungkinan sekadar untuk mencuri perhatian dan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat. Realitinya, amalan pemujaan seumpama itu bukanlah perkara baru terjadi dalam masyarakat kita kerana biasanya, amalan ini dipercayai dilakukan untuk mendapatkan nombor ekor, selain mempunyai maksud tersendiri. Bagaimanapun, peralatan ritual biasanya digunakan untuk aktiviti pemujaan nombor ekor seperti colok, lilin, nasi kuning dan limau nipis tidak terdapat di kawasan busut jantan tersebut yang dipercayai berada dalam kawasan tanah persendirian. Manakala, seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, tiada aktiviti pelik berlaku di kawasan itu pada waktu siang sepanjang dia memulakan perniagaan sejak awal pagi hingga petang, namun tidak menolak kemungkinan ia berlaku. Menurutnya, kebiasaannya kawasan itu sibuk dengan orang ramai pada waktu siang tetapi lokasi berkenaan menjadi sunyi pada waktu malam dan dipercayai ia masa sesuai untuk melakukan aktiviti khurafat. “Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan aktiviti sedemikian di kawasan tersebut tetapi percaya ia berlaku berdasarkan barang yang agak pelik terdapat di kawasan busut jantan itu termasuk kain tudung, buah kelapa dan telur ayam,” katanya. Seorang lagi penduduk hanya ingin dikenali sebagai Pak Awang, 42, berkata, golongan terbabit dipercayai menggunakan jampi tertentu untuk menyeru penunggu dalam usaha memuja nombor diingini dan dipercayai kegiatan itu tidak mengambil masa lama. “Biasanya golongan berkenaan taksub kepada benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar dan batu termasuklah busut jantan sehingga ada antaranya sanggup berada di dalam gelap pada waktu malam hingga subuh bagi tujuan ini,” katanya. Menurutnya, sehingga ke hari ini amalan itu dalam diam sebenarnya masih diamalkan segelintir masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu di kampung untuk mendapatkan sesuatu termasuk kemewahan melalui cara mistik. “Memang menyedihkan apabila golongan terbabit khususnya mereka beragama Islam tergamak mencampur-aduk ajaran Islam dengan fahaman karut,” katanya. Sementara itu, Adun Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah meminta pihak berkuasa prihatin dan mengambil tindakan segera bagi membanteras aktiviti khurafat.
|
ayahlang posted on 8-7-2013 08:26 AM
Kenapa dipanggil busut jantan? Kalau ada busut jantan mesti ada busut betina.
ayahlang posted on 8-7-2013 08:26 AM
Kenapa dipanggil busut jantan? Kalau ada busut jantan mesti ada busut betina.
starbee posted on 8-7-2013 01:30 PM
rase mcm tau jer tempat nie... apelah org nak kaya usaha bukan puja busut anai2...
mrbotak posted on 8-7-2013 03:21 PM
tu la.. t'tanya2 gak.. pon baru tau busut pon ade jantan bentina nye.. huu..
ch3ngkoy posted on 10-7-2013 12:27 PM
ado...bentuk busut jantan tu meruncing ke atas..busut betina tak....
ADVERTISEMENT